Translate

Wednesday, March 6, 2019

Cara dan teknik drill dinding konkrit dan tiles 2

KEDUA Adalah pemilihan mata drill dan aksesori yang bersesuaian untuk melakukan kerja-kerja drill. Ini kerana mata drill adalah berbeza. Begitu juga dengan teknik supaya tidak pecah.


Ini adalah mata drill untuk dinding simen / konkrit. Ia mempunyai banyak saiz, bergantung kepada junis wallplug dan sebesar mana lubang kita nak.

Ada dua jenis mata drill. Setengah orang menyebutnya sebagai bit. Keduanya mempunyai fungsi yang sama. Yang membezakannya adalah tempat yang nak pasang pada mesin drill. Yang atas adalah yang saya gunakan kerana sesuai dengan mesin saya.

Jenis yang kedua pemegangnya perlu diketatkan dengan mesin. Jenis ini perlu ada satu lagi aksesori untuk memegang dan mengetatkan mata dengan mesin.


yang ini pula mata drill untuk tebuk lubang pada jubin / tiles. hujungnya tajam macam tombak bucu empat. mata ini yang saya gunakan untuk drill tiles di bahagian bilik air dan dapur.


ini juga mata drill untuk tiles.tetapi saya jarang menggunakan mata jenis ini kerana matanya lebih lembut dan mudah patah.

pengalaman saya pernah sekali, mata drill ini patah dan terpaksa dibiarkan dalam lubang yang tak siap drill. 


ini juga mata untuk drill tiles. tapi saya tak pernah menggunakankan kerana perlu ada teknik yang lain. ia perlu di drill dari tepi dan secara serong dulu sebelum ditegakkan.


yang ini pula mata untuk drill kayu. hujungnya tajam dan berpusing pada batangnya.


Seterusnya adalah mata untuk drill besi. Matanya ada dalam pelbagai saiz. Saya juga jarang guna mata ini kerana jarang nak tebuk besi.


Yang terakhir adalah mata untuk memasang dan mengetatkan skru. Mata ini dimasukkan pada hujung drill supaya nak masukkan dan mengetatkan skru lebih cepat dan pantas berbanding menggunakan pemutar skru manual.



...bersambung...



No comments:

Post a Comment