Bagi mereka yang membuat kerja-kerja penyelenggaraan kediaman dan premis, kadang-kala rezeki datang mencurah-curah. Banyak panggilan meminta membuat berbagai kerja yang ditawarkan, dari yang pembaikan kecil yang upahnya agak kecil hinggalah yang bernilai besar.
Adakah mereka akan melayani semua atau tidak melayan sebahagiannya?
Tidak dinafikan ada yang mahu mengambil semuanya. Selalunya sifat tamak yang menyebabkan menerima semua tawaran kerja tersebut, sedangkan tenaga kerja tidak mencukupi untuk membuatnya.
Sepatutnya mereka melihat kepada tenaga kerja yang mampu untuk menyiapkan sesuatu kerja. Ada yang mengambil semua dan menyusun jadual yang sangat padat semata-mata mahukan upah kerja yang banyak.
Kesan buruk adalah tidak sempat memenuhi janji dengan pelanggan. Keadaan ini boleh mengecewakan pelanggan kerana mereka juga perlu menghabiskan masa dan waktu yang lain untuk untuk mengatur temujanji dengan tukang yang lain.
JSesuatu yang lebih parah lagi, kualiti kerja yang dibuat tidak seperi yang dijanjikan. Inilah masalah yang selalu terjadi apabila sesuatu kerja dibuat secara tergesa-gesa.
Jadi, bagi mereka yang bekerja dengan penyelenggaraan kediaman dan premis, jangan terlalu tamak dan pastikan mutu kerja yang berkualiti dan jangan terlalu mengejar kuantiti.
No comments:
Post a Comment