Translate

Friday, February 12, 2021

Kenapa saya dril tak masuk bang??

 Itulah soalan yang kerap ditanya oleh pelanggan ketika saya melakukan kerja-kerja di rumah mereka. Mereka pelik bila melihat setengah orang dril senang sangat. Sedangkan mereka ada yang lenguh bahu pun setengah hari pun tak selesai masalah.

Masalah yang pertama sebenarnya disebabkan oleh jenis mesin dril yang digunakan dan cara setting mesin dril tersebut. Ada pelbagai jenis dril di pasaran dengan pelbagai fungsi. Ada dril yang tahan lasak dan boleh digunakan untuk kerja industri dan ada yang murah dan boleh digunakan hanya untuk sekejap sahaja dan bila panas kena rehatkan dulu.


Kalau nak dril atas konkrit yang keras, mesti setting anak panah seperti di atas. Mata dril akan masuk menembusi dinding konkrit. Simbol di atas menunjukkan fungsi mengetuk dan memusing.


Anak panah yang ditunjukkan di atas adalah fungsi mengetuk sahaja. Kalau nak memecahkan simen untuk tujuan pasang jubin bolehlah menggunakan fungsi ini.


Fungsi ini pula hanyalah untuk mata dril berpusing sahaja tanpa mengetuk. Fungsi ini untuk dril tiles, kayu, plastik dan permukaan yang lembut.

Keduanya pemilihan mata dril. Kesilapan memilih mata drill juga menyebabkan hasil dril tidak seperti yang diharapkan.


Dril yang atas tidak boleh digunakan untuk dril konkrit


Ini dril cordless. Biasa untuk memutarkan skru. Untuk permukaan lembut juga boleh digunakan


Kalau nak dril konkrit yang keras, gunakan mata dril seperti di atas. Ia direka untuk menembusi dinding konkrit yang tebal dan keras.


Kalau nak dril jubin dan mozek, pakai mata dril seperti di atas. Tetapi mesti setting pusing sahaja, bukan pusing dan ketuk. Dril dengan berhati-hati dan sabar. Kalau setting pusing dan ketuk, dikhuatiri jubin tersebut pecah.  Kadang-kala ada juga orang yang gunakan untuk dril kayu.


Mata dril di atas untuk dril kayu. Untuk kayu, gunakan fungsi pusing sahaja.

~~~ SELAMAT MENCUBA~~


No comments:

Post a Comment