Translate

Tuesday, December 26, 2023

Sewa Peralatan Carering :" kami tak pos"

 Ada penyewa kami yang meminta kami hantar alas meja bulat dengan cara pos. Mungkin untuk digunakan semasa program di sana. Program pula dibuat di sebelah selatan tanah air, agak jauh daripada lembah klang.

Dengan hormat saya berkata kepadanya bahawa kami tidak pos. Perkhidmatan kami adalah berbentuk penyewaan. Cara perkhidmatan kami adalah dengan menghantar dan mengambil barang yang kami sewakan tersebut.

Bermacam-macam ragam pelanggan yang kami jumpa. Apa pun kami akan cuba layan dengan sebaik mungkin.

Thursday, December 21, 2023

Kenduri Kahwin Cuti Sekolah

 Cuti sekolah telah bermula selama dua minggu. Walau pun singkat, tetapi ada yang mengambil peluang untuk membuat majlis makan-makan seperti bertunang dan majlis kahwin. 

Pihak catering yang mendapat job pula bertungkus lumus menyiapkan perkakasan dan keperluan untuk menyediakan juadah semasa majlis tersebut. Inilah yang dikatakan rezeki kepada orang yang berniaga. 

Sepertimana orang berniaga lain, kami juga menerima permintaan dari pihak yang menyediakan makanan untuk menyewa dome set dan peralatan catering.





Perlukan dome set untuk majlis makan-makan? Hubungi kami...

<<< 017 6371728 >>>

Sunday, December 17, 2023

Perkhidmatan dan free tutorial

 Ketika datang membuat kerja di rumah pelanggan, bermacam-macam pertanyaan mengenai cara kerja dril ditanyakan kepada saya. Bermula dari jenis dril, mata dril yang digunakan hinggalah kaedah dan teknik semasa dril.

Biasanya saya akan bagitau mengenai jenis dril yang sesuai. Pastikan dril yang dibeli ada fungsi hammer drill. Kalau beli yang hanya ada hight ampact tidak memadai untuk menembusi dinding konkrit apartment dan kondominium yang keras.

Kalau setakat mahu buat keeja sekali sekala memadai beli yang jenama biasa. Tidak perlu beli umtuk yang industri.


Pemilihan mata dril dan saiz juga perlu diteliti terlebih dulu. Ada mata dril untuk konkrit, untuk tiles dan untuk kayu. Untuk melubangi besi pula ada mata khas.

Tentang teknik menggunakan wallplug plastik dan besi juga perlu dipelajari. Wallplug besi perlu cara dan teknik yang betul. Sekiranya tersilap teknik tidak akan lekat atau skrunya tidak boleh masuk.

Saturday, December 16, 2023

Pasang Bracket Tv Putrajaya

 Kerana kekurangan masa dan banyak urusan lain, akhir-akhir ini saya semakin kurang menerima kerja-kerja dril. Banyak masa dihabiskan untuk membuat lain-lain urusan.

Pagi tadi, saya menerima upah kerja memasang bracket tv di Presint 15. Putrajaya. Kebetulan saya free pagi ini. Dia minta saya memasang dengan menggunakan bracket tv saya sampai siap. 

Tv jenama Sony 50 inci yang dpasang tadi. Tuan rumah juga meminta saya memasang pembesar suara di bahagian bawah tv tersebut.

PERLUKAN KHIDMAT DRIL UNTUK APA JUA KERJA? HUBUNGI SAYA...


~ 017 6371728 ~

Set Dome Untuk Pengusaha Catering

 Ramai daripada pelanggan yang menyewa set dome saya daripada pengusaha penyediaanakanan bermasak (catering). Sebahagian mereka ada yang mengusahakan dari rumah dan ada yang sudah mempunyai premis.

Yang terbaru adalah pengusaha dewan makan SK Seri Bintang Selatan, Taman Shamelin Perkasa, Kuala Lumpur yang menyewa dua buah set dome. Mereka menggunakannya semasa majlis yang diadakan oleh pihak sekolah tersebut.

Mereka menyatakan bahawa ini adalah kali ke-2 mereka menyewa set dome daripada saya. Kali pertama saya tak ingat. Mungkin terlupa nak simpan nombor pelanggan.

dua dome siap untuk dihantar


Monday, December 11, 2023

Kami Bercuti Di Port Dickson, Maaf kami tak dapat membantu...

 Alhamdulillah Sabtu dan Ahad lepas kami sekeluarga menghabiskan masa bercuti di Port Dickson, Negeri Sembilan. Menikmati masa-masa berkualiti bersama keluarga. 

Semasa bersantai bersama keluarga tersebut, ada beberapa bakal pelanggan yang telefon memerlukan perkhidmatan kami. Ada yang mahu menyewa dome set dan ada juga yang mahu meminta melakukan ubahsuai kecil premis. Dengan hormatnya kami meminta maaf tidak dapat membantu kerana sedang bercuti.

Begitulah selalunya permintaan dari bakal pelanggan datang tidak mengira waktu dan ketika. Apa pun kami berterima kasih kerana berminat dengan perkhidmatan kami.

Perlukan perkhidmatan kami? 





< 017 6371728 >

Friday, December 8, 2023

Terima kasih orang Ampang , sewa dome set!

 Terima kasih Kak Miza dari Taman Bukit Permai Ampang, Kuala Lumpur sebab sewa dome set dari kami.

Kak Miza sewa tidak banyak, cuma satu sahaja. Tujuannya adalah untuk function yang ada majlis makan-makan di pejabatnya. Dome itu mungkin untuk meraikan orang besar syarikatnya. 

Kerana jaraknya agak jauh, kami kenakan caj kos penghantatan dan ambil. Kadar tersebut agak berpatutan. Sememangnya kami akan menerangkan kepada penyewa mengenai semua cas yang kami kenakan. Apabila bersetuju, barulah kami melakukan penghantaran mengikut alamat dan lokasi yang diberi.

Perlukan dome set? Hubungi kami:

<<< 017 6371728 >>>