Translate

Saturday, December 17, 2022

Terus belajar dan belajar

 Ilmu dan kemahiran tidak akan pernah habis. Ini kerana menusia setiap hari akan berusaha mengolah dan mengembangkan ilmunya. Jadi, tidak pelik kita dapati setiap hari ada penemuan baru dalam mana-mana bidang ilmu pengetahuan.


Begitu juga dalam bidang elektrik, lampu hiasan moden yang kita lihat hari ini tidak kita dapati pada masa kita kecil dahulu. Terlalu banyak ciptaan peralatan elektrik hari ini adalah hasil daripada pengembangan ilmu elektrik moden.

Jadi, sesiapa yang tidak mengikuti perkembangan semasa pasti akan ketinggalan. Walaupun seseorang itu sudah lama bergelumang dalam bidang elektrik dan elektronik, dia juga mesti mengambil tahu perkara ini.


Sunday, October 23, 2022

Rumah Di Kajang Utama Untuk Disewa

 Sesiapa yang berminat untuk menyewa sebuah rumah di Taman Bukit Mewah Fasa 8A, sebelah Kajang Utama, boleh hubungi saya :

- 4 Bilik 2 bilik air ( satu tandas dan 1 bilik air )

- sewa bukanan : RM 600.00

- Kenasukan : deposit 2 bulan ( termasuk sewa bulan pertama) + air + api = 1,300.00.

- Rumah sedia diduduki.








Hubungi : 0176371728 / 0126745995

Thursday, August 25, 2022

Berkongsi Rezeki

 Kadang-kadang kita mendapat banyak tawaran melakukan kerja dari pelanggan dalam satu-satu masa. Dalam masa yang sama, mungkin ada kawan-kawan kita yang kekurangan peluang kerja. Apa salahnya kalau kita berkongsi rezeki tersebut dengan kawan-kawan.


Orang kata kalau kita berkongsi rezeki dengan orang lain, kita juga akan dimurahjan rezeki. Yang penting jangan sombong bila mendapat rezeki daripadaNya.

Thursday, August 18, 2022

Membaiki Saluran Air Tersumbat Rumah Flat

Bagi kebanyakan rumah berbentuk flat atau pangsapuri, seringkali berlaku saluran air dari tandas dan bilik air yang tersumbat yang menyebabkan air bertakung. Keadaan ini berlaku kerasa ada banyak benda asing seperti gumpalan rambut, plastik dan lain-lain yang menghalang air daripada bergerak lancar.

Bagi kes yang lebih parah, rumah yang berada di bahagian bawah mengalami kebocoran air menyebabkan penggunaan bilik air dan tandas sangat tidak selesa.


tudung penutup yang baru

Biasanya pada tudung yang menutupi saluran paip tersebut menitis air. Air tersebut akan menitis setiap kali penghuni di tingkat atas menggunakan bilik air. Keadaan ini berlaku kemungkinan kerana ada rekahan dan kebocoran pada tudung penutup saluran paip tersebut.

Cara untuk menyelesaikan masalah ini adalah dengan cara membuka tudung penutup saluran paip tersebut, seterusnya menukar dengan yang baru. Boleh cuba membuka dengan tangan. Caranya ialah dengan memusingkan ikut lawan jam.

Kadang kala ada setengah penutup tersebut terlalu ketat sehingga tak boleh buka dengan tangan. Jadi, perlu alat khas untuk membukanya.

alat pembuka berantai

Ini adalah alat untuk membuka penutup tudung yang biasa saya pakai jika terlalu ketat dan sukar untuk dibuka dengan tangan. Banyak lagi jenis lain boleh didapati di pasaran.

Cara menggunakan alat pembuka tudung tersebut.

Biasanya saya akan menukar penutup tersebut dengan yang baru. Ini kerana kebanyakan kes kebocoran adalah penutup yang sudah lama melebihi 10 tahun. Kebanyakannya sudah sedikit mereput dan ada yang sudah pecah.

Untuk memasangnya saya biasanya membalut dengan tali tape putih supaya lebih rapat. Apabila sudah ketat saya akan sapu bahagian atas dengan sedikit silikon warna putih jernih. Tunggu lebih kurang 10 minit supaya silikon kering. Biasanya air tidak lagi menitik.

Sedikit peringatan. Jangan sesekali menggunakan gam semasa memasang penutup ini. Ini kerana ianya melekat dan sekiranya berlaku kebocoran, sangat sukar untuk membuka. Sekiranya tidak dapat membukabya, terpaksalah dipotong terus paip tersebut dan dibuat baru. Dengan itu, kos akan meningkat.

Seperkara lagi, jangan gunakan tukul untuk mengetuknya sekiranya susah untuk dibuka. Ini kerana dikhuatiri batang baip tersebut akan pecah dan perlu diganti terus.

White tape banyak di kedai hardware

Silikon berserta alat penolaknya
 
Selamat mencuba dan semoga berjaya...

Wednesday, August 17, 2022

Membaiki kediaman, buat sendiri atau upah tukang?

 Apa yang kalian buat apabila lampu, suis dan kipas siling tiba-tiba rosak? Atau paip air bocor dan pengepam tandas rosak ? Mesti sangat tak selesa terutamanya apabila benda yang penting ini tidak dapat berfungsi dengan baik.

Kita mempunyai dua pilihan, iaitu membaiki sendiri atau memanggil tukang yang pandai untuk membaikinya. 

Setengah orang boleh membaiki sendiri kerosakan, tetapi tidak mempunyai masa untuk membuatnya. Mungkin kerana terlalu sibuk bekerja. Maka dia mengambil keputusan mengupah orang lain.

Ada juga orang yang mampu membaiki, tetapi tidak mempunyai alat dan kelengkapan yang cukup. Sekiranya mahu membeli sesuatu alat yang agak mahal hanya untuk membuat kerja sekali sekala dirasakan tidak berbaloi. Dia akan lebih senang mengupah tukang mahir.

Contoh peralatan yang agak mahal adalah mesin dril. Harganya mencapai ratusan ringgit untuk satu mesin yang berjenama dan berkualiti. Setengah orang merasakan rugi membelinya untuk menggunakannya sekali sekala.


Ada bermacam-macam lagi sebab kenapa  seseorang itu lebih senang nengupah tukang untuk menyelesaikan masalah kerosakan di rumahnya.

Sebenarnya membaiki sendiri lebih memberi kepuasan. Ini kerana ada tukang yang membuat kerja tidak seperti diharapkan. Setengahnya pula mengenakan caj yang mahal dan kurang setimpal dengan kerja yang dibuat.

Akan tetapi dalam setengah kes kerosakan memerlukan kepakaran khusus. Sekiranya tidak pandai, maka jangan memandai-mandai cuba membaikinya sendiri. Contohnya kerosakan berkaitan pendawaian elektrik. Carilah juruelektrik yang mahir kerana bermain dengan elektrik adalah merbahaya dan boleh membawa kecederaan serius.

tangga, wajib ada di setiap rumah

Bagi kes kerosakan yang serius seperti bumbung rumah yang bocor, biasanya terpaksa mengupah orang. Ini kerana kerja tersebut agak memenatkan, berisiko dan sukar dilakukan seorang diri. Ini kerana kerja-kerja membaiki dan menukar bumbung rumah perlu dilakukan dengan berhati-hati dan memerlukan pertolongan dari orang lain.

Peluang Menjual Button Badge Anak-Anak Sekolah

Button badge Islamik dan motivasi diminati oleh anak-anak sekolah. Sekiranya ada kawan-kawan sekolahnya yang menjual, mereka lebih mudah untuk membelinya.

Setakat ini sudah ramai anak-anak jiran yang menjual pelbagai janis button badge kepada kawan-kawan sekolahnya. Jenis button badge yang paling diminati adalah button badge jenis 'I am'.

Jadi kepada anak-anak sekolah di sekitar Kajang, Bangi, Semenyih dan Putrajaya yang ingin menambahkan pendapatan dengan menjual button badge kepada kawan-kawan di sekolah boleh menghubungi saya.

Yang menariknya, modal tidak diperlukan walau satu sen pun. Caranya adalah dengan mengambil contoh yang saya buat, iklan kepada kawan-kawan dan mengambil tempahan. Apabila ada sesiapa yang berminat, maklumkan untuk mendapat badge yang diminati.

Tuesday, August 16, 2022

Kerjaya tukang Paip Terjamin Masa Depan?

 Ramai orang beranggapan kerjaya sebagai tukang paip atau 'plumber' tidak menjamin masa depan. Mereka lebih cenderung untuk melihat kepada penampilan luar sahaja. 

Adakah tanggapan itu benar?


Kerjaya tukang paip sebenarnya lebih luas daripada sangkaan kebanyakan orang. Ramai orang melihat seolah-olah tukang paip itu hanya menukar dan memasang paip di sinki, bilik mandi dan tandas sahaja. 

Sebenarnya tukang paip akan menyelenggara semua aliran air dalam sesuatu bangunan. Daripada sumber air, terus ke tangki, terus ke bilik air dan tandas, dapur sehinggalah kepada di mana ait itu keluar.

Kita melihat pula kepada paip-paip besar yang mengalirkan air ke taman-taman perumahan, kawasan perkilangan dan bandar-bandar. Siapakah yang membuat kerja-kerja itu? Itu semua dilakukan oleh tukang paip yang mahir.



Wednesday, August 3, 2022

Button Badge Motivasi

 Juga button badge yang diminati oleh anak-anak sekolah, button badge motivasi.





Pelajar yang mahu memiliki button badge jenis ini selalunya mahukan motivasi belajar sentiasa ada untuk berjaya.

Ada juga ibu bapa yang membeli untuk dihadiahkan kepada anak-anaknya sebagai satu bahan motivasi.


Thursday, July 21, 2022

Button Badge Islamik

 Beberapa button badge Islamik yg pernah dibuat  sama ada yang fitempah atau dibuat untuk jualan.







Sunday, April 10, 2022

Button Badge ' I AM' Untuk Anak Sekolah

 Button Badge 'I AM' kini semakin diminati oleh pelajar sekolah, khususnya pelajar sekolah rendah. Mereka biasanya melekatkankan pada beg sekolah, topi, bekas alat tulis dan lain-lain.


bahagian belakang button badge






Ada di kalangan pelajar sekolah yang mahukan button badge. Sesetengah yang lain mahukan keychain badge. 


Sebahagian button badge dan keychain badge yang disiapkan yang diminta oleh anak-anak sekolah.

Key Chain Badge yang digantung di beg sekolah.

* KEPADA ANAK-ANAK SEKOLAH YANG NAK CARI DUIT SAKU DENGAN MENJUAL BUTTON BADGE KEPADA KAWAN-KAWAN, BOLEH HUBUNGI SAYA. CUMA JADI EJEN DAN TAK PERLU MODAL.

- 017 6371728

Saturday, February 12, 2022

Saiz Wayar Ketika Pendawaian


 Ketika membuat pendawaian, antara perkara asas yang perlu diambil tumpuan adalah saiz wayar yang digunakan. Kesilapan dalam pemilihan wayar boleh memyebabkan trip dan kerosakan pada peralatan elektrik yang digunakan.

Bagi juruelektrik, perkara ini adalah asas dan perkara yang mudah. Tetapi bagi yang baru belajar, perkara ini adalah sesuatu yang mesti diketahui. Ini untuk mengelakkan daripada berlaku apa-apa masalah apabila dia melakukan kerja-kerja pendawaian di rumahnya sendiri.

Untuk melakukan kerja- kerja pemasangan lampu dan kipas, saiz wayar yang diperlukan ada bersaiz 1.5 mm. Untuk membuat wayar bagi soket alir keluar, saiz wayar puls adalah 2.5mm.



Pada masa sekarang banyak jenis wayar yang terdapat di pasaran. Seeloknya pilih wayar yang ada cop sirim. Ini kerana ianya terjamin dari segi keselamatan dan jangkahayatnya. Jangan hanya melihat kepada harga yang murah sahaja tanpa memikirkan kualitinya.