Translate

Saturday, November 21, 2020

kenapa mata drill tak tembus konkrit?

 Ramai orang bertanya kenapa bila drill mata tidak masuk ke dalam konkrit? Padahal sudah menggunakan fungsi hammer drill?

Ini adalah sesuatu yang pelik. Ini kerana ia sepatutnya masuk dan tidak menjadi masalah. Mungkin penyebabnya seperti berikut:

1.  Kesilapan dalam setting nesin dril. Sepatutnya disetkan supaya mata dril berpusing ikut pusingan jam, iaitu memasukkan mata ke dalam, bukan pusingan lawan jam. Kalau lawan jam tujuannya untuk mengeluarkan mata dril dari dalam konkrit. Atau untuk keluarkan skru dari lubang.



2. Setting bukan pada hammer drill. Sebaliknya setting pada untuk memusingkan mata dril sahaja. Fungsi ini untuk dinding lembut, memasuk dan mengeluarkan skru dan untuk dril pasa permukaan tiles sahaja. Kerana dril pada tiles tak boleh guna hammer dril. Tiles akan pecah.

3. Mungkin dalam konkrit tersebut ada besi cerucuk. Walau sekuat mana pun di tekan, mata dril tidak akan masuk.  Sebaiknya keluarkan mara dril dan masukkan pemutar skru. Kalau ada habuk besi meletat, betullah ada besi. Di samping itu, bunyi seolah besi berlaga juga kerana ada besi dalam konkrit.

4. Pemilihan mesin dril yang  tak ada fungsi hammer dril. Sekarang mesin yang populah adalah bosh dan makita. Pergi kedai hardware dan tanya penjual, dia akan tunjuk dan ajar sikit-sikit. 



No comments:

Post a Comment