Translate

Friday, May 31, 2024

Sewa Dome Dan Peralatan Catering : Aset Perlu Ditambah

Dalam usaha untuk meningkatkan kuali perkhidmatan, kami akan berusaha untuk memperbanyakkan kuantiti barang sewaan kami. Semua ini dilakukan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan yang kami sediakan.

Alhamdulillah, barangan yang kami sediakan untuk disewakan kepada pelanggan semakin banyak. Dengan itu, pilihan semakin banyak boleh dibuat oleh pelanggan. Dalam masa yang sama, sekiranya ada 2-3 pihak yang menyewa dalam masa yang sama, kami akan cuba memenuhi permintaannya.


Di masa akan datang, kualiti perkhidmatan  akan kami cuba pertingkatkan lagi. Begitu juga kuantiti yang akan diperbanyakkan dari semasa ke semasa, insyaAllah.

[ 017-6371728 ]

Anak Pokok Masih Ada

 Ketika kami sedang sibuk menguruskan perkhidmatan penyewaan peralatan penyediaan makanan dan penyelenggaraan premis, kami juga menjual anak pokok buah-buahan. Ada beberapa anak pokok yang bersedia untuk dijual kepada sesiapa yang berminat.

Setakat ini ada anak pokok manggis, petai, dokong, dan lain-lain yang sesuai ditanam dan dipinfahkan di kebun-kebun. Harga yang ditawarkan juga berpatutan dengan harga semasa di pasaran. 

Jika sesiapa yang berminat boleh datang dan mengambil di kediaman kami. Jika ambil dengan kuantiti yang banyak, harga boleh dikurangkan!

HUBUNGI

[ 017 6371728 ]

Monday, May 27, 2024

Sewa dom : Pelanggan Berulang



 Terima kasih kepada pelanggan yang berulang. Setakat ini. Sudah ramai pelanggsn yang berulang kali menggunakan perkhidmatan saya. Ada yang hanya menyewa dome set asas dan ada yang menyewa dome beserta aksesori. 

Terbaru ada seorang kakak yang  mnyewa done set dari Taman  Cempaka, Kajang yang telah beberapa kali menyewa daripada kami. Kakak tersebut mengusahakan perniagaan catering kepada banyak agensi kerajaan di sekitar Kajang. 



Apa pun terima kasih diucapkan kepada pelanggan yang menyewa set dome daripada saya. Sekiranya memerlukan set dome lagi untuk apa-apa aktiviti, jangan segan untuk menghubungi saya.

××× 017 6371728  ×××

Wednesday, May 22, 2024

SEWA DOME SET PUTRAJAYA: Kak nak bekas air sejuk ke panas?

 Untuk kemudahan pelanggan, kami akan cuba untuk sediakan peralatan yamg sesuai semasa majlis diadakan. Antara yang biasa ditanya adalah bekas air minuman.

Ada tempat air minuman untuk air sejuk dan ada untuk air panas. Kedang-kala penyewa sudah mempunyai bekas untuk air sejuk dan bertanyakan bekas untuk air panas sahaja. Ada juga yang mahukan kedua-duanya sekali.


Sebenarnya setakat ini, kami lebih fokus kepada penyewaan pakej sewaan set dome. Namun begitu, kami juga ada mempunyai beberapa peralatan lain jika diminta oleh pelanggan.


((( 017 6371728)))


Monday, May 20, 2024

PAKEJ SEWA DOME KAJANG : Dato' Nak Minum Kopi!

Ada seorang pelanggan yang mengatakan Dato' nak minum kopi selepas makan. Jadi, dia minta sekali pada set dome meja Dato' disertakan sekali cawan kopi. Penganjur memang memahami bahawa Dato' seorang peminumkopi tegar.

Untuk itu, kami tidak ada masalah untuk menyediakan cawan kopi. Ini kerana kami ada pakej sewaan dome yang disertai dengan cawan kopi. Kami semenangnya memahami pelbagai kehendak pelanggan.

Kami mempunyai empat pakej sewaan dome set. Pelanggan yang berminat boleh memilih pakej mana yang sesuai.




Kami membuat cara penyewaan secara pakej adalah untuk memudahkan pelanggan. Sekiranya pelanggan mahu menambah petalatan tambahan, maka caj tambahan akan dikenakan.

( 017 6371728  )

Rumah Orang Kerja Selenggara Premis

 Di rumah orang yang membuat blkerja-kerja maintenance.    Atau pun penyelenggaraan bangunan, bermacam-macam perlatan yang kelihatan.


Ada seorang sahabat yang menjadikan kereta lamanya seolah-olah kedai hardware. Semua perkakas dan alat ganti banyak dalam kereta itu. Kereta itu hanyalah untuk kegunaan harian dan bekerja. 

Bagi orang yang tidak memahami, akan merasa serabut dan rimas. Tetapi bagi mereka yanv minat denfan kerja fiziksl, isnya adslah sati keperluan.


Friday, May 17, 2024

Sewa dom makan : maaf, kami tak sediakan sufu, garfu, senduk

 Ada pelanggan bertanya, tak sertakan sekali sudu. garfu dan senduk ke? Kami dengan hormatnya mengatakan bahawa sememangnya dalam pakej sewaan dome kami tak sertakan.

Kenapa? Sebabnya Kami mengambil langkah untuk tidak menimbulkan rasa serba salah di kalangan kami dan pelanggan. Ini kerana sering berlaku kehilamgan 1-2 sudu dan garfu. 

Walau pun sedikit, tetapi sekiranya kerap, maka lama-kelamaan akan menjadi banyak! 


Kami minta maaf kepada pelanggan kami kerana tidak menyertakan item tersebut dalam pakej sewaan dome kami. Ini keputusan yang kami ambil untuk kesenangan semua pihak.

Thursday, May 16, 2024

Selamat Hari Guru Dari Kami AZNURNIAGA RESOURCES

 Kami di AZNURNIAGA RESOURCES mengucapkan selamat Hari Guru kepada semua pendidik di seluruh Malaysia. Semoga terus berdedikasi dalam tugas seharian mendidik anak bangsa.

Setakat ini, ramai golongan pendidik yang menjadi pelanggan kami, sana ada menyewa peralatan penyediaan makanan atau pun perkhidamatan penyelenggaraan premis. Begitu juga dengan pejabat KPM yang pernah menggunakan perkhidmatan kami. 

Apapun kami sentiasa mendoakan golongan cikgu sentiasa dalam keberkatan dan dilimpahi rezeki olehNya.

Saturday, May 11, 2024

Pakej Sewaan Set Dome

 Untuk memberi kemudahan kepada pelanggan yang berminat untuk menyewa set dome, kami telah membuat beberapa pakej :



Sekiranya pelanggan berhasrat untuk menambah peralatan lain, maka caj tambahan akan dikenakan bergantung kepada kuantiti barang tersebut..

<<< 017 6371728 >>>

Majlis pecah tanah di Cyberjaya

 Pengurus satu majlis pecah tanah di Cyberjaya secara tiba-tiba telefon bertanyakan set dome untuk makan-makan semasa majlis perasmian pecah tanah tersebut.

Pengurus program asalnya mahukan 2 set domr beserta aksesori pinggan dan gelas. Akan tetapi semua peralatan yang dikehendaki tidak mencukupi kerana telah disewa oleh orang lain lebih awal. 

Saya cuma mampu menolong menyediakan 2 unit dome asas sahaja. Yang selebihnya saya minta maaf kerana tidak dapat membantu. 

Suasana sambutan hari raya Aidilfitri masih terasa dan majlis makan-makan sempena jamuan raya masih ada. Panggilan untuk menyewa set dome amat banyak dan tidak mampu untuk saya menyediakan peralatan yang diminta.

Monday, May 6, 2024

Dua Set Dome Kepada Rumah Perlindungan Kanak-Kanak Bukit Tunku

 Kali pertama orang dari Bukit Tunku, KL menghubungi untuk menyewa set dome. Set dome akan digunakan untuk meraikan orang kenamaan pada majlis raya yang akan diadakan nanti.

Lokasi agak jauh dan perjalanan agak lama untul sampai ke lokasi. Jadi, saya mengenakan sedikit caj penghantaran / ambil.

Pegawai tersebut meminta 2 set dome beserta aksesori pinggan, gelas dan pitcher. Saya menghantar ke sana waktu malam untuk mengelakkan kesesakan jalan dan suasana lebih tenang.