Translate

Friday, March 22, 2024

Sewa peralatan catering : pinggan melamin

 Sebanyak 150 unit pinggan melamin dihantar ke Pandan Indah pagi tadi untuk tujuan berbuka puasa. 



Saturday, March 16, 2024

Majlis berbuka puasa Surau Al-Kawsar, Bdr Baru Bangi

 Tiga set dome fullset  kepada Surau Al-Kawsar untuk majlis berbuka puasa di sana. Kemungkinan menteri akan hadir sama untuk meraikan golongan muallaf yang dijemput khas



Pihak surau menyewa 3 unit dome beserta aksesori lengkap, iaitu pinggan seramik, gelas goblet, bekas nasi dan jug air.


Monday, March 11, 2024

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak

 Kami di Aznurniaga Resources mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak 1445h kepada seluruh umat Islam di Malaysia khasnya dan umat Islam seluruh dunia amnya.

Semoga Ramadhan tahun ini menambahkan lagi keimanan untuk meningkatkan lagi amal ibadat di bulan yang penuh keberkatan ini.

Satu Unit Dome Set Untuk JMB Apartment Suria

 Pihak JMB Apartment Suria. Taman Kajang Utama membuat mesyuarat dan perjumpaan khas wakil penduduk bersama agensi kerajaan berkaitan pada Ahad lepas. Mereka menyewa satu unit dome set untuk meraikan makan tengahari bersana wakil agensi kerajaan tersebut 

Terima kasih menyewa dome set dengan kami. Kalau perlu boleh sewa lagi.


Saturday, March 9, 2024

Jamuan Ambang Ramadhan @ Dome Set Putrajaya

 Semakin dekat Ramadhan Al Mubarak, semakin banyak majls di jabatan kerajaan. Dalam majlis tersebut akan ada makan-makan yang menggunakan peralatan catering seperti dome set,  pinggan dan lain-lain.

Alhamdulillah, banyak yang menghubungi kami untuk peralatan penyediaan makanan.





Terbaru caterer dari Kompleks E, putrajaya yang menyewa untuk majlis ambang Ramadhan di sana. Semestinya hidangan menggunakan dome tersebut untuk tetamu kehormat dan disegani.

Wednesday, March 6, 2024

Sewa barang catering : Pinggan kami ada seramik. Ada yang melamin

 Manakah pilihan anda? Pinggan seramik atau melamin apabila membuat majlis makan-makan? Atau pinggan plastik pakai buang?




Ada yang memilih pinggan melamin. Ada  pula yang memilih pinggan kaca. Sesiap orang ada tujuan dalam pemiliannya.

Jadi, kami memberikan pilihan kedua-duanya. Silakan pilih mana yang berkenan!




Sunday, March 3, 2024

Terima kasih oranng Sri Nanding, Hulu Langat

 Kali pertama mendapat job untuk menyewa dome set beserta aksesori kepada seorang caterer di Taman Sri Nanding, Hulu Langat. Kedudukan agak ke dalam.


Kakak caterer mendapat job majlis makan-makan. Katanya set dome yang dimilikinya dahulu telah dijual semasa peristiwa PKP dahulu. Jadi dia menghubungi saya untuk menyewa. Dan kebetulan tidak ada orang yang menyewa pada hari itu.

Terima kasih Kak Eira dari Taman Sri Nanding!

Penyewa Dari Fasa 4, Bandar Baru Bangi

Yang terbaru kami menghantar dome set ke Fasa 4, Bandar Baru Bangi. Tujuannya adalah untuk tetamu istimewa semasa majlis meraikan perkahwinan salah seorang ahli keluarga terdekat.


 Sememangnya kami mendapat banyak permintaan untuk menyewa dome dari penduduk Bandar Baru Bangi. Kebanyakannya untuk digunakan semasa makan-makan semasa majlis kahwin.


Untuk kali ini, tuan rumah minta empat set dome. 3 set beserta pinggan gelas, manakala satu lagi dome set biasa. Kerana jarak yang dekat, kos hantar / ambil adalah minima.