Dalam menguruskan sesuatu perniagaan, teknik melayan pelanggan adalah amat penting. Ini untuk memastikan pelanggan itu akan kembali mengunjungi premis kita di masa akan datang.
Melayan pelanggan dengan sebaik mungkin adalah sangat penting. Walau pun kita menyakini seseorang itu hanya sekadar melakukan tinjauan dan bukan berniat untuk membeli barangan dan menggunakan perkhidmatan kita, tetapi layanan pertama akan menimbulkan minat bakal pelanggan tersebut.
Kehadiran pelanggan kita untuk kali kedua menunjukkan bahawa mereka amat berpuas hati dengan layanan yang diberikan.
No comments:
Post a Comment