Translate

Monday, July 31, 2023

Pasang Bracket TV Boleh Laras di Putrajaya

 Jarang-jarang sekali orang meminta saya memasang bracket tv boleh laras. Sabtu lepas seorang pelanggan meminta saya memasangnya. Bracket begini agak istimewa kerana tv boleh ditarik ke depan, belakang, ke kiri dan ke kanan.


Alhamdulillah pemasangan selesai. Saya terpaksa meminta bantuan tuan rumah kerana tv agak besar dan berat. Untuk lebih kemas, saya telah menambah dua lagi skru semasa melekatkan bracket ke dinding. Jadi, jumlah skti keseluruhannya adalah enam.

Di samping itu, tuan rumah juga meminta saya memasang empat rak buku di ruang tamu dan di bilik anaknya.

Semoga tuan rumah berpuas hati dengan perkhidmatan yang saya berikan.

Sunday, July 16, 2023

Pasabg Bracket TV Gantung, Bagi Pada Kawan

 Memasang bracket tv yang digantung pada siling adalah agak rumit dan mencabar. Tambahan pula sekiranya tv yang mahu digantung itu agak besar dan berat. 

Kerja begini tidak boleh dibuat seorang. Sekurang-kurangnya 2-3 orang diperlukan untuk menyiapkan kerja begini. Syiling yang perlu dril perlulah konkrit yang padu dan wall plug yang digunakan mesti wallplug besi.

Kebiasaannya apabila selesai dril dan dipasang wallplug saya akan uji dulu. Saya akan ikat tali dan bergayut untuk melihat kekuatannya. Selepas itu barulah saya akan memasang.

Untuk kali ini saya memberi kerja itu kepada kawan kerana agak sibuk dan banyak urusan lain.

Terima kasih kerana berminat dengan servis kami.



Servis Sewa Dome Kiter Tak Sampai Gemas Bang, Sorry Sangat-Sangat!

 Seseorang yang berminat untuk sewa dome tiba-tiba telefon bertanyakan mengenai penyewaan dome set. Katanya dari Gemas, Negeri Sembilan. 

Dengan baik kami menolak dan mangatakan perkhidmatan kami tidak sampai ke sana. Perkhidmatan kami sekitar Kajang, Bangi, Semenyih dan paling jauh KL sahaja. Lagi pun kos penghantaran ke Gemas agak banyak dan terpaksa membebankan kami dan pelanggan.


Perlu sewa dome set? Hubungi kami...

♧♧♧ 017 6371728 ♧♧♧

Sunday, July 9, 2023

Sewa Dome Set: Terima kasih Akka dari Bandar Tun Razak

 Akka dari Bandar Tun Razak menyewa 3 dome set kerana pelanggannya mahukan sebahagian  juadah dihidang dalam dome. Penat juga mencari dome kerana pelanggan nak segera. Kebetulan saya ada masa dan stok dome ada, saya terus hantar ke lokasi.

Akka membuat perniagaan catering kecil-kecilan dari rumah saja. Sebahagian peralatan tidak cukup dan terhad.

Di masa akan datang, kalau akka nak sewa dome lagi, hubungi terus saya. Semoga perniagaan akka terus maju dan mendapat pelanggan yang lebih ramai.