Translate

Saturday, March 23, 2019

Cara dan teknik drill dinding konkrit dan tiles 4

Kedua : Drill jubin ( tiles )

Cara drill dinding tiles agak berbeza sedikit daripada dinding simen biasa. Ini kerana ianya licin dan mudah pecah sekiranya cara drill mengikut cara dan teknik yang sepatutnya.

Apabila kita sudah mengetahui di mana tempat yang nak drill, maka kita perlu tanda dengan market pen. Tidak boleh menggunakan pensil kerana tak lekat disebabkan tiles licin.

Selepas itu, tekan dan pusing-pusing dengan hujung mata drill untuk menandakan tempat yang akan kita drill. Tujuannya yang lebih penting untuk mengelakkan mata drill lari ke tempat lain.


Ada juga setengah orang yang melekatkan dengan pelekat kertas dan menandakan di atas kertas itu. Kemudian drill atas kertas tersebut. 


Tempat yang nak drill tersebut perlu ditanda betul-betul. Ini kerana sekiranya sudah drill dan tersalah tempat tidak boleh ditampal dengan simen putih lagi. Ia akan cacat. Ini berbeza sekiranya kita tersilap pada permukaan simen/konkrit.

Seterusnya pasangkan mata drill dan ketatkan seketat yang boleh. Pasang dengan menggunakan aksesori yang dikhaskan untuk mata tiles.



Selepas semua persediaan sudah selesai, maka kita boleh mula drill tiles. Untuk drill tiles, setkan pada mesin pada tempat pusing, bukan pusing dan ketuk. Ini kerana nak drill tiles mesti teliti dan berhati-hati Tujuannya untuk mengelakkan pecah.

Perlu diingat bahawa mata drill ini hanya untuk membuat lubang pada tiles sahaja. Ia tidak boleh digunakan untuk simen konkrit. Sekiranya digunakan juga, mata dia akan mudah tumpul dan patah.


Setkan mesin drill pada bahagian pusing sahaja, seperti yang anak panah tunjukkan.


Beginilah keadaan mesin dril yang sudah disetkan dan dipasang aksesori serta mata drill untuk tebuk lubang pada tiles.

Seterusnya bolehlah drill dengan kedudukan badan selesa dan stabil.Tarik picu sambil menekan mata drill ke arah tiles



No comments:

Post a Comment