Ramai orang merungut upah kerja tukang paip kadang kala agak mahal. Sedangkan kerja yang dibuat macam tidak sepadan dengan upah
Sebenarnya kerja-kerja teknikal memerlukan kemahiran dan kepakaran. Kemahiran tersebut adalah kemahiran mengetahui masalah dan bagaimana mengatasi masalah tersebut. Kadang-kala satu-satu masalah tidak dapat diselesaikan oleh tuan rumah atau pemilik premis.
Contohnya apabila melihat dinding bilik air basah yang ada laluan paip air di dalamnya . Pasti tuan rumah akan pening kepala memikirkan cara untuk mengatasinya.
Selalunya masalah yang terjadi berkaitan kebocoran air dan air tersumbat yang menjejaskan kelancaran pengaliran air. Banyak juga kes kerosakan peralatan di dalam tangki air. Kemahiran untuk mengenalpasti kerosakan amat penting untuk membaiki kerosakan yang terjadi.
Apabila sinki dapur tersumbat, pasti tuan rumah akan bertungkus lumus untuk membaikinya. Cara yang biasa adalah mencurah air panas. Keduanya adalah mencurahkan cecair khas ke dalam lubang saluran paip bawah sinki.
Bagaimana kalau semua ikhtiar tidak berjaya?Mesti tuan rumah pening kepala nak membasuh pinggan dan memasak.
Biasanya puncanya adalah ada benda lain yang ada dalam saluran paip tersebut seperti pasir, batu, duit syiling dan lain-lain.
Kerja membaiki saluran paip tersumbat juga memerlukan kesanggupan berlumuran badan dengan kotoran yang berbau busuk dan memualkan. Banyak kes lubang sinki di bahagian bawah tanah dan tandas tersumbat. Mahu menyelesaikan masalah tersebut perlu turun ke kotak lubang untuk menembak air dan membuka balik saluran air.
Tidak semua orang sanggup membuat kerja-kerja begitu. Kotoran tersebut akan berlumuran bukan hanya bahagian tangan sahaja, bahkan satu tubuh akan terkena. Bau akan melekat 2-3 sebelum hilang.