Translate

Monday, July 31, 2023

Pasang Bracket TV Boleh Laras di Putrajaya

 Jarang-jarang sekali orang meminta saya memasang bracket tv boleh laras. Sabtu lepas seorang pelanggan meminta saya memasangnya. Bracket begini agak istimewa kerana tv boleh ditarik ke depan, belakang, ke kiri dan ke kanan.


Alhamdulillah pemasangan selesai. Saya terpaksa meminta bantuan tuan rumah kerana tv agak besar dan berat. Untuk lebih kemas, saya telah menambah dua lagi skru semasa melekatkan bracket ke dinding. Jadi, jumlah skti keseluruhannya adalah enam.

Di samping itu, tuan rumah juga meminta saya memasang empat rak buku di ruang tamu dan di bilik anaknya.

Semoga tuan rumah berpuas hati dengan perkhidmatan yang saya berikan.

No comments:

Post a Comment