Akhir-akhir ini saya semakin jarang menerima permintaan penyewaan dome dari kawasan jauh dari Kajang. Faktor kesesakan jalan raya dan jarak yang menyebabkan saya sering menolaknya. Kadang kala ada juga berlaku pertembungan di antara penyewa dan kebetulan barang tidak cukup.
Namun begitu, sekiranya jumlah nilai sewaan agak banyak dan tidak bertembung, saya boleh menerima tawaran tersebut dan bersedia untuk dihantar ke lokasi yang diperlukan.
Baru-baru ini saya menghantar 7 unit dome beserta aksesori ke Puchong. Mereka membuat sambutan awal tahun meraikan pekerjanya.
Terima kasih menyewa peralatan dari kami. Perlukan peralatan catering lain kali, boleh hubungi lagi.
No comments:
Post a Comment