Selepas berpuasa sebulan dan sesudah menyambut Hari Raya Aidil Fitri, maka disunatkan berpuasa 6 hari di bulan Syawal. Puasa ini tidak pernah ditinggalkan oleh orang-orang warak dan mereka-mereka yang sukakan sunnah Nabi Muhammad SAW.
Cara yang paling afdhal untuk membuat puasa ini adalah secara berterusan sekali gus. Namun begitu, sekiranya agak keberatan, dibolehkan melakukannya pada mana-mana hari, asalkan pada bulan Syawal.