Translate

Saturday, February 13, 2021

Teknik memasang wallplug besi

 Wallplug besi adalah satu alat untuk melekatkan barangan dan aksesori ke dinding konkrit. Ianya mempunyai pelbagai saiz bergantung kepada bebanan sesuatu barang yang mahu diikatkan tersebut.

Penggunaan wallplug besi sangat sesuai apabila mahu meletakkan barang yang berat di dinding. Contohnya adalah pemasangan penghawa dingin. Sekiranya digunakan wallplug plastik atau kayu, sangat tidak sesuai. Kemungkinan besar akan tercabut kerana tak mampu menampung berat compressor penghawa dingin tersebut.


sejenis wallplug dengan saiz 10 dan 8

Perkara pertama yang perlu diketahui sebelum memasang wallplug ini adalah saiz mata dril yang digunakan. Wallplug saiz 10 perlu menggunakan mata dril saiz 10, manakala saiz 8 perlu gunakan mata dril saiz 8. Sekiranya tersilap menggunakan mata yang saiz lebih kecil atau besar, wallplug akan longgar atau tak boleh dimasukkan ke dalam lubang yang ditebuk.


Perkhidmatan memasang bracket tv

 Memasang bracket tv sebenarnya amat mudah. Mungkin kerana tiada peralatan yang mencukupi dan tidak pernah membuatnya menyebabkan seolah-olah seperti susah. 

Secara asasnya, cara pemasangan bracket setiap  tv adalah sama. Namun begitu, pemasangan sedikit berbeza bagi setiap jenis televisyen dan jenis bracket yang digunakan. 

Setiap televisyen sudah dibuat lubang skru untuk dipasang dengan bracket. Yang membezakan antara satu jenama dengan yang lain adalah saiz lubang dan kedalamannya. Dengan itu, saiz dan panjang pendek skru adalah berbeza bagi setiap jenis televisyen.

Jenis-jenis bracket tv

 Terdapat banyak jenis bracket tv yang popular di Malaysia. Terdapat pelbagai saiz dan harganya pun bergantung kepada jenis dan kualitinya.

Bracket tv yang paling popular yang jenis statik. Ianya murah dan mudah dipasang. Tetapi apabila dipasang, ia tidak dapat diubah lagi ke atas dan ke bawah. Ianya boleh diubah ke kanan dan ke kiri sekiranya masih ada ruang. Caranya dengan melonggarkan sedikit skru penguncinya terlebih dahulu.

Ini keadaan bracket tv statik yang dilekatkan di dinding dengan skru

Ini contoh bracket tv yang boleh dongak ke atas dan ke bawah ( up down )


Kotak luar bracket tv up down milik pelanggan yang pernah saya pasang


Ini bracket tv up down yang saya jual kepada pelanggan. Ada juga yang saya pasang terus






Friday, February 12, 2021

Kenapa saya dril tak masuk bang??

 Itulah soalan yang kerap ditanya oleh pelanggan ketika saya melakukan kerja-kerja di rumah mereka. Mereka pelik bila melihat setengah orang dril senang sangat. Sedangkan mereka ada yang lenguh bahu pun setengah hari pun tak selesai masalah.

Masalah yang pertama sebenarnya disebabkan oleh jenis mesin dril yang digunakan dan cara setting mesin dril tersebut. Ada pelbagai jenis dril di pasaran dengan pelbagai fungsi. Ada dril yang tahan lasak dan boleh digunakan untuk kerja industri dan ada yang murah dan boleh digunakan hanya untuk sekejap sahaja dan bila panas kena rehatkan dulu.


Kalau nak dril atas konkrit yang keras, mesti setting anak panah seperti di atas. Mata dril akan masuk menembusi dinding konkrit. Simbol di atas menunjukkan fungsi mengetuk dan memusing.


Anak panah yang ditunjukkan di atas adalah fungsi mengetuk sahaja. Kalau nak memecahkan simen untuk tujuan pasang jubin bolehlah menggunakan fungsi ini.


Fungsi ini pula hanyalah untuk mata dril berpusing sahaja tanpa mengetuk. Fungsi ini untuk dril tiles, kayu, plastik dan permukaan yang lembut.

Keduanya pemilihan mata dril. Kesilapan memilih mata drill juga menyebabkan hasil dril tidak seperti yang diharapkan.


Dril yang atas tidak boleh digunakan untuk dril konkrit


Ini dril cordless. Biasa untuk memutarkan skru. Untuk permukaan lembut juga boleh digunakan


Kalau nak dril konkrit yang keras, gunakan mata dril seperti di atas. Ia direka untuk menembusi dinding konkrit yang tebal dan keras.


Kalau nak dril jubin dan mozek, pakai mata dril seperti di atas. Tetapi mesti setting pusing sahaja, bukan pusing dan ketuk. Dril dengan berhati-hati dan sabar. Kalau setting pusing dan ketuk, dikhuatiri jubin tersebut pecah.  Kadang-kala ada juga orang yang gunakan untuk dril kayu.


Mata dril di atas untuk dril kayu. Untuk kayu, gunakan fungsi pusing sahaja.

~~~ SELAMAT MENCUBA~~


Wednesday, February 10, 2021

Kerja di Ecohill Semenyih

 Sememangnya penduduk di Ecohill tidak pernah mengecewakan untuk mendapatkan perkhidmatan saya. Terbaru saya ke Apartment D' Camelia untuk membuat kerja memasang aksesori rumah dan sebuah lampu ruangan dapur.


Ini adalah lampu di ruang makan. Walau pun saya tidak membuat kerja-kerja pendawaian sepenuhnya, tetapi sekiranya ada permintaan membuatnya di samping kerja dril, saya tidak keberatan melakukannya.

Kerja memasangnya mudah kerana sudah ada point. Saya cuma perlu dril dan membuat penyambungan dengan cara yang betul. Di samping itu, kekemasan juga penting supaya kelihatan cantik dan kemas.



Ini sebahagian gambar aksesori rumah yang saya pasang di sini.

Berminat nak mendapatkan perkhidmatan saya? Hubungi....

~~ 017 6371728 ~

Tuesday, February 9, 2021

Bracket tv baru sampai

 Alhamdulillah... Dah sampai bracket tv untuk dijual kepada pelanggan. Ada yang statik dan ada yang updown.


Untuk memudahkan pelanggan, saya telah membuat senarai harga siap-siap. Pelanggan tidak lagi perlu bertanya banyak perkara jika berminat.


Senarai ini saya letakkan kat marketplace fb, group wasap dan lain-lain ruang iklan online.