Terkadang kita dalam satu-satu masa mendapat banyak kerja atau 'job' yang tidak sempat untuk kita membuatnya dalam satu masa. Keadaan ini mungkin disebabkan faktor masa, peralatan yang terhad dan tenaga manusiw yang tidak cukup untuk membuat kerja yang banyak dalam satu-satu masa.
Ada juga pelanggan yang bertanya mengenai servis lain yang kita tidak buat, tetapi meminta tolong kita menyelesaikan masalahnya sehingga selesai.
Jadi, cara yang terbaik adalah mencadangkan nama kawan kita kepada pelanggan untuk membuat kerja-kerja tersebut. Seeloknya jangan kita berkata kita tak sempat membuatnya dan habis begitu sahaja. Bagi cadangan kawan-kawan yang boleh buat kerja dan nombor telefon sekali. Dengan cara ini, kita berusaha menyelesaikan masalahnya.
Itulah sebabnya, kita seeloknya ada banyak 'contact' untuk meminta tolong sekiranya mempunyai banyak kerja yang tidak sempat dilakukan.
Sebenarnya dalam hal ini kita memberi rezeki kepada kawan-kawan kita yang mungkin kurang rezeki masa tu dan dalam masa yang sama kita nak menyelesaikan masalah seseorang yang memerlukan perkhidmatan kita dengan kadar segera.
No comments:
Post a Comment