Translate

Wednesday, January 31, 2024

Kalau nak sewa pinggan seramik dan gelas kaca pun boleh!

 Kepada sesiapa yang memerlukan peralatan catering  berupa pinggan seramik dan gelas kaca serta beserta sudu dan garfu, juga boleh menyewa dengan kami.



Menjadi perkara biasa pengusaha catering tidak mencukupi barang keperluan pelanggan. Kadang-kala disebabkan oleh permintaan pelanggan yang pelbagai. Ada juga yang mendapat job yang banyak hinggakan peralatan yang tidak mencukupi.

Tuesday, January 30, 2024

Penyewaan Set Dome : Sewaan secara pakej

 Kepada sesiapa yang mempunyai keperluan untuk menyewa set dome, boleh pilih mana-mana pakej :







Saturday, January 27, 2024

Sewa Dome Set : Sedia untuk dihantar!

 Terima kasih kepada penyewa dome set kami. Hari jumaat 2 lokasi kami hantar dome set. Satunya di Taman Impian Putra, Bandar Seri Putra dan satu lagi di Sungai Jai. Beranang.

Di Taman Impian Putra, seorang pengusaha catering  minta cuma satu set sahaja kerana tidak cukup peralatan. Manakala di Sungai Jai, tuan rumah yang membuat kenduri kahwin menyewa untuk hidangan tetamu istimewa. Dia menyewa 3 unit dome set.




Ada yang bertanyakan bekas air minuman dwifungsi panas dan sejuk. Dengan hormat saya berkata saya belum ada alat tersebut.

Jika perlukan lagi set dome, jangan segan untuk hubungi kami lagi.

<<< 017 6371728 >>>

Friday, January 19, 2024

Sewa Alas Meja Bulat : Orang Gombak Terkejut!

 Seorang pengusaha catering terkejut kerana lokasi kami yang agak jauh, iaitu di Kajang. Manakala lokasi majlis untuk dibuat pula di Gombak. 

Maaf, kami tak dapat membantu. Ini kerana alas meja yang diperlukan bukan dalam kuantiti yang banyak. Agak kurang berbaloi dengan kadar sewaan dan caj hantar / ambil dari Kajang ke Gombak.

 Apa pun terima kasih kerana menghubungi kami dan berminat dengan perkhidmatan kami.

Perlukan perkhidmatsn kami?

Hubungi 017 6371728

Terima Kasih Orang Sri Sabah, Cheras : Sewa Set Dome

 Ramai orang dari sebelah Cheras yang menyewa dome set daripada kami. Terbaru adalah dari kawasan Apartment Sri Sabah, Cheras, Kuala Lumpur.

Cik Emilia menyewa set dome satu unit sahaja. Tujuannya untuk majlis bertunang. Saya menghantar dan mengambil dome set tersebut dengan cas yang berpatutan. Terima kasih Cik Emilia kerana menyewa dome dengan kami.

Di masa yang lain kalau perlukan dome set, jangan segan munghubungi kami. Kami akan hantar dan ambil dengan cas yang berpatutan.



[[[ 017 6371728]]]

Tuesday, January 16, 2024

Sewa Dome : Orang Kuching Pun Tanya Nak Sewa

 Sesuatu yang tak disangka-sangka 2-3 hari lepas. Seorang dari Kuching, Sarawak wasap bertanyakan mengenai dome set. Katanya nak sewa.

Selepas diberitahu saya berada di Kajang, Selangor, dia agak terkejut. Mungkin dia beranggapan lokasi saya juga di Pulau Borneo.

Apa pun terima kasih kerana menunjukkan minat dengan done set yang saya sewakan.

Abang kakak yang perlukan dome set untuk makan-makan, jangan segan untuk hubungi kami.

Kalau perlykan alas meja pun boleh juga sewa dengan kami.








Thursday, January 11, 2024

Anak Pokok petai, Dokong, Manggis Untuk Dijual

 Kami juga ada menjual anak pokok buah-buahan kepada sesiapa yang berminat


Anak pokok manggis


Anak pokok petai


Anak pokok dokong

Semua anak pokok tersebut dijual dengan harga RM12.00 sepokok. Ketinggian anak pokok lebih kurang satu kaki.

Berminat boleh hubungi kami

{{{ 017 6371728  }}}


Perniagaan catering kecilan di rumah apartment

 Ada orang yang mempunyai perniagaan tetapi tidak mempunyai modal yang banyak. Kalau mahu menyewa premis, diperlukan modal untuk membayar sewa bulanan dan lain-lain kos penyelenggaraan.

Contohnya, jika dia memiliki perniagaan catering.  Mereka akan cuba menjalankan perniagaannta di rumah kerana memandangkan kos yang minima diperlukan untuk menoperasikan perniagaan tersebut.

Secara peribadi, saya pernah menghantar dome set ke rumah yang menyewa dome saya di di sebuah apartment. Dia menjalankan perniagaan dari rumah. Semua barang keperluannya ada tersimpan dirumah. 

Kelebihan menjadikan kediaman sebagai premis perniagaan adalah lebih menjimatkan. Kekurangannya pula adalah dalam rumah akan bersepah kerana mahu mengemas kerana barang yang banyak. Keadaan ini ditambah lagi sekiranya rumah yang agak sempit dibandingjan dengan ahli keluarga yang ramai.

Dalam masa yang sama, sensitiviti jiran sebelah menyebelah juga perlu diambil kira. Ketidakselesaan jiran disebabkan bunyi yang agak bising, pencemaran sisa dan bahan masakan serta pelbagai bau yang akan dihadapi oleh mereka.

Sekiranta seseorang itu mempunyai modal yang mencukupi, maka menjalankan perniagaan di di premis yang disewa khas adalah cara yang terbaik.

Jual hasil pertanian: Buah Mahkota Dewa Kering Untuk Dijual

 Alhamdulillah kami juga ada hasil pertanian yang hensak dijual. Salah satu hasil pertanian kami adalah buah mahkota dewa kering.



Buah mahkota dewa ini kami proses sendiri. Kami ambil buah yang sudah masak di pokok. Selepas dibasuh, buah itu akan dipotong kecil-kecil. Bahagian biji akan dibuang. 

Apabila selesai, maka buah mahkota dewa tersebut akan dijemur. Apabila cukup kering, barulah diangkat untuk digunakan atau dijual.

Harga jualan kami adalah RM8.00 bagi 50 gram dan RM15.00 bagi 100 gram.


Air mahkota dewa siap diminum

Berminat boleh hubungi kami.

<< 017 6371728  >>

Monday, January 1, 2024

Selamat Tahun Baru 2924M

 Hari ini bermulanya tahun baru 2024 masihi. Kami di Aznurniaga Resources mengucapkan selamat menyambut tahun baru 2024 Masihi kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira agama dan warna kulit.

Semoga tahun baru 2024 akan akan menambahkan rezeki dan memberikan kebahagiaan kepada kita semua.