Alhamdulillah setakat ini perkhidmatan menjual dan memasang bracket tv berjalan dengan baik. Saya akan pastikan pelanggan akan mendapat perkhidmatan terbaik.
Apabila ada pelanggan mahukan saya memasang bracket tv di premisnya, pertamanya saya akan bertanya jenama dan saiz tv yang akan dipasang. Keduanya adalah anggaran ketinggian tempat untuk memasang tv.
Tujuan saya bertanyakan jenis dan ukuran tv kerana setiap jenis tv memerlukan skru yang berlainan ukurannya. Sebagai persediaan saya membawa empat jenis skru yang berlainan saiz ukurlilit dan panjangpendeknya.
Empat saiz inilah yang biasa digunakan untuk memasang bracket tv. Saya belum menjumpai tv yang memerlukan saiz skru yang lebih besar. Saiz tv yang paling besar saya pasang adalah 63 inci.
Kebiasaannya apabila kita membeli bracket tv di mana-mana kedai atau secara atas talian, akan disertai dengan satu set dua atau tiga saiz skru. Yang menjadu masalah kadang-kala kesemua skru tersebut tidak sesuai dengan tv.
Ada juga saiz skru yang sesuai, tetapi terlalu pendek dan ada juga yang terlalu panjang. Apabila mahu memasangnya, akan pening kepala dan terpaksa mencari di kedai hardware. Yang lebih memeningkan bukan semua kedai menjual skru untuk bracket tv.
Begitu juga kalau ada orang yang cuma mahu membeli bracket sahaja. Saya akan bertanyakan jenama dan saiz tvnya. Seterusnya saya akan menyediakan skru tambahan sekiranya skru yang memang tersedia tidak sesuai.
No comments:
Post a Comment