Sekadar nak kongsi beberapa gambar memasang bracket tv di Parkland Semenyih dan Ecohill.
SELAMAT MENGUNJUNGI BLOG AZNUR, SEKIRANYA MEMERLUKAN SEBARANG PERKHIDMATAN, SILA HUBUNGI KAMI. PANDANGAN DAN CADANGAN AMAT DIALU-ALUKAN...
Translate
Monday, November 30, 2020
Pasang bracket tv di Parkland Semenyih dan De Cassia Ecohill
Saturday, November 28, 2020
Keselamatan semasa bekerja
Bagi sesiapa yang baru mencebur pekerjaan dalam bidang penyelenggaraan bangunan dan premis, mereka perlulah mengutamakan keselamatan diri semasa bekerja. Walaupun sudah lama dan dianggap sudah pakar, jangan sesekali mengambil ringan aspek keselamatan. Walau pun kelihatan remeh dan ringan, kecelakaan tidak boleh dijangka bila masa akan berlaku.
Antara keselamatan yang perlu diambil berat adalah seperti berikut:
Pertama, sentiasa memakai pelindung mata atau spek semasa melakukan kerja drill, welding atau apa-apa yang memberi kesan kepada mata. Sedikit kejadian yang tak dijangka akan mencederakan mata.
Ketika drill dinding, habuk konkrit dan besi atau kaca bila-bila masa boleh masuk ke mata. Begitu juga kalau melakukan kerja-kerja welding, percikan bunga api dan besi boleh terkena mata. Cahaya silau yang terhasil semasa walding pula sangat membahayakan mata.
Thursday, November 26, 2020
Pasang perabot dan aksesori rumah di Bandar Teknologi Kajang
Beberapa keping gambar perabot dan aksesori rumah yang saya pasang di Bandar Teknologi Kajang beberapa hari lepas.
Saturday, November 21, 2020
kenapa mata drill tak tembus konkrit?
Ramai orang bertanya kenapa bila drill mata tidak masuk ke dalam konkrit? Padahal sudah menggunakan fungsi hammer drill?
Ini adalah sesuatu yang pelik. Ini kerana ia sepatutnya masuk dan tidak menjadi masalah. Mungkin penyebabnya seperti berikut:
1. Kesilapan dalam setting nesin dril. Sepatutnya disetkan supaya mata dril berpusing ikut pusingan jam, iaitu memasukkan mata ke dalam, bukan pusingan lawan jam. Kalau lawan jam tujuannya untuk mengeluarkan mata dril dari dalam konkrit. Atau untuk keluarkan skru dari lubang.
2. Setting bukan pada hammer drill. Sebaliknya setting pada untuk memusingkan mata dril sahaja. Fungsi ini untuk dinding lembut, memasuk dan mengeluarkan skru dan untuk dril pasa permukaan tiles sahaja. Kerana dril pada tiles tak boleh guna hammer dril. Tiles akan pecah.
3. Mungkin dalam konkrit tersebut ada besi cerucuk. Walau sekuat mana pun di tekan, mata dril tidak akan masuk. Sebaiknya keluarkan mara dril dan masukkan pemutar skru. Kalau ada habuk besi meletat, betullah ada besi. Di samping itu, bunyi seolah besi berlaga juga kerana ada besi dalam konkrit.
4. Pemilihan mesin dril yang tak ada fungsi hammer dril. Sekarang mesin yang populah adalah bosh dan makita. Pergi kedai hardware dan tanya penjual, dia akan tunjuk dan ajar sikit-sikit.
Tuesday, November 17, 2020
Pemasangan bidai zebra, rod kayu langsir dan barangan ikea
Beberapa hari lepas saya pergi memasang bidai zebra, rod kayu langsir dan lain-lain di sekitar Kajang. Sebahagiannya adalaj baru berpindah rumah dan masih banyak lagi barang dan perabut berselerak dan belum disusun.
Antara barang yang diminta saya dril dan pasang adalah pasang bracket tv di dinding, rak kayu bawah tv, cermin besar ruang tamu, rod kayu langsir dan bidai zebra.
Alhamdulillah semua selesai dipasang dengan kemas. Hanya gambar rod langsir dan bidai zebra yang sempat diambil gambar.
Sunday, November 15, 2020
Terima kasih pelanggan berulang
Alhamdulillah kelmarin membuat kerja pemasangan bracket tv di Seksyen 7, Bandar Baru Bangi. Dia adalah pelanggan berulang yang pernah menggunakan perkhidmatan saya tahun lepas.
Tuesday, November 3, 2020
Pemasangan Ampai Tuala Aluminium Bilik Air
Saya juga menjual dan membekal aksesori ini. Masih ada banyak lagi stok ampai aluminium ini dengan saya. Sesiapa yang berminat boleh hubungi saya.
<<< 017 6371728 >>>