Translate

Saturday, November 28, 2020

Keselamatan semasa bekerja

 Bagi sesiapa yang baru mencebur pekerjaan dalam bidang penyelenggaraan bangunan dan premis, mereka perlulah mengutamakan keselamatan diri semasa bekerja. Walaupun sudah lama dan dianggap sudah pakar, jangan sesekali mengambil ringan aspek keselamatan. Walau pun kelihatan remeh dan ringan, kecelakaan tidak boleh dijangka bila masa akan berlaku.

Antara keselamatan yang perlu diambil berat adalah seperti berikut:

Pertama, sentiasa memakai pelindung mata atau spek semasa melakukan kerja drill, welding atau apa-apa yang memberi kesan kepada mata. Sedikit kejadian yang tak dijangka akan mencederakan mata. 

Ketika drill dinding, habuk konkrit dan besi atau kaca bila-bila masa boleh masuk ke mata. Begitu juga kalau melakukan kerja-kerja welding, percikan bunga api dan besi boleh terkena mata. Cahaya silau yang terhasil semasa walding pula sangat membahayakan mata. 


Kedua, kedudukan badan semasa melakukan kerja-kerja ditempat tinggi mesti stabil dan selesa. Kedudukan sebegini sangat penting untuk mengelakkan daripada terjatuh yang boleh menyebabkan kecederaan.

Alat yang biasa digunakan untuk melakukan kerja-kerja ditempat tinggi adalah tangga dua kaki. Ketinggian tangga mestilah sesuai supaya tidak mendongak dan kesakitan pada leher dan pinggang. 

Bagi yang membuat kerja pendawaian, biasanya mereka akan menggunakan tangga daripada kayu. Tujuannya untuk keselamatan sekiranya terkena renjatan elektrik. Kalau tangga besi atau aluminium parlu ada alas getah di bahagian bawah.


Ketiga, pakaian yang bersesuaian semasa melakukan kerja. Seluar jangan terlalu ketat untuk memudahkan pergerakan. Bahagian pinggang diikat dengan kemas supaya lebih selesa. Jangan sesekali memakai kain pelikat atau tuala semasa naik tangga untuk membuat kerja.

Bagi yang membuat kerja pendawaian, tanggalkan dulu aksesori badan yang berbentuk logam seperti rantai besi atau tembaga dan cincin. 

Seeloknya ikatkan dipinggang beg untuk diisi dengan peralatan kerja-kerja tersebut. Dengan itu, tidaklah perlu berkali-kali naik turun tangga apabila memerlukanya.



No comments:

Post a Comment