KETIGA Adalah teknik drill yang betul. Apabila kita sudah ada mesin drill yang sesuai dan mata yang sesuai, maka bermulalah projek nak tebuk mana-mana tempat yang kita suka.
Sebelum terlupa, pastikan tempat yang nak drill itu tidak ada wayar elektrik atau paip air yang ditanam di situ. Petua asas adalah biasanya wayar / paip yang di tanam adalah mendatar atau menegak ke atas. Tidak Ada yang wiring dan pyping secara serong dan melengkung.
Pertama : Drill dinding simen
Mula-mula tandakan dengan pensil tempat yang nak drill tersebut. Kemudiannya ketuk sedikit untuk buat lekukan pada tanda tadi. Tujuannya supaya apabila drill, lubang tak lari ke tempat lain.
... bersmbung (entri belum siap)...
Pertama : Drill dinding simen
Mula-mula tandakan dengan pensil tempat yang nak drill tersebut. Kemudiannya ketuk sedikit untuk buat lekukan pada tanda tadi. Tujuannya supaya apabila drill, lubang tak lari ke tempat lain.
Inikah bentuk batang besi yang tajam dihujungnya untuk menanda di mana kita nak drill. Ketuk dengan tukul perlahan-lahan sekadar untuk tanda. Banyak jual di kedai hardware. Kalau nak ketuk pakai pemutar skrew atau mata drill pun boleh. Tujuannya cuma nak buat penanda pada simen konkrit sahaja.
Selepas itu bolehlah pasang mata drill mengikut saiz yang bersesuaian dengan wallplug yang kita nak gunakan. Setkan pada hammer drill kerana sekadar drill, konkrit tidak akan dapat masuk walau sekuat mana pun tekan.
Jangan lupa pakai spek mata, tutup mulut dan hidung dan tutup kepala. Habuk dan debu masa drill banyak. buka tingkap, tutup kipas dan ekon. takut nanti debu masuk dalam ekon.
Selepas itu bolehlah drill. Cuma masa drill, kedudukan badan kita mestilah stabil, lebih-kebih lagi sekiranya dinding yang tinggi dan kita berdiri atas atas tangga.
Teknik semasa drill adalah kedudukan mata drill lurus. Jangan senget ke atas, bawah, kiri atau kanan. Ini untuk mengelakkan daripada simen pecah.
Masa drill, mainkan dengan cara tarik dan lepas pemetik drill tu. Jangan gopoh nak cepat buat lubang, terus tarik sampai tak lepas-lepas. Tujuannya untuk mengelakkan mesin drill dari panas dan jammed. Di samping itu, mesin drill akan tahan lebih lama.
Setengah orang yang menggunakan mesin drill murah keluaran jenama china akan drill paling lama setengah jam. lepas itu, dia akan rehatkan mesin 15 minit supaya sejuk dahulu. Ini untuk mengelakkan dari jammed.
Sekiranya ditakdirkan mesin jammed, jangan gelabah. Biarkan mesin sejuk lebih kurang 20 minit. Lepas tu mesin akan berfungsi seperti sediakala.
Sekiranya masa drill mata tak masuk selepas cuba berkali-kali, biasanya ada besi dalam simen. Semasa drill, terasa masan mata drill berbunyi mcm gemerincing, jangan teruskan. Masukkan pemutar skru yang ada magnet di hujungnya. Debu besi akan kelihatan meletak pada hujung pemutar skru.
... bersmbung (entri belum siap)...
apa sambunganya ye encik?
ReplyDelete