Translate

Tuesday, May 21, 2019

Cara dan teknik drill dinding konkrit dan tiles 6

Assalamualaikum wbt...

Untuk entri kali ini saya ingin kongsi dengan pembaca blog beberapa tip dan petua apabila bertemu dengan masalah ketika melakukan kerja-kerja drill.

Pertama : Bagaimana nak keluarkan wallplug plastik yang telah dimasukkan dalam lubang dinding. Kadang kala kita tersilap drill dan sudah siap memasukkan wallplug. Wallplug itu pula sudah masuk rapat dan ketat ke dalam.

Caranya adalah dengan memasukkan skru yg lebih panjang daripada wallplug tersebut. Apabila kita pusingkan skru sampai ke simen bahagian dalam, wallplug akan terkeluar sedikit demi sedikit. Semakin lama kita dalamkan skru, wallplug akan semakin terkeluar.

Tetapi cara ini tidak boleh digunakan sekiranya kita telah memasukkan wallplug pada permukaan tiles. Sekiranya dibuat juga, dikhuatiri tiles akan pecah.



Kedua: Sekiranya wallplug besi pula yang tersilap ditanam di tempat yang salah. Saya menjawab supaya wallplug itu tak perlu dicabut kembali. Terlalu susah nak dicabut. Sekiranya mahu dicabut, kita perlu membuat lubang di sekeliling wallplug tersebut dan cabut dengan sekuat tenaga.

Kesannya, lubang yang besar akan terbentuk pada dinding. Ini pasti mencacatkan pemandangan. Untuk menutup pula perlu disimen balik.

Setengah orang akan memotong wallplug besi yang terkeluar tersebut supaya sama dengan permukaan dinding. Seterusnya sapu simen putih.


Ketiga : Cara mahu mengesan wayar elektrik dan paip air di dalam simen. Ini sangat penting supaya mata drill tidak terkena wayar yang elektrik dan air. Tak sanggup saya bayangkan ketika sedang drill, mata drill terkena dengan wayar elektrik hidup. Risikonya amat tinggi.

Cara pendawaian yang biasa dibuat di Malaysia adalah dengan cara bersifat menegak dan mendatar secara selari. Tidak Ada yang berbentuk serong atau bengkang bengkok. Tujuannya untuk memudahkan proses pembaikian di masa hadapan.

Dengan itu, tidaklah susah untuk mengesan wayar elektrik dan paip air yang berada dalam simen.

Wednesday, May 8, 2019

kerja Drill Di Taman Lestari Putra

Pagi tadi membuat kerja-kerja drill untuk pasang rod kayu langsir, bracket tv dan cermin di Taman Lestari Putra, Seri Kembangan. Ada beberapa gambar untuk dikongsi dengan pembaca blog.





hubungi saya, Azhar sekiranya perkhidmatan saya di talian...

*** 017 6371728 ***




Tuesday, May 7, 2019

Pasang Rail Langsir Di Kajang dan Beranang

Nak berkongsi dengan pembaca blog beberapa keping gambar selepas siapkan pemasangan rail langsir di Kajang dan Beranang. Semoga pemilik rumah berpuas hati dwngan hasil kerja saya.






Kepada sesiapa yang perlu perkhidmatan drill dinding konkrit atau tiles untuk apa sahaja tujuan bolehlah hubungi saya.

~ 017 6371728 / AZHAR ~

Thursday, May 2, 2019

Cara dan teknik drill dinding konkrit dan tiles 5

... sambungan teknik drill tiles...
Apabila drill sudah siap dipasang dan tempat yang nak drill sudah ditanda,maka bolehlah mula drill.

Letakkan mata yang tajam betul-betul pada tempat yang nak buat lubang. Tekan dengan agak kuat dan tarik picu perlahan-lahan. Mainkan tarik laju dan kendurkan beulang kali. Jangan sentiasa tarik habis.

Drill tiles perlukan kesabaran. Ketika itu perlu sentiasa tekan tempat yang kita drill tersebut. Kalau tiles jenis lembut, akan cepat sikit terbentuk lubang. Tapi kalau tiles henis keras agak lama sedikit. Begitu juga dengan keadaan mata yang baru dan tajam atau lama yang dah tumpul.


Sebenarnya di bahagian belakang tiles ada lapisan simen yang berfungsi mekekatkan tiles dengan dinding atau lantai sedia ada. Apabila semakin dalam kita dril, maka mata drill akan bertemu dengan simen pelekat ini. Ketika ini keluarkan mata dril dan tengok sedalam mana kita sudah drill. ia diukur dengan wallplug yang kita nak masukkan. 

Kalau mengikut cara saya, apabila kedalaman lubang yang sudah dibuat 3/4 daripada panjang wallplug plastik, itu sudah memadai. Apabila kita masukkan wallplug, maka bahagian atas wallplug yang terlebih boleh dipotong dengan pisau. Kemudian pasangkan skru dengan skru yang bersesuaian dengan wallplug yang kita potong tadi.



Cara ini boleh dibuat sekiranya kita hendak memasang peralatan yang tidak berapa berat. Pemasangan cermin bilik air, tempat ampai kain dan tuala, tempat syampu saya gunakan cara ini.

Cara yang berbeza sekiranya kita mahu memasang peralatan yang berat dan besar. Ketika itu kita perlukan wallplug besi. Wallplug besi tidak boleh dipotong dan lubang yang dibuat mesti sama dengan ukuran wallplug besi tersebut.

Caranya adalah kita drill permukaan tiles dengan cara yang di atas tadi. Apabila mata drill sudah sampai ke permukaan simen dinding, cabut dan tukar mata drill. Gunakan mata drill simen biasa. Ubah setting kepada hammer drill. Kemudian drill dengan berhati-hati takut pecah.

 wallplug besi. Ada banyak jenis dan saiz

ampai bilik air. saya guna wallplug plastik

cermin dan tempat shampu, juga guna wallplug plastik

tempat orang OKU berpegang. saya guna wallplug besi


Semoga perkongsian ini bermanfaat. Boleh cuba di rumah. Tak susah mana pun. Cuma perlu sedikit perasaan berani mencuba dan bersabar jika tak berjaya.

Kalau malas, wasap je saya...

~ 017 6371728 (Azhar) ~

Wednesday, May 1, 2019

Selamat Hari Pekerja dari AZNURNIAGA RESOURCES

Kepada semua pekerja yang mencari rezeki di apa sahaja sektor, kami di Aznurniaga Resources mengucapkan  'Selamat Hari Pekerja'


~ sentiasa berhati-hati ketika bekerja~
~ingat orang yang tersayang~