Translate

Thursday, November 30, 2023

Sewa Peralatan Catering : Saya urgent, boleh hantar pagi ni?

 Itulah dialog biasa apabila sesuatu majlis yang mahu dimulakan tetapi peralatan tidak mencukupi. Selalunya pihak catering dan penganjur program yang mehukan barang catering saat akhir.

Sekiranya saya berkesempatan, maka saya akan sedaya upaya untuk menolongnya. Orang kata kalau kita memudahkan kerja orang, maka Allah akan memudahkan urusan kita!

Perlu sewa perakatan catering? Hubungi kami...

~ 017 6371728 ~

Wednesday, November 29, 2023

Sewa Dome Set : Johor Terlalu Jauh

 Negeri Johor terlalu jauh untuk kami sewakan dome set. Maaf kerana kami tidak sanggup hantar / ambil dome set di negeri Johor. Perkhidmatan kami hanya di sekitar Kajang, Bangi, Putrajaya dan paling jauh di kawasan Kuala Lumpur.




PERLUKAN DOME SET UNTUK SEBARANG MAJLIS MAKAN-MAKAN?

HUBUNGI...

[ 017 6371728 ]


Tuesday, November 21, 2023

Alas Meja Bulat Untuk Disewa

 Kami mempunyai alas meja makan jenis bulat untuk disewa. Alas meja tersebut daripada kain jenis jersi. Ianya sesuai untuk meja bulat kendiri 8-10 orang. 

- Satu helai: 8.00

- Minimum sewa: 5 helai ( 40.00 )

- Kos penghantaran bergantung kepada jauh tempat untuk dihantar / ambil.

- Kami berada di Kajang.



Jadi, kepada sesiapa yang ada buat majlis makan-makan dan perlukan alas meja bulat, jangan segan untuk menyewa dengan kami.

<<< 017 6371728 >>>

Tuesday, November 14, 2023

Pelanggan berulang

 Dalam menguruskan sesuatu perniagaan, teknik melayan pelanggan adalah amat penting. Ini untuk memastikan pelanggan itu akan kembali mengunjungi premis kita di masa akan datang.

Melayan pelanggan dengan sebaik mungkin adalah sangat penting. Walau pun kita menyakini seseorang itu hanya sekadar melakukan tinjauan dan bukan berniat untuk membeli barangan dan menggunakan perkhidmatan kita, tetapi layanan pertama akan menimbulkan minat bakal pelanggan tersebut.

Kehadiran pelanggan kita untuk kali kedua menunjukkan bahawa mereka amat berpuas hati dengan layanan yang diberikan.

Sunday, November 12, 2023

Happy Deepavali

 Kami di Aznurniaga mengucapkan happy deepavali kepada pelanggan kami yang menganut agama Hindu yang merayakan hari deepavali. Semoga terus sukses dalam hidup dan dilimpahi rezeki yang melimpah di hari mendatang.


Hari deepavali sepertimana hari perayaan lain-lain agama adalah hari cuti. Banyak majlis makan-makan yang dibuat. Sebahagian pelanggan saya yang beragama hindu ada yang berminat menyewa dome set untuk majlis makan-makan yang dibuat.

Semoga hubungan kita terus berjalan dengan baik atas dasar hormat menghormati  sebagai rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama.