Translate

Sunday, October 29, 2023

Sewa Set Dome: Maaf Bang, Damansara Terlalu Jauh!

 Itu jawapan yang saya terpaksa berikan kepada seorang yang beminat untuk menyewa dome set. 

Sebabnya, jumlah dome set yang diperlukan cuma satu sahaja. Manakala lokasi untuk dihantar/diambil adalah dikawasan Damansara Perdana. Sedangkan saya berada di Kajang. Jarak yang ditempuh agak jauh dan masa yang diambil pula agak lama.

Sebenarnya kami sedaya upaya mahu memberikan perkhidmatsn terbaik kepada pelanggan. Untuk itu, kami telah menetapkan kadar sewaan dan kadar penghantaran/ambil set dome denfan kadar yang sesuai dengan jarak dan masa.

Alhamdulillah semua pelanggan memahami penerangan mengenai caj perkhidmatan yang kami kenakan.



<< 017 6371728 >>


Saturday, October 21, 2023

Skru Untuk Pasang Bracket TV

 Alhamdulillah setakat ini perkhidmatan menjual dan memasang bracket tv berjalan dengan baik. Saya akan pastikan pelanggan akan mendapat perkhidmatan terbaik.

Apabila ada pelanggan mahukan saya memasang bracket tv di premisnya, pertamanya saya akan bertanya jenama dan saiz tv yang akan dipasang. Keduanya adalah anggaran ketinggian tempat untuk memasang tv.

Tujuan saya bertanyakan jenis dan ukuran tv kerana setiap jenis tv memerlukan skru yang berlainan ukurannya. Sebagai persediaan saya membawa empat jenis skru yang berlainan saiz ukurlilit dan panjangpendeknya. 


Empat saiz inilah yang biasa digunakan untuk memasang bracket tv. Saya belum menjumpai tv yang memerlukan saiz skru yang lebih besar. Saiz tv yang paling besar saya pasang adalah 63 inci. 

Kebiasaannya apabila kita membeli bracket tv di mana-mana kedai atau secara atas talian, akan disertai dengan satu set dua atau tiga saiz skru. Yang menjadu masalah kadang-kala kesemua skru tersebut tidak sesuai dengan tv.


 Ada juga saiz skru yang sesuai, tetapi terlalu pendek dan ada juga yang terlalu panjang. Apabila mahu memasangnya, akan pening kepala dan terpaksa mencari di kedai hardware. Yang lebih memeningkan bukan semua kedai menjual skru untuk bracket tv.

Begitu juga kalau ada orang yang cuma mahu membeli bracket sahaja. Saya akan bertanyakan jenama dan saiz tvnya. Seterusnya saya akan menyediakan skru tambahan sekiranya skru yang memang tersedia tidak sesuai.





Saturday, October 14, 2023

Pasang Bracket TV Eco Majistec

 Dua buah tv selesai dipasang di dinding pagi tadi. Sebuah berukuran 60 inci dan sebuah lagi 42 inci. Saya menggunakan bracket yang agak besar kerana tv agak besar dan berat.






Terima kasih En Arif kerana menggunakan perkhidmatan kami memasang bracket tv. En Arif meminta menggunakan bracket tv saya dan memasangnya sampai siap. 

Ada keperluan lain yang memerlukan kerja dril boleh hubungi kami lagi.



< 017 6371728 >


Monday, October 9, 2023

Dome Set Kami Adalah Stainless Steel, Mangkuk Seramik!

 Ada yang tanya, dome set yang kami sewajakan daripada plastik ke? Mangkuknya daripada melamin ?

Saya menjawab bahawa dome set yang kami sewakan adalah daripada stainless steel. Jadi ianya tidak akan berkarat dengan mudah. Syaratnya ia nesti dibasuh dan dilap sampai kering, barulah disimpan.

Manakala mangkuknya pula daripada seramik, dan bukannya daripada plastik melamin. Juga bukan daripada stainless steel.




Kenapa daripada seramik? Jawabnya kerana ianya lebih kelihatan eksklusif untuk meraikan hidangan orang kenamaan atau vip. Jika hidangan dilengkapi dengan set pinggan dan gelas serta napkin, maka ia akan lebih kelihatan eksklusif dan istimewa.

Saturday, October 7, 2023

Penyewa Dome Set Dari Cheras: Terima kasih Dari Kami

 Terima kasih caterer dari Cheras kerana kali kedua menyewa done set dari kami. Semoga penyediaan juadah makanan akan lebih kelihatan eksklusif dengan hidangan menggunakan dome set.


Jika perlukan lagi dome set, bolehlah hubungi kami lagi. Lagi bagus hubungi lebih awal untuk mengelakkan bertembung dengan tempahan orang lain.

Cheras kawasan yang sibuk. Banyak syarikat catering yang beroperasi di sana. Abang dan kakak yang buat catering dan perlukan dome set jangan segan untuk hubungi kami.