Alhamdulillah kelmarin membuat kerja pemasangan bracket tv di Seksyen 7, Bandar Baru Bangi. Dia adalah pelanggan berulang yang pernah menggunakan perkhidmatan saya tahun lepas.
Semoga beliau berpuas hati dengan perkhidmatan yang kami berikan. Sila hubungi lagi sekiranya memerlukan. Terima kasih.
Setakat ini sudah beberapa orang bekas pelanggan yang berulang kali menggunakan perkhidmatan kami. Mungkin juga dia berpuas hati dengan cara kerja yang tidak terlalu berkira apabila dia meminta tolong membuat kerja yang dijanjikan sebelum ini.
Memang dalam perniagaan dan perkhidmatan, pelanggan adalah raja yang perlu dilayan dengan sebaiknya. Kalau kita tak mampu untuk menunaikan permintaannya, cakap dengan elok supaya dia tidak terasa hati.
Yang paling penting, walaupun penat bekerja, pastikan senyuman tetap manis seumpama gula!
No comments:
Post a Comment