Translate

Wednesday, August 17, 2022

Membaiki kediaman, buat sendiri atau upah tukang?

 Apa yang kalian buat apabila lampu, suis dan kipas siling tiba-tiba rosak? Atau paip air bocor dan pengepam tandas rosak ? Mesti sangat tak selesa terutamanya apabila benda yang penting ini tidak dapat berfungsi dengan baik.

Kita mempunyai dua pilihan, iaitu membaiki sendiri atau memanggil tukang yang pandai untuk membaikinya. 

Setengah orang boleh membaiki sendiri kerosakan, tetapi tidak mempunyai masa untuk membuatnya. Mungkin kerana terlalu sibuk bekerja. Maka dia mengambil keputusan mengupah orang lain.

Ada juga orang yang mampu membaiki, tetapi tidak mempunyai alat dan kelengkapan yang cukup. Sekiranya mahu membeli sesuatu alat yang agak mahal hanya untuk membuat kerja sekali sekala dirasakan tidak berbaloi. Dia akan lebih senang mengupah tukang mahir.

Contoh peralatan yang agak mahal adalah mesin dril. Harganya mencapai ratusan ringgit untuk satu mesin yang berjenama dan berkualiti. Setengah orang merasakan rugi membelinya untuk menggunakannya sekali sekala.


Ada bermacam-macam lagi sebab kenapa  seseorang itu lebih senang nengupah tukang untuk menyelesaikan masalah kerosakan di rumahnya.

Sebenarnya membaiki sendiri lebih memberi kepuasan. Ini kerana ada tukang yang membuat kerja tidak seperti diharapkan. Setengahnya pula mengenakan caj yang mahal dan kurang setimpal dengan kerja yang dibuat.

Akan tetapi dalam setengah kes kerosakan memerlukan kepakaran khusus. Sekiranya tidak pandai, maka jangan memandai-mandai cuba membaikinya sendiri. Contohnya kerosakan berkaitan pendawaian elektrik. Carilah juruelektrik yang mahir kerana bermain dengan elektrik adalah merbahaya dan boleh membawa kecederaan serius.

tangga, wajib ada di setiap rumah

Bagi kes kerosakan yang serius seperti bumbung rumah yang bocor, biasanya terpaksa mengupah orang. Ini kerana kerja tersebut agak memenatkan, berisiko dan sukar dilakukan seorang diri. Ini kerana kerja-kerja membaiki dan menukar bumbung rumah perlu dilakukan dengan berhati-hati dan memerlukan pertolongan dari orang lain.

No comments:

Post a Comment