Translate

Sunday, June 30, 2024

"Saya datang ambil apabila majlis dah selesai sepenuhnya"

 'Bila nak datang ambik dome?"

"Bila majlis dah selesai sepenuhnya, saya akan datang ambik. Yang penting majlis akak semua dah selesai"

Itulah pertanyaan yang biasa ditanya oleh penyewa. Itulah juga jawapan yang saya berikan kepada mereka. 

Ada di kalangan penyewa yang membuat program sebelah pagi. Ada yang tengahatu. Ada juga yang buat makan malam sebelah malam.


Sekiranya kita mempermudahkan urusan orang, saya yakin Allah Taala akan mempermudahkan urusan kita.

Friday, June 28, 2024

Cara Penyewaan Dome Set Secara Pakej

 Cara perniagaan sewa dome kami adalah secara pakej, bukannya secara kira satu persatu.


Tujuan kami membuat cara begitu untuk tujuan menyenangkan dan memudahkan pengiraan kadar sewa. Dalam masa yang sama, penyewa juga mudah memilih pakej yang dikehendaki

Dalam masa yang sama, sekiranya penyewa mahu menambah barang sewaan yang lain, kami tidak ada masalah untuk memasukkannya sekali. Caj yang akan dikenakan adalah berpatutan dengan jenis san kuantiti barang tersebut.


HUBUNGI...

[[[ 017 6371728  ]]]

Thursday, June 27, 2024

Lima Dome Set Untuk Restoran di Taman Ekuin, Seri Kembangan

 Sebuah kedai makan di Taman Ekuin, Seri Kembangan mendapat satu permintaan dari pelanggannya untuk menyediaka8n 5 hidangan menggunakan dome set kepada tetamu vipnya. Dome set tersebut lengkap dengan aksesori pinggan dan gelas.

Saya menghantar sebelah malam kerana sebelah agak sibuk. Tambahan pula, ada setengah berangan yang diperlukan berada di stor kami di Semenyih. Kami perlu ke Semenyih dahulu untuk mengambilnya sebelum menghantarnya ke Seri Kembangan.


Saturday, June 22, 2024

10 unit dome set untuk pseerta seminar di Kajang

 Terima kasih saya ucapkan kepada seorang  Ustaz selebriti yang agak popular di Kajang kerana menyewa 10 unit dome dari saya. Katanya untuk meraikan makan tetamu selepas selesai program seminar yang diadakan.


Program tersebut dibuat di Hotel KK, berhadapan dengan Masjid Jamek Kajang. Apabila program berakhir, maka para jemputan akan diraikan dengan hidangan menggunakan dome set. Ia adalah program bersama NGO yang terkenal di Kajang

Terima kasih Pak Ustaz. Mesej wasap dari Pak Ustaz kepada saya 'rezeki bersama'.

Sunday, June 16, 2024

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha 1445H

 Kami di Aznurniaga Resources mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha kepada semua umat Islam di mana saja berada. Sambutan hari raya Aidil Adha adalah untuk mengenangkan peristiwa pengorbanan yang berlaku ke atas Nabi Ibrahim dan putranya Nabi Ismail Alaihima Salam. Semoga.

Semoga Aidil Adha tahun ini lebih memberi semangat untuk berkorban demi agama, bangsa dan negara.


Selamat Hari Bapa

 Selamat menyambut hari bapa kepada semua yang bergelar ayah. Pengorbanan seorang ayah sangat besar dalam mencari nafkah buat keluarganya dan menjadi ketua keluarga.


Semoga seorang ayah itu terus tabah mengemudi keluarganya dan  pengorbanannya akan sentiasa mendapat rahmat dari yang esa.


Wednesday, June 12, 2024

Sewa Peralatan Catering : Aset Perlu Diperbanyakkan

 Alhamdulillah, aset untuk perkhidmatan sewaan set dome dan barangan penyediaan jamuan telah semakin bertambah dan insyaAllah  akan diperbanyakkan dari semasa ke semasa. 

Melihat kepada cadangan dan pertanyaan daripada pelanggan, banyak lagi barangan yang perlu diperbanyakkan lagi. Kami sentiasa menyambut baik sebarang cadangan daripada pelanggan.




Sesiapa yang berminat untuk menyewa barangan untuk jamuan makan, boleh hubungi kami.

< 017 6371728 >



Sunday, June 9, 2024

Sewa domset : Terima kasih orang kedai stadium kajang

 Terima kasih kepada seorang kakak pengusaha kedai makan bersebelahan stadium kajang kerana menyewa set dome dari kami. Katanya ada program hari Sabtu dan Ahah di sana.



Kakak menyewa 3 set dome lengkap dengan aksesori. Kami memghantar pada Jumaat malam supaya tidak kelam kabut untuk setting pada hari Sabtu.



Wednesday, June 5, 2024

Memasang bracket tv di Taman Kenari, Kajang

 Sudah lama saya tidak membuat kerja-kerja memasang bracket tv. Ini kerana kesibukan menguruskan banyak perkara lain.

Terbaru saya memasang 2 buat bracket tv di Taman Kenari, berhampiran Sungai Chua, Kajang. Pemiliknya membeli satu tv baru berukuran 65 inci dan mahu memindahkan tv sedia ada ke dalam bilik.

Alhamdulillah tv berjaya dipasang dan tuan rumah berpuas hati dengan pemasangan tersebut.


Perlu pasang bracket tv?

Boleh hubungi saya...

[[[ 017 6371728 ]]]

Monday, June 3, 2024

Sewa Dome Set : Seremban terlalu jauh.

Kali pertama saya menerima panggilan telefon dari Seremban untuk menyewa dome set. Agak terkejut juga kerana belum pernah menerima panggilan daripada seseorang yang berminat sejauh itu.

Dengan hormat saya berkata bahawa saya dari Kajang, Selangor. Agak jauh dari Seremban. Saya minta maaf kerana tidak dapat membantunya. Kos perjalanan untuk menghantar dan mengambil juga perlu diambilkira.

Apa pun terima kasih kepada puan yang berminat dengan perkhidmatan kami.

<<< 017 6371728 >>>

Membaiki pam tandas

 Membaiki pam tandas nampak macam senang dan.   Simple.      Tetapi agak sukar sebenarnya

Apa lagi sekira bagi orang yang jarang-jarang membuatnya.