Damansara Utama agak jauh dari Kajang. Keadaan ini ditambah lagi dengan kesesakan luar biasa untuk sampai ke sana. Disebabkan perkara itu, caj penghantaran / pengambilan perlu dikenakan sesuai dengan faktor jarak dan masa.
Biasanya apabila ada yang menyewa daripada kawasan Damansara, Sungai Buloh dan sekitarnya yang agak jauh dari Kajang, saya akan mencadangkan supaya mencari orang yang menyewa dari kawasan berhampiran. Tujuannya supaya tidak membebankan penyewa disebabkan caj yang saya terpaksa kenakan.
Akan tetapi saya akan menerima juga permintaan sekiranya tempahan agak banyak dan berbaloi dengan kos penghantaran yang dipersetujui.
((( 017 6371728 )))
No comments:
Post a Comment