Translate

Sunday, June 14, 2020

Perkhidmatan Cuma Di Kawasan Kajang, Bangi, Semenyih Dan Putrajaya

Alhamdulillah perkhidmatan saya meliputi kawasan Kajang, Bangi, Semenyih, Putrajaya dan sekitarnya sahaja. Walaupun ada banyak permintaan untuk melakukan pemasangan di kawasan Puchong, Sri Kembangan sehinggalah ke Cheras dan Kl, saya terpaksa tolak.

Antara sebab saya menolak  permintaan pelanggan adalah kerana upah yang terpaksa dinaikkan kerana menampung kos minyak dan tol. Kadar upah yang lebih tinggi dari biasa sedikit sebanyak akan membuatkan pelanggan akan berfikir beberapa kali.



Di samping itu, masa yang labih banyak dihabiskan dijalan raya juga agak merugikan. Dalam perniagaan, masa adalah amat penting dan mesti digunakan sebaiknya.

Walaupun perkhidmatan saya hanya di sekitar sini sahaja, rezeki tetap banyak dan tidak putus-putus. Syukur kepada Allah Taala yang memberikan rezeki kepada hambanya yang dikehendakinya.

www.wasap.my/60176371728

No comments:

Post a Comment