InsyaAllah beberapa hari lagi kita akan bersua dengan bulan Ramadhan Al Mubarak. Bulan yang dinantikan oleh orang yang beriman kepada Allah dan hari kiamat. Bulan rahmat dan penuh keampunan.
Sekiranya kita mengikuti tradisi dan amalan orang-orang alim zaman dahulu, mereka sudah berpuasa seawal bulan Rejab lagi. Seterusnya diperkemaskan lagi pada bulan Syaaban. Kenuncak ibadah puasa mereka adalah pada bulan Ramadhan.
Mereka berpuasa dua bulan lebih awal adalah untuk melatih perut dan tubuh mereka dengan puasa. Ini kerana mereka mahu pastikan kualiti puasa pada bulan Ramadhan benar-benar menepati kehendak syarak. Amat rugi sekiranya peluang ganjaran yang dijanjikan oleh Allah Taala pada bulan Ramadhan tidak digunakan sepenuhnya.
No comments:
Post a Comment