Translate

Thursday, November 28, 2019

Kena demam denggi

Sudah seminggu saya diuji dengan sedikit kesakitan oleh Allah Taala, iaitu terkena demam denggi. Sekarang masih belum sembuh sepenuhnya dan perlu menjalani pemeriksaan dari di klinik kesihatan setiap hari.


Saya terpaksa menolak kerja-kerja yang diminta oleh pelanggan. Maaf sangat-sangat kerana tidak mampu membuat apa-apa kerja dalamsituasi begini.


Akan tetapi syukur kerana demam denggi yang saya alami tidak teruk sangat. Ada beberapa orang yang masuk bersebelahan saya lebih teruk dan muntah-muntah dan langsung tidak boleh bangun!

Agaknya mungkin Allah Taala mahu saya berehat sekejap dan bertenang sementara di rumah. Semuanya pasti ada hikmahnya. 

Tuesday, November 5, 2019

Cermin bilik air baru untuk dijual

Assalamualaikum...

Kepada pembaca blog yang mahukan cermin bilik air, bolehlah hubungi saya. Ianya amat sesuai diletakkan di bahagian atas sinki di dalam bilik air. Ianya adalah cermin baru yang masih dalam kotak.

- Cermin baru dalam kotak
- Berukuran 23" (tinggi) dan 17" (lebar)
- Harga cuma RM 38.00 sahaja
- Mudah dipasang







Jika berminat, sila hubungi saya di talian 

 « 017 6371728 »

Saturday, November 2, 2019

Bracket baru diterima

Alhamdilillah permintaan terhadap bracket TV semakin banyak. Kelmarin stok baru diterima dari pembekal. Sebagai persediaan apabila dikehendaki oleh pembeli.




- Harga satu unit RM 22.00.
- Sesuai untuk saiz 26-50 inci.
- Ambil sendiri dengan saya di Tmn Kajang Utama.
- Boleh upah saya pasang dengan upah berpatutan.

~ 017 6371728 / AZHAR ~


Rak tuala aluminium bilik mandi tahan karat

Kepada sesiapa yang mahukan rak untuk meletakkan dan menggantung tuala aluminium boleh dapatkan daripada saya. Ianya adalah satu aksesori bilik air tidak berkarat kerana dibuat daripada 
aluminium.

- Harga RM38.00 setiap satu.
- Berukuran 60 cm.
- Cara pemasangan yang mudah.
- Boleh upah pasang.
- Ambil dengan saya di Kajang Utama.





Berminat hubungi saya...

~ 017 6371728 ~



Sunday, October 6, 2019

Kerja-Kerja Drill Di Putraya Dan Alam Sari Bangi

Alhamdulillah hari ini selesai membuat kerja-kerja memasang bracket tv dan pemasangan frame, poster dan lain-lain peralatan yang memerlukan drill pada dinding konkrit.





Bracket tv yang dipasang tersebut sebenarnya tidak.cukup skru. Jadi saya mencuba dengan skru yang. Nasib baik sesuai. Skru untuk lekatkan pada dinding juga tidak ada. Saya menggunakan skru yang lain yang sememangnya saya sudah sediakan.

Semoga berpuashati dengan mutu kerja saya dan bolehlah cadang kepada kawan-kawan sekiranya memerlukan.

~ hubungi 017 6371728 ~




Thursday, October 3, 2019

Lagi bracket tv baru sampai

Alhamdulillah dua kotak berisi stok baru bracket tv baru sampai.BracketTV ini adalah produk keluaran China. Ianya adalah untuk tv saiz 26-50 inci sahaja. Walau pun pada kotak tertulis sehingga 63 inci, sebenarnya sehingga 50 inci sahaja. Cuma ada beberapa jenama yang boleh sehingga 55 inci.

Bagi pembeli yang belum biasa membeli bracket tv keluaran China, mereka perlu melihat kepada jenis tv dan bracket dan orang yang biasa. Jangan hanya berpandukan pada apa yang tertulis pada kotak


Bracket tv adalah antara aksesori televisyen yang dicari kebanyakan orang sekarang. Ini kerana tv moden lebih nipis dan ringan dan sesuai untuk dilekatkan di dinding

Jadi, kepada sesiapa di kawasan Kajang, Bangi, Semenyih, Putrajaya dan sekitar yang memerlukan aksesori ini, jangan segan untuk menghubungi saya...

~ 017 6371728 ~

Monday, September 30, 2019

Memasang wall mount / bracket tv

Ramai orang sekarang lebih berminat untuk memasang bracket tv (wall mount). Kenapa? Sebabnya kerana ada anak kecil yang suka bermain-main dan menolak tv. Sebab kedua adalah mahukan suasana deco dalam rumah lebih cantik dan menarik.







Ada yang membeli bracket tv dan meminta saya memasangnya. Ada juga yang membeli dari saya terus dan minta pasang sekali.  Di samping itu, ada yang beli dari saya dan memasangnya sendiri.

 ~ 017 6371728 ~


Wednesday, September 25, 2019

Kerja Drill Dan Modifikasi

Kalau berminat dengan kerja-kerja teknikal seperti pemasangan rail langsir, bidai, perabot dan lain-lain, seseorang itu perlu perlu sentiasa mempunyai idea yang kreatif apabila timbul sesuatu masalah. Tujuannya agar kerja yang dibuat siap dan benda yang dipasang dapat digunakan dan kelihatan kemas serta tidak cacat.

Saya beberapa kali bertemu dengan masalah dinding  konkrit yang lembut  dan setengahnya kosong di bahagian belajang simun. Pernah terjadi ketika mahu memasang bracket tv dan perabot. Apabila drill, terus tembus ke belakang.


Saya akan membawa satu set skru dan wallplug yang mengandungi pelbagai saiz sebagai persediaan apabila mahu melakukan sesuatu kerja. Ini kerana keperluan pelanggan kadang-kala di luar jangkaan dan memerlukan peralatan yang bermacam-macam. 

Pelanggan juga menganggap kita sebagai dan tahu serba serbi mengenai pemasangan semua perabot dan barang-barang yang mahu dipasang.

Juga jangan lupa untuk membawa semua jenis mata drill dan saiz kerana kita sering memerlukannya dalam keadaan tidak terduga. Pernah sekali saya diminta untuk drill dan pasang satu perabot kayu kecil di dinding dan dalam masa yang saya skru yang khas untuknya telah hilang. Akhirnya saya minta izin untuk membuat lubang kecil pada perabot itu sebagai lubang skru untuk dilekatkan pada dinding.



Di samping itu, peralatan seperti tukul, pemutar skru pelbagai saiz, alat timbang air, tali meter, pisau kecil, pensil dan marker dan lain-lain untuk menanda perlu dibawa.


hubungi untuk perkhidmatan saya..

~ 017 6371728 ~





Tuesday, September 24, 2019

Pemasangan perabot dan barangan ikea

Di antara banyak kerja yang saya buat ialah memasang barangan ikea. Bermacam-macam barangan yang diminta untuk saya pasang seperti bidai, rail langsir, ampaian, frame dan aksesori bilik air.





Ketiga-tiga gambar di atas adalah barang-barang ikea yang saya pasang di Unipark, Kajang. Cantik cermin bilik air berbentuk bulat dan segi empat tepat beserta ampaian untuk gantung tuala. Cermin dinding pula menghiasi ruang tamu.

Banyak lagi barangan ikea yang saya pasang sebelum ini seperti bidai dan rail langsir yang pelbagai jenis.

Kenapa ikea? Kebanyakan mereka berkata ikea menawarkan banyak pilihan, sesuai dengan citarasa hidup moden dan harga berpatutan.

~ HUBUNGI : 017 6371728 ~



Monday, September 16, 2019

Servis pemasangan perabot lekat dinding, aksesori bilik air dan lain-lain

Assalamualaikum wbt.

Kepada sesiapa yang membeli barangan yang perlu dilekatkan di dinding dan perlu drill bolehlah hubungi saya. Sudah banyak yang saya buat dan pasang.

Perkhidmatan saya meliputi kawasan kajang, bangi, semenyih, putrajaya dan sekitar.Bagi kawasan lain, saya terpaksa tolak kerana mengambilkita faktor masa, kesesakan jalan raya, kos minyak dan tol. 
Mungkin ada orang lain di kawasan tersebut yang membuat perkhidmatan ini.



hubungi : 017 6371728


Friday, August 16, 2019

Bracket tv baru sampai

Alhamdulillah, saya baru menerima bracket tv yang dipesan tempohari. Bracket tv ini boleh dipasang untuk tv berukuran 26-50 inci pelbagai jenama.



Jadi, kepada sesiapa di kawasan Kajang, Bangi, Semenyih, Putrajaya dan sekitar yang menghendaki bracket tv boleh hubungi saya. Sekiranya mahu saya drill dan pasang terus pun boleh.Upah pemasangan adalah berpatutan.

~ harga bracket : 22.00 ~
~ harga bracket termasuk pasang : 50.00 ~

hubungi...
« 017 6371728 »


Saturday, August 10, 2019

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha 1440 Hijrah

Kami dari Aznur Homestay @ Pelangi Semenyih ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua pengunjung blog. Semoga kita semua berada di bawah lindungan dan keberkatannya. 


Kepada sesiapa yang ada rezeki lebih, digalakkan untuk berkorban. Pilihlah mana-mana yang mampu. Darah haiwan korban akan menjadi saksi di hari akhiran kelak dan akan diberi ganjaran nanti.

~ aznur homestay @ pelangi semenyih ~
~ 017 6371728 / 012 6745995 ~

Monday, July 8, 2019

Kerja-kerja drill di Bukit Mahkota dan Presint 8, Putrajaya

Beberapa gambar hasil kerja di Bukit Mahkota dan Putrajaya. Untuk kali ini saya drill dinding dan pasang bracket tv, para, ampaian dan aksesori bilik air seperti cermin bilik air dan tempat letak tuala. Semoga berpuas hati dengan kerja saya.





Sesiapa di kawasan Kajang, Bangi, Putrajaya dan sekitar yang mahukan perkhidmatan saya, boleh hubungi...

017-6371728
(AZHAR)


Monday, June 10, 2019

kelebihan berpuasa di bulan Syawal

Selepas berpuasa sebulan dan sesudah menyambut Hari Raya Aidil Fitri, maka disunatkan berpuasa 6 hari di bulan Syawal. Puasa ini tidak pernah ditinggalkan oleh orang-orang warak dan mereka-mereka yang sukakan sunnah Nabi Muhammad SAW.


Cara yang paling afdhal untuk membuat puasa ini adalah secara berterusan sekali gus. Namun begitu, sekiranya agak keberatan, dibolehkan melakukannya pada mana-mana hari, asalkan pada bulan Syawal.



Tuesday, May 21, 2019

Cara dan teknik drill dinding konkrit dan tiles 6

Assalamualaikum wbt...

Untuk entri kali ini saya ingin kongsi dengan pembaca blog beberapa tip dan petua apabila bertemu dengan masalah ketika melakukan kerja-kerja drill.

Pertama : Bagaimana nak keluarkan wallplug plastik yang telah dimasukkan dalam lubang dinding. Kadang kala kita tersilap drill dan sudah siap memasukkan wallplug. Wallplug itu pula sudah masuk rapat dan ketat ke dalam.

Caranya adalah dengan memasukkan skru yg lebih panjang daripada wallplug tersebut. Apabila kita pusingkan skru sampai ke simen bahagian dalam, wallplug akan terkeluar sedikit demi sedikit. Semakin lama kita dalamkan skru, wallplug akan semakin terkeluar.

Tetapi cara ini tidak boleh digunakan sekiranya kita telah memasukkan wallplug pada permukaan tiles. Sekiranya dibuat juga, dikhuatiri tiles akan pecah.



Kedua: Sekiranya wallplug besi pula yang tersilap ditanam di tempat yang salah. Saya menjawab supaya wallplug itu tak perlu dicabut kembali. Terlalu susah nak dicabut. Sekiranya mahu dicabut, kita perlu membuat lubang di sekeliling wallplug tersebut dan cabut dengan sekuat tenaga.

Kesannya, lubang yang besar akan terbentuk pada dinding. Ini pasti mencacatkan pemandangan. Untuk menutup pula perlu disimen balik.

Setengah orang akan memotong wallplug besi yang terkeluar tersebut supaya sama dengan permukaan dinding. Seterusnya sapu simen putih.


Ketiga : Cara mahu mengesan wayar elektrik dan paip air di dalam simen. Ini sangat penting supaya mata drill tidak terkena wayar yang elektrik dan air. Tak sanggup saya bayangkan ketika sedang drill, mata drill terkena dengan wayar elektrik hidup. Risikonya amat tinggi.

Cara pendawaian yang biasa dibuat di Malaysia adalah dengan cara bersifat menegak dan mendatar secara selari. Tidak Ada yang berbentuk serong atau bengkang bengkok. Tujuannya untuk memudahkan proses pembaikian di masa hadapan.

Dengan itu, tidaklah susah untuk mengesan wayar elektrik dan paip air yang berada dalam simen.

Wednesday, May 8, 2019

kerja Drill Di Taman Lestari Putra

Pagi tadi membuat kerja-kerja drill untuk pasang rod kayu langsir, bracket tv dan cermin di Taman Lestari Putra, Seri Kembangan. Ada beberapa gambar untuk dikongsi dengan pembaca blog.





hubungi saya, Azhar sekiranya perkhidmatan saya di talian...

*** 017 6371728 ***




Tuesday, May 7, 2019

Pasang Rail Langsir Di Kajang dan Beranang

Nak berkongsi dengan pembaca blog beberapa keping gambar selepas siapkan pemasangan rail langsir di Kajang dan Beranang. Semoga pemilik rumah berpuas hati dwngan hasil kerja saya.






Kepada sesiapa yang perlu perkhidmatan drill dinding konkrit atau tiles untuk apa sahaja tujuan bolehlah hubungi saya.

~ 017 6371728 / AZHAR ~