Translate

Tuesday, March 5, 2019

Cara dan teknik drill dinding konkrit dan tiles 1

Kali ini saya nak kongsi cara dan teknik drill dinding konkrit dan jubin apabila tuan puan mahu pasang rail langsir, bracket tv, aksesori bilik air dan lain-lain.

Cara dan teknik ini adalah berdasarkan pengalaman saya dalam kerja-kerja saya memasang rail langsir, bidai, aksesori bilik air, perabot dan lain-lain yang mana perlu drill atau tebuk dinding simen atau jubin(tiles) serta kayu.

PERTAMA Adalah pemilihan mesin drill yang bersesuaian.  Sekiranya mahu drill dinding simen dan konkrit, mesin drill daripada apa-apa jenama tidak menjadi masalah, asalkan ada fungsi 'hammer drill'.

Ini kerana dinding simen yang keras perlu berpusing dan mengetuk dalam masa yang sama.  Mesin yang biasa adalah jenama Makita, Bosh, Skill, Stanley dan lain-lain. Jenama keluaran China pun boleh dengan syarat jangan lasak sangat takut jammed.

simbol skru berpusing dan tukul menunjukkan mesin ini ada fungsi 'drill dan hammer'

ini adalah drill jenama skill yang saya guna sudah 6 tahun. Ada fungsi hammer drill


ini adalah aksesori yang dipasang pada mesin sekiranya kita mahu pasang mata yang perlu diketatkan seperti mata drill tiles, kayu dan besi

beginilah keadaan apabila mesin dipasang aksesori ini di bahagian depan.


ini drill bosh tapi tak ada fungsi hammer drill. saya guna untuk drill tiles, kayu dan skru sahaja

Saya mancadangkan supaya menggunakan mesin drill yang menggunakan kuasa elektrik, bukannya bateri atau cordless.

ini adalah mesin drill cordless yang menggunakan bateri. biasa digunakan untuk skru dengan lebih cepat. juga boleh digunakan untuk drill permukaan lembut.

Sekiranya kita memiliki mesin yang ada 'hammer drill' sudah memadai untuk kita membuat sendiri kerja-kerja menebuk lubang konkrit, tiles, kayu bahkan besi pun boleh. 

Biasa saya jumpa dengan mereka yang sudah memiliki mesin drill, tetapi mereka kecewa kerana mesin tidak dapat menembusi dinding konkrit. Rupanya drill mereka tidak ada fungsi 'hammer drill'

.bersambung....

( sekiranya malas nak cuba buat sendiri, boleh hubungi saya di talian 017 6371728 / azhar )

8 comments:

  1. terima kasih bosku. di atas perkongsian yang bermanfaat. kalau saya nak dapatkan khidmad tuan mcm mana ye...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum tuan..nk tanya punca sebenar mata drill pusing tk sama..org kata Gelong..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam... biasanya kalau mata drill pusing tak sama sebab masa drill mata drill tidak berkeadaan lurus dgn betul atau agak condong ke tepi sebelah mana2...

      Delete
  3. nanti bolehlah pasang brg diumah saye yer

    ReplyDelete
  4. Salaam.... saudara,nak tanya ni. Macam mana cara nya bila kita buat lubang pada table top yang sudah siap pasang mozek 2 x 2? Drill sudah ada,Hammer Drill Bosch.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Caranya sama saja. drill dengan menggunakan mata dril yg khas utk tiles. saya biasa pakai yang hujung tajam mcm tombak. masa dril jgn pakai hammer drill, nanti tiles pecah. pakai fungsi pusing sahaja.

      Delete
  5. Assalamualaikum Tuan, sy dah cuba tebuk dinding konkrit guna drill ada fungsi hammer tp tetap tak tembus kedalaman yg sy nak lebih kurang 1cm je dapat..

    ReplyDelete