Translate

Sunday, March 19, 2023

Pasang Bracket tv 65 inci Teras Jernang, Bangi

 Kelmarin memasang bracket tv untuk memasang tv lg 65 inci di Teras Jernang, Bangi.

Bracket tv up down yang diberikan kepada tuan rumah sebagai pakej pembelian tv. Berbeza dengan kebanyakan bracket tv, wall plug yang disediakan adalah wallplug besi. Kuantiti yang dibekalkan sebanyak 6 unit.

Saya gunakan mata dril saiz 7. Kalau saiz 8, lubangnya agak longgar.


Tv 65 inci yang sudah siap di pasang dan dilekatkan di dinding. Saya terpaksa meminta pertolongan tuan rumah untuk mengangkat tv ini kerana agak berat.

Perlu khidmat dril untuk pasang tv atau apa sahaja tujuan? Boleh hubungi saya.



No comments:

Post a Comment