Translate

Thursday, August 18, 2022

Membaiki Saluran Air Tersumbat Rumah Flat

Bagi kebanyakan rumah berbentuk flat atau pangsapuri, seringkali berlaku saluran air dari tandas dan bilik air yang tersumbat yang menyebabkan air bertakung. Keadaan ini berlaku kerasa ada banyak benda asing seperti gumpalan rambut, plastik dan lain-lain yang menghalang air daripada bergerak lancar.

Bagi kes yang lebih parah, rumah yang berada di bahagian bawah mengalami kebocoran air menyebabkan penggunaan bilik air dan tandas sangat tidak selesa.


tudung penutup yang baru

Biasanya pada tudung yang menutupi saluran paip tersebut menitis air. Air tersebut akan menitis setiap kali penghuni di tingkat atas menggunakan bilik air. Keadaan ini berlaku kemungkinan kerana ada rekahan dan kebocoran pada tudung penutup saluran paip tersebut.

Cara untuk menyelesaikan masalah ini adalah dengan cara membuka tudung penutup saluran paip tersebut, seterusnya menukar dengan yang baru. Boleh cuba membuka dengan tangan. Caranya ialah dengan memusingkan ikut lawan jam.

Kadang kala ada setengah penutup tersebut terlalu ketat sehingga tak boleh buka dengan tangan. Jadi, perlu alat khas untuk membukanya.

alat pembuka berantai

Ini adalah alat untuk membuka penutup tudung yang biasa saya pakai jika terlalu ketat dan sukar untuk dibuka dengan tangan. Banyak lagi jenis lain boleh didapati di pasaran.

Cara menggunakan alat pembuka tudung tersebut.

Biasanya saya akan menukar penutup tersebut dengan yang baru. Ini kerana kebanyakan kes kebocoran adalah penutup yang sudah lama melebihi 10 tahun. Kebanyakannya sudah sedikit mereput dan ada yang sudah pecah.

Untuk memasangnya saya biasanya membalut dengan tali tape putih supaya lebih rapat. Apabila sudah ketat saya akan sapu bahagian atas dengan sedikit silikon warna putih jernih. Tunggu lebih kurang 10 minit supaya silikon kering. Biasanya air tidak lagi menitik.

Sedikit peringatan. Jangan sesekali menggunakan gam semasa memasang penutup ini. Ini kerana ianya melekat dan sekiranya berlaku kebocoran, sangat sukar untuk membuka. Sekiranya tidak dapat membukabya, terpaksalah dipotong terus paip tersebut dan dibuat baru. Dengan itu, kos akan meningkat.

Seperkara lagi, jangan gunakan tukul untuk mengetuknya sekiranya susah untuk dibuka. Ini kerana dikhuatiri batang baip tersebut akan pecah dan perlu diganti terus.

White tape banyak di kedai hardware

Silikon berserta alat penolaknya
 
Selamat mencuba dan semoga berjaya...

No comments:

Post a Comment