Translate

Sunday, December 17, 2023

Perkhidmatan dan free tutorial

 Ketika datang membuat kerja di rumah pelanggan, bermacam-macam pertanyaan mengenai cara kerja dril ditanyakan kepada saya. Bermula dari jenis dril, mata dril yang digunakan hinggalah kaedah dan teknik semasa dril.

Biasanya saya akan bagitau mengenai jenis dril yang sesuai. Pastikan dril yang dibeli ada fungsi hammer drill. Kalau beli yang hanya ada hight ampact tidak memadai untuk menembusi dinding konkrit apartment dan kondominium yang keras.

Kalau setakat mahu buat keeja sekali sekala memadai beli yang jenama biasa. Tidak perlu beli umtuk yang industri.


Pemilihan mata dril dan saiz juga perlu diteliti terlebih dulu. Ada mata dril untuk konkrit, untuk tiles dan untuk kayu. Untuk melubangi besi pula ada mata khas.

Tentang teknik menggunakan wallplug plastik dan besi juga perlu dipelajari. Wallplug besi perlu cara dan teknik yang betul. Sekiranya tersilap teknik tidak akan lekat atau skrunya tidak boleh masuk.

No comments:

Post a Comment