Translate

Wednesday, May 31, 2023

Menukar Tombol Pintu.

 Bagi tukang rumah, menukar tombol pintu adalah satu kerja yang amat mudah. Tetapi bagi yang tak biasa dengan kerja-kerja bertukang, ianya adalah perkara yang susah dan payah. Lebih susah sekiranya tidak ada kelengkapan dan peralatan yang mencukupi.

Bagi orang biasa memasangnya, sekiranya ada pintu yang rosak, maka dia akan ke kedai, membeli dan terus memasang sendiri. Bagi yang tidak ada keberanian mencuba dan tak ada masalah kewangan, dia lebih senang mengupah orang memasangnya sampai siap. Biasanya upah yang diambil untuk memasang sampai siap di sekitar RM30.00 hingga RM50.00.

Sekiranya kita ke kedai 'hardware', kita akan dapati banyak jenis tombol pintu yang dijual. Harganya pun berbagai-bagai. 

Asasnya adalah sama. Yang membezakannya dari segi material pembuatannya, lebih cantik atau kurang dan dari segi keselamatannya.

Tuesday, May 30, 2023

Dapat 'job' banyak, kongsilah dengan kawan-kawan...

 Terkadang kita dalam satu-satu masa mendapat banyak kerja atau 'job' yang tidak sempat untuk kita membuatnya dalam satu masa. Keadaan ini mungkin disebabkan faktor masa, peralatan yang terhad dan tenaga manusiw yang tidak cukup untuk membuat kerja yang banyak dalam satu-satu masa.

Ada juga pelanggan yang bertanya mengenai servis lain yang kita tidak buat, tetapi meminta tolong kita menyelesaikan masalahnya sehingga selesai.

Jadi, cara yang terbaik adalah mencadangkan nama kawan kita kepada pelanggan untuk membuat kerja-kerja tersebut. Seeloknya jangan kita berkata kita tak sempat membuatnya dan habis begitu sahaja. Bagi cadangan kawan-kawan yang boleh buat kerja dan nombor telefon sekali. Dengan cara ini, kita berusaha menyelesaikan masalahnya.

Itulah sebabnya, kita seeloknya ada banyak 'contact' untuk meminta tolong sekiranya mempunyai banyak kerja yang tidak sempat dilakukan. 

Sebenarnya dalam hal ini kita memberi rezeki kepada kawan-kawan kita yang mungkin kurang rezeki masa tu dan dalam masa yang sama kita nak menyelesaikan masalah seseorang yang memerlukan perkhidmatan kita dengan kadar segera.



Tuesday, May 23, 2023

Kami Fokus Pada Penyewaan Dome Dahulu

 Alhamdulillah ramai pihak yang berminat dengan perkhidmatan kami bertanya bermacam-macam perkara mengenai apa yang kami tawarkan. Ramai yang bertanyakan adakah kami juga menyediakan perkhidmatan lain-lain barangan penyediaan makanan? Adakah cuma menyewakan dome set sahaja?

Setakat ini, kami fokus pada penyewaan dome set sahaja. Lain-lain barangan insyaAllah akan menyusul. Orang kata buat sesuatu walau pun perlahan, tetapi tetap berjalan. Lebih baik daripada bergerak laju tapi kandas tengah jalan

Setakat ini jumlah dome set kami semakin bertambah dan apabila kewangan semakin mantap, kami akan menambah lain-lain barangan penyediaan makanan.



Perlukan dome? Hubungi kami....



Tuesday, May 16, 2023

Selamat Hari Guru dari Aznurniaga Resources

 Kami di Aznurniaga Resources mengucapkan selamat menyambut Hari Guru kepada semua warga pendidik di Malaysia. Semoga guru-guru di Malaysia terus cekal dan tabah mendidik anak bangsa sehingga menjadi insan yang berguna.


Jasa cikgu sangat besar kepada semua orang. Tidak akan kita semua mampu untuk membalas jasa insan yang bergelar cikgu ini. Semoga Allah Taala memudahkan urusan cikgu seharian.

Saturday, May 13, 2023

SEWA DOME SET: Jamuan Raya Lagi Dan Lagi

 Sepenjang bulan Syawal 1444H tahun ini, begiti banyak penyewa orang perseorangan dan caterer yang menyewa dome set daripada saya. Majoritinya mahu menggunakan semasa majlis jamuan raya diadakan. Semestinya dome tersebut digunakan untuk kegunaan orang kenamaan atau orang yang berjawatan dalam majlis tersebut.

Setengah yang ingin  menyewa dari kawasan sejauh Sungai Buluh dan Damansara. Saya menolak kerana kalau diminta untuk hantar, saya terpaksa caj kos penghantaran dan ambil agak tinggi. Dalam masa yang sama pun tidak sanggup untuk datang mengambil dan menghantar. Jadi, saya menolak dengan elok dan masing-masing memahami keadaan dan situasi.

Sebahagian penyewa adalah catering yang tidak mencukupi peralatan untuk menhidangkan makanan dalam dome. Jadi, mereka terpaksa mencari dome untuk mengikuti kehendak pelanggan. Saya pula akan berusaha memudahkan urusan mereka dan pasti urusan kita juga akan dipermudahkan suatu hari nanti.

Banyak yang membuat majlis jamuan raya daripada agensi kerajaan. Ada juga pihak swasta dan badan berkanun. Masing-masing mengejar bulan Syawal untuk membuat jamuan raya!

Perlukan dome set untuk sebarang majlis makan-makan?

JANGAN SEGAN MENYEWA DENGAN SAYA:



Tuesday, May 2, 2023

Selamat Hari Pekerja

 Selamat hari pekerja dari kami, Aznurniaga kepada semua pekerja di Malaysia.