Translate

Monday, December 13, 2021

Hati-hati Dengan wayar Neutral

 Semasa sedang membuat kerha-kerja pendawaian, perkara yang perlu diambil berat adalah wayar neutral. Kenapa? Sebabnya wayar neutral kadang-kala ada arus ekektrik tanpa disedari.

Ada orang mengatakan bahawa arus elektrik daripada wayar neutral lebih bahaya daripada wayar hidup.



Secara peribadi saya sendiri pernah beberapa kali terkena renjatan elektrik daripada wayar neutral. Tetapi Alhamdulillah kerana arusnya kurang kurang kuat, kesannya tidak ketara sangat. Namun begitu, agak mengejutkan juga kerana terkena secara tiba-tiba.

Sekiranya wayar yang tersentuh tersebuat adalah daripada point untuk pencahayaan, iaitu untuk lampu dan kipas, kesannya tidak kuat sangat. Ini berbeza terkena dengan wayar dari soket alir keluar yang mana kadaran arusnya lebih tinggi.



Wednesday, November 24, 2021

Memasang lampu bilik tidur

 Alhamdulillah selesai membuat pendawaian umtuk memasang lampu bilik tidur dan soket alir keluar. 


Proses penyambungan wayar


Sudah siap, lampu pun menyala bila buka suis


Punca asal dari DB. Asal untuk pasang penghawa dingin.






Sunday, November 21, 2021

Tukar Lampu Pendaflour Kepada Led

Menjadi trend sekarang, lampu kalimantang atau pendaflour ditukar kepada led. Ini kerana ianya lebih menjimatkan dan lebih mudah diuruskan. 

Kenapa mudah diurus? Salah satu sebabnya adalah dalam lampu kalimantang ada banyak komponen. Apabila berlaku kerosakan, maka satu persatu komponeb perlu diperiksa. Kemungkinan yang rosak adalah mentol  atau balast atau starter.





Lampu led boleh menggunakan rangka lampu kalimtang asal. Yang perlu ditukar hanyalah mentolnya sahaja. Di samping itu, lampu led juga tidak memerlukan starter dan balast.

Perkara pertama yang paling perlu dibuat adalah membuang starter. Sekiranya starter tidak dibuang, dikhuatiri mentol lampu akan pecah. Akan tetapi ada juga mentol led berjenama philip yang perlukan starter.


Penggunaan balast pula adalah bergantung kepada kita. Boleh menggunakan balast dan boleh juga tidak menggunakannya. Ada orang yang menyambung terus tanpa melalui balast. Dikatakan penyambungan terus tanpa melalui balast adalah lebih baik.
 

Tuesday, November 16, 2021

Botol kaca untuk dijual

 Kepada sesiapa yang memerlukan botol kaca untuk menjual madu lebah, madu kelulut, jamu dan lain-lain boleh hubungi saya untuk mendapatkan botol yang sesuai.




Botol ini asalnya botol untuk diisi budu. Pada asalnya saya mahu mengisi madu lebah dan menjualnya. Kerana tidak sempat mencari pembekal, saya mengambil keputusan menjual kepada sesiapa yang berminat.


Harga satu unit hanya 50 sen sahaja. Stok ada lebih kurang 30 unit sahaja. 

Sila hubungi :

  017 6371728


Monday, November 15, 2021

Barang Terpakai Jangan Dibuang

 Bagi yang membuat kerja penyelenggaraan, pasti akan biasa berhadapan dengan peralatan lama tetapi masih elok dan boleh digunakan. Barang-barang ini boleh digunakan sebagai alat ganti sekiranya keadaan terdesak.


Barang terpakai adalah seperti paku, skru, pelbagai jenis wayar pendawaian, soket dan lain-lain. Biasanya banyak barang begini merupakan lebihan selepas membuat sesuatu kerja. Ada juga daripada yang terpaksa ditanggal kerana melakukan kerja-kerja pengubahsuaian.

Lokasi penyimpanan perlulah sentiasa kemas dan tersusun. Ini kerana barabg-barang lama ada yang sudah berkarat dan merbahaya apabila terpijak.



Saturday, November 6, 2021

Alat Penimbang Air

 Bagi yang biasa membuat kerja penyelenggaraan kediaman dan premis, pasti akan tahu pentingnya alat penimbang air ini.


Ini adalah alat untuk mempastikan kedudukan barang yang dipasang tidak senget. Ini kerana pandangan mata kadang-kala tidak tepat. Ada banyak saiz dan jenis 


Stok Bracket Tv Saiz Besar Masih Ada

 Bracket tv statik untuk tv saiz sehingga 60" masih ada dan sedia untuk dijual kepada sesiapa yang memerlukan. Juga boleh dipasang sehingga siap bagi kawasan Kajang, Bangi, Semenyih, Putrajaya dan sekitar.





HUBUNGI 

017 6371728



Wednesday, October 27, 2021

Salam Maulidur Rasul SAW

 Salam Maulidur Rasul ke atas junjungan Nabi Besar Muhammad SAW. Selawat dan salam ke atas Baginda SAW, penutup sekalian nabi dan rasul dan pembawa rahmat ke atas sekalian alam. Kelahirannya disambut dengan sepenuh kegembiraan seluruh isi alam.





Semoga kita semua dapat meraih kasih suci dari Baginda SAW. Semoga kita dapat menatap wajahnya di akhirat nanti dan mendapat syafaat darinya. Amin ya rabbal alamiin.



Tuesday, October 19, 2021

Perkara Paling Pantang Ketika Pendawaian

 Apakah perbuatan yang paling pantang dibuat semasa melakukan kerja-kerja pendawaian? Juruelektrik mesti sudah mengetahuinya, tetapi bagaimana orang biasa yang baru belajar nak membaiki sendiri kediamannya?


Perkara yang paling perlu dielakkan adalah menyentuh wayar hidup (life) dengan neutral. Ianya akan menyebabkan litar pintas dan letupan. Banyak berlaku juruelektrik sendiri yang terkena renjatan elektrik dan cedera kerana perkara ini.

Jadi, sentiasa berhati-hati ketika bermain dengan ekektrik. Pastikab test pen sentiasa digunakan dan jangan terlalu tergesa-gesa mahu cepat sehingga mengabaikan keselamatan.

Sunday, October 17, 2021

Kembali menjual dan memasang bracket tv

 Setelah sekian lama berehat, kini saya mula menerima permintaan dari pelanggan untuk membeli bracket tv dan memasang di kediaman mereja jika diminta. Redanya pandemik     coved-19 bermaksud peluang untuk kembali membuat kerja sudah terbuka.


~~~ HUBUNGI : 017 6371728 ~~~

Monday, October 11, 2021

Pendawaian Tak Beretika

 Ketika menbuat kerja, jangan melakukan perkara yang tidak beretika. Walau pun mungkin selamat pada diri kita, tetapi perbuatan yang salah tetap salah.


Gambar di atas adalah contoh penyambungan yang dibuat tanpa mengikuti cara yang sepatutnya.

Ada juga setengah juruelektrik yang tidak melakukan sambungan yang mementingkan ciri-ciri keselamatan. Sebagai contohnya, setiap kali mekakukan pemsangan lampu, kipas dan lain-lain, wayar bumi mesti disentuhkan dengan badan lampu tersebut. Tujuannya supaya apabila terkena petir, wayar bumi mengeluarkan arus terus ke bumi.

Walau pun tidak ada wayar bumi, lampu tersebut menyala, tetapi pemasangan wayar bumi jangan diambil ringan.



Ada juga setengah juruelektrik yang tidak menggunakan wayar yang tidak ikut spesifikasi yang sepatutnya dan berkualiti rendah. Saiz wayar dan kualiti yang tidak menepati spesifikasi akan menyebabkan pendawaian mudah rosak dan membahayakan peralatan elektrik yang digunakan.




Sunday, October 3, 2021

Membaiki dan memasang kipas siling

Menggantikan kipas siling rosak, membaiki dan memasang balik. Memang memenatkan, tapi kepuasan apabila kerja selesai dan kipas yang dipasang berfungsi dengan baik.


Kipas diturunkan dari tempat lain


Proses memasang bilah kipas


Kipas jenama Media


Menggunakan suis yang asal kerana masih elok





Saturday, February 13, 2021

Teknik memasang wallplug besi

 Wallplug besi adalah satu alat untuk melekatkan barangan dan aksesori ke dinding konkrit. Ianya mempunyai pelbagai saiz bergantung kepada bebanan sesuatu barang yang mahu diikatkan tersebut.

Penggunaan wallplug besi sangat sesuai apabila mahu meletakkan barang yang berat di dinding. Contohnya adalah pemasangan penghawa dingin. Sekiranya digunakan wallplug plastik atau kayu, sangat tidak sesuai. Kemungkinan besar akan tercabut kerana tak mampu menampung berat compressor penghawa dingin tersebut.


sejenis wallplug dengan saiz 10 dan 8

Perkara pertama yang perlu diketahui sebelum memasang wallplug ini adalah saiz mata dril yang digunakan. Wallplug saiz 10 perlu menggunakan mata dril saiz 10, manakala saiz 8 perlu gunakan mata dril saiz 8. Sekiranya tersilap menggunakan mata yang saiz lebih kecil atau besar, wallplug akan longgar atau tak boleh dimasukkan ke dalam lubang yang ditebuk.


Perkhidmatan memasang bracket tv

 Memasang bracket tv sebenarnya amat mudah. Mungkin kerana tiada peralatan yang mencukupi dan tidak pernah membuatnya menyebabkan seolah-olah seperti susah. 

Secara asasnya, cara pemasangan bracket setiap  tv adalah sama. Namun begitu, pemasangan sedikit berbeza bagi setiap jenis televisyen dan jenis bracket yang digunakan. 

Setiap televisyen sudah dibuat lubang skru untuk dipasang dengan bracket. Yang membezakan antara satu jenama dengan yang lain adalah saiz lubang dan kedalamannya. Dengan itu, saiz dan panjang pendek skru adalah berbeza bagi setiap jenis televisyen.

Jenis-jenis bracket tv

 Terdapat banyak jenis bracket tv yang popular di Malaysia. Terdapat pelbagai saiz dan harganya pun bergantung kepada jenis dan kualitinya.

Bracket tv yang paling popular yang jenis statik. Ianya murah dan mudah dipasang. Tetapi apabila dipasang, ia tidak dapat diubah lagi ke atas dan ke bawah. Ianya boleh diubah ke kanan dan ke kiri sekiranya masih ada ruang. Caranya dengan melonggarkan sedikit skru penguncinya terlebih dahulu.

Ini keadaan bracket tv statik yang dilekatkan di dinding dengan skru

Ini contoh bracket tv yang boleh dongak ke atas dan ke bawah ( up down )


Kotak luar bracket tv up down milik pelanggan yang pernah saya pasang


Ini bracket tv up down yang saya jual kepada pelanggan. Ada juga yang saya pasang terus






Friday, February 12, 2021

Kenapa saya dril tak masuk bang??

 Itulah soalan yang kerap ditanya oleh pelanggan ketika saya melakukan kerja-kerja di rumah mereka. Mereka pelik bila melihat setengah orang dril senang sangat. Sedangkan mereka ada yang lenguh bahu pun setengah hari pun tak selesai masalah.

Masalah yang pertama sebenarnya disebabkan oleh jenis mesin dril yang digunakan dan cara setting mesin dril tersebut. Ada pelbagai jenis dril di pasaran dengan pelbagai fungsi. Ada dril yang tahan lasak dan boleh digunakan untuk kerja industri dan ada yang murah dan boleh digunakan hanya untuk sekejap sahaja dan bila panas kena rehatkan dulu.


Kalau nak dril atas konkrit yang keras, mesti setting anak panah seperti di atas. Mata dril akan masuk menembusi dinding konkrit. Simbol di atas menunjukkan fungsi mengetuk dan memusing.


Anak panah yang ditunjukkan di atas adalah fungsi mengetuk sahaja. Kalau nak memecahkan simen untuk tujuan pasang jubin bolehlah menggunakan fungsi ini.


Fungsi ini pula hanyalah untuk mata dril berpusing sahaja tanpa mengetuk. Fungsi ini untuk dril tiles, kayu, plastik dan permukaan yang lembut.

Keduanya pemilihan mata dril. Kesilapan memilih mata drill juga menyebabkan hasil dril tidak seperti yang diharapkan.


Dril yang atas tidak boleh digunakan untuk dril konkrit


Ini dril cordless. Biasa untuk memutarkan skru. Untuk permukaan lembut juga boleh digunakan


Kalau nak dril konkrit yang keras, gunakan mata dril seperti di atas. Ia direka untuk menembusi dinding konkrit yang tebal dan keras.


Kalau nak dril jubin dan mozek, pakai mata dril seperti di atas. Tetapi mesti setting pusing sahaja, bukan pusing dan ketuk. Dril dengan berhati-hati dan sabar. Kalau setting pusing dan ketuk, dikhuatiri jubin tersebut pecah.  Kadang-kala ada juga orang yang gunakan untuk dril kayu.


Mata dril di atas untuk dril kayu. Untuk kayu, gunakan fungsi pusing sahaja.

~~~ SELAMAT MENCUBA~~


Wednesday, February 10, 2021

Kerja di Ecohill Semenyih

 Sememangnya penduduk di Ecohill tidak pernah mengecewakan untuk mendapatkan perkhidmatan saya. Terbaru saya ke Apartment D' Camelia untuk membuat kerja memasang aksesori rumah dan sebuah lampu ruangan dapur.


Ini adalah lampu di ruang makan. Walau pun saya tidak membuat kerja-kerja pendawaian sepenuhnya, tetapi sekiranya ada permintaan membuatnya di samping kerja dril, saya tidak keberatan melakukannya.

Kerja memasangnya mudah kerana sudah ada point. Saya cuma perlu dril dan membuat penyambungan dengan cara yang betul. Di samping itu, kekemasan juga penting supaya kelihatan cantik dan kemas.



Ini sebahagian gambar aksesori rumah yang saya pasang di sini.

Berminat nak mendapatkan perkhidmatan saya? Hubungi....

~~ 017 6371728 ~

Tuesday, February 9, 2021

Bracket tv baru sampai

 Alhamdulillah... Dah sampai bracket tv untuk dijual kepada pelanggan. Ada yang statik dan ada yang updown.


Untuk memudahkan pelanggan, saya telah membuat senarai harga siap-siap. Pelanggan tidak lagi perlu bertanya banyak perkara jika berminat.


Senarai ini saya letakkan kat marketplace fb, group wasap dan lain-lain ruang iklan online.




Sunday, January 31, 2021

Pasang Bracket TV Up Down dan Bidai

Pada Jumaat lepas saya pergi memasang bracket tv Up Down di Ecohill Semenyih. Tuan rumah membeli di Shoope dan meminta saya memasangnya.



Bracket Updown adalah sejenis bracket yang boleh didongak dan direndahkan permukaan televisyen. Apabila dirasakan mahu meninggikan, maka boleh diangkat dan ditinggikan sebelum dikunci di belakang televisyen. Ianya lebih banyak kelebihan berbanding dengan bracket yang statik.



Seterusnya di Presint 18 saya memasang bidai di beranda rumah. Segan kakak tu kerana jarak antara rumahnya dengan blok di belakang tersangat dekat. Jadi, dengan adanya bidai tak perlulah kakak pakai tudung bila mahu sidai kain lagi.