Ada orang yang mempunyai perniagaan tetapi tidak mempunyai modal yang banyak. Kalau mahu menyewa premis, diperlukan modal untuk membayar sewa bulanan dan lain-lain kos penyelenggaraan.
Contohnya, jika dia memiliki perniagaan catering. Mereka akan cuba menjalankan perniagaannta di rumah kerana memandangkan kos yang minima diperlukan untuk menoperasikan perniagaan tersebut.
Secara peribadi, saya pernah menghantar dome set ke rumah yang menyewa dome saya di di sebuah apartment. Dia menjalankan perniagaan dari rumah. Semua barang keperluannya ada tersimpan dirumah.
Kelebihan menjadikan kediaman sebagai premis perniagaan adalah lebih menjimatkan. Kekurangannya pula adalah dalam rumah akan bersepah kerana mahu mengemas kerana barang yang banyak. Keadaan ini ditambah lagi sekiranya rumah yang agak sempit dibandingjan dengan ahli keluarga yang ramai.
Dalam masa yang sama, sensitiviti jiran sebelah menyebelah juga perlu diambil kira. Ketidakselesaan jiran disebabkan bunyi yang agak bising, pencemaran sisa dan bahan masakan serta pelbagai bau yang akan dihadapi oleh mereka.
Sekiranta seseorang itu mempunyai modal yang mencukupi, maka menjalankan perniagaan di di premis yang disewa khas adalah cara yang terbaik.
No comments:
Post a Comment