Seorang pengusaha penyediaan makanan bertanyakan kepada saya, ' perlu nyalakan lilin ke ketika hidang makanan dalam dome?' Says jawab ' tak perlu. Tak pernah lagi saya tengok orang pasang lilin. Kalau ada pun mungkin sangat jarang'
Kakak itu memberitahu saya inilah kali pertama dia mendapat tawaran menyediakan makanan dalam dome set. Dia sangat teruja menerima tawaran tersebut.
Demikianlah satu ragam daripada ragam-ragam penyewa dome set saya. Selagi saya boleh menolong dan memudahkan urusan mereka setakat termampu, insyaAllah saya akan tolong.