Translate

Sunday, April 28, 2024

Sewa Peralatan Catering : Kami hantar dan ambil

 Salah satu cara perniagaan kami adalah 'kami hantar kami ambil'. Kenapa begitu? Tak boleh ke penyewa datang ambil dan hantar sendiri? 

Biasanya penyewa set dome sangat sibuk menguruskan majlis. Jadi, masa amat terhad untuk menghantar dome. Kadang-kadang sehingga 3-4 hari baru selesai majlis dan nak menghantar set dome yang disewa.

Dalam masa yang sama, ada orang lain yang menghubungi untuk menyewa dome set. Jadi, kami terpaksa menolak kerana orang yang menyewa dome masih belum menghantar.

Kami memahami perkara jni. Untuk menyelesaikan masalah ini, kami mengambil keputusan akan menghantar dan mengambil dome set tersebut. Sedikit caj penghantaran akan dikenakan dengan kadar berpatutan bergantung kepada lokasi dan jarak.

Untuk mengambil / hantar dome set, kami akan memgenakan caj yang berpatutan. Caj tersebut adalah berdasarkan kepada lokasi dan jarak sesuatu tempat yang kami hantar / ambil tersebut.

Thursday, April 18, 2024

Satu set dome untuk Puan Fatin dari Taman Permata

 Satu set dome untuk Puan Fatin dari Taman Permata Ulu Klang. KL. Katanya ada program makan-makan di pejabatnya esok pagi. Satu dome adalah sebagai tambahan kepada satu dome yang sudah ada.

Sekiranya perlukan lagi set dome, jangan segan untuk menghubungi saya.

<<< 017 6371728 >>>

Tuesday, April 16, 2024

Sewa Set Dome: Orang Pasir Gudang Pun Tanya!

 Agak terkejut juga 2 hari lepas ada orang dari Pasir Gudang bertanyakan dome set. Katanya dia nak gunakan semasa open house. Apabila ditanya dari mana? Katanya dari Pasir Gudang, Johor!

Saya kata bahawa saya kat Kajang. Tak sanggup nak hantar sampai ke hujung Tanah Semensnjung. Dia hanya membalas dengan memberi emoji gelak dan maaf. 


<<< 017 6371728  >>>


Monday, April 15, 2024

Sewa Dome Set: Jamuan Raya Aidilfitri 1445h

 Alhamdulillah sudah tiga hari umat Islam menyambut hari raya Aidilfitri. Ramai berpusu-pusu kembali ke ibu kota dan bandar-bandar untuk mula kembali bekerja selepas bercuti lama 

Menjadi tradisi di Malaysia, selepas ini akan banyak dibuat majlis jamuan raya di pejabat kerajaan dan swasta. Tempohnya sebulan di bulan Syawal. 

Seperti tahun lepas,saya tidak sempat untuk menyediakan dome set kepada semua yang berminat menyewa dome.  Jadi, saya akan mendahulukan mana-mana pihak yang menempah awal.



Sesiapa yang perlu dome set untuk makan-makan jamuan raya, jangan segan untuk tempah awal.

Tuesday, April 9, 2024