Translate

Wednesday, September 25, 2019

Kerja Drill Dan Modifikasi

Kalau berminat dengan kerja-kerja teknikal seperti pemasangan rail langsir, bidai, perabot dan lain-lain, seseorang itu perlu perlu sentiasa mempunyai idea yang kreatif apabila timbul sesuatu masalah. Tujuannya agar kerja yang dibuat siap dan benda yang dipasang dapat digunakan dan kelihatan kemas serta tidak cacat.

Saya beberapa kali bertemu dengan masalah dinding  konkrit yang lembut  dan setengahnya kosong di bahagian belajang simun. Pernah terjadi ketika mahu memasang bracket tv dan perabot. Apabila drill, terus tembus ke belakang.


Saya akan membawa satu set skru dan wallplug yang mengandungi pelbagai saiz sebagai persediaan apabila mahu melakukan sesuatu kerja. Ini kerana keperluan pelanggan kadang-kala di luar jangkaan dan memerlukan peralatan yang bermacam-macam. 

Pelanggan juga menganggap kita sebagai dan tahu serba serbi mengenai pemasangan semua perabot dan barang-barang yang mahu dipasang.

Juga jangan lupa untuk membawa semua jenis mata drill dan saiz kerana kita sering memerlukannya dalam keadaan tidak terduga. Pernah sekali saya diminta untuk drill dan pasang satu perabot kayu kecil di dinding dan dalam masa yang saya skru yang khas untuknya telah hilang. Akhirnya saya minta izin untuk membuat lubang kecil pada perabot itu sebagai lubang skru untuk dilekatkan pada dinding.



Di samping itu, peralatan seperti tukul, pemutar skru pelbagai saiz, alat timbang air, tali meter, pisau kecil, pensil dan marker dan lain-lain untuk menanda perlu dibawa.


hubungi untuk perkhidmatan saya..

~ 017 6371728 ~





No comments:

Post a Comment