Translate

Monday, September 30, 2019

Memasang wall mount / bracket tv

Ramai orang sekarang lebih berminat untuk memasang bracket tv (wall mount). Kenapa? Sebabnya kerana ada anak kecil yang suka bermain-main dan menolak tv. Sebab kedua adalah mahukan suasana deco dalam rumah lebih cantik dan menarik.







Ada yang membeli bracket tv dan meminta saya memasangnya. Ada juga yang membeli dari saya terus dan minta pasang sekali.  Di samping itu, ada yang beli dari saya dan memasangnya sendiri.

 ~ 017 6371728 ~


Wednesday, September 25, 2019

Kerja Drill Dan Modifikasi

Kalau berminat dengan kerja-kerja teknikal seperti pemasangan rail langsir, bidai, perabot dan lain-lain, seseorang itu perlu perlu sentiasa mempunyai idea yang kreatif apabila timbul sesuatu masalah. Tujuannya agar kerja yang dibuat siap dan benda yang dipasang dapat digunakan dan kelihatan kemas serta tidak cacat.

Saya beberapa kali bertemu dengan masalah dinding  konkrit yang lembut  dan setengahnya kosong di bahagian belajang simun. Pernah terjadi ketika mahu memasang bracket tv dan perabot. Apabila drill, terus tembus ke belakang.


Saya akan membawa satu set skru dan wallplug yang mengandungi pelbagai saiz sebagai persediaan apabila mahu melakukan sesuatu kerja. Ini kerana keperluan pelanggan kadang-kala di luar jangkaan dan memerlukan peralatan yang bermacam-macam. 

Pelanggan juga menganggap kita sebagai dan tahu serba serbi mengenai pemasangan semua perabot dan barang-barang yang mahu dipasang.

Juga jangan lupa untuk membawa semua jenis mata drill dan saiz kerana kita sering memerlukannya dalam keadaan tidak terduga. Pernah sekali saya diminta untuk drill dan pasang satu perabot kayu kecil di dinding dan dalam masa yang saya skru yang khas untuknya telah hilang. Akhirnya saya minta izin untuk membuat lubang kecil pada perabot itu sebagai lubang skru untuk dilekatkan pada dinding.



Di samping itu, peralatan seperti tukul, pemutar skru pelbagai saiz, alat timbang air, tali meter, pisau kecil, pensil dan marker dan lain-lain untuk menanda perlu dibawa.


hubungi untuk perkhidmatan saya..

~ 017 6371728 ~





Tuesday, September 24, 2019

Pemasangan perabot dan barangan ikea

Di antara banyak kerja yang saya buat ialah memasang barangan ikea. Bermacam-macam barangan yang diminta untuk saya pasang seperti bidai, rail langsir, ampaian, frame dan aksesori bilik air.





Ketiga-tiga gambar di atas adalah barang-barang ikea yang saya pasang di Unipark, Kajang. Cantik cermin bilik air berbentuk bulat dan segi empat tepat beserta ampaian untuk gantung tuala. Cermin dinding pula menghiasi ruang tamu.

Banyak lagi barangan ikea yang saya pasang sebelum ini seperti bidai dan rail langsir yang pelbagai jenis.

Kenapa ikea? Kebanyakan mereka berkata ikea menawarkan banyak pilihan, sesuai dengan citarasa hidup moden dan harga berpatutan.

~ HUBUNGI : 017 6371728 ~



Monday, September 16, 2019

Servis pemasangan perabot lekat dinding, aksesori bilik air dan lain-lain

Assalamualaikum wbt.

Kepada sesiapa yang membeli barangan yang perlu dilekatkan di dinding dan perlu drill bolehlah hubungi saya. Sudah banyak yang saya buat dan pasang.

Perkhidmatan saya meliputi kawasan kajang, bangi, semenyih, putrajaya dan sekitar.Bagi kawasan lain, saya terpaksa tolak kerana mengambilkita faktor masa, kesesakan jalan raya, kos minyak dan tol. 
Mungkin ada orang lain di kawasan tersebut yang membuat perkhidmatan ini.



hubungi : 017 6371728