Translate

Monday, December 7, 2020

Bracket tv 'up down' baru sampai

Mengambil kira banyak pertanyaan dan permintaan pelanggan. saya telah memesan bracket tv jenis 'up down'. minggu lepas bracket ini telah sampai dan bersedia dijual kepada pelanggan.



Bracket tv ini adalah jenis yang boleh diubah ke atas dan ke bawah. Berbanding dengan bracket tv biasa yang statik dan tak boleh diubah. 



HUBUNGI SAYA:
  [[017 6371728 ]]

Sunday, December 6, 2020

Perkhidmatan pasang barang ikea dan perabot lekat dinding

 Alhamdulillah banyak terima permintaan dari pelanggan untuk memasang pelbagai barangan yang perlu drill di dinding konkrit. Sebahagiannya adalah dari batangan IKEA dan lain-lain.

Kelmarin saya memasang beberapa aksesori rumah di Bandar Teknologi Kajang dan Taman Segar Semenyih.


meja boleh lipat lekat dinding ikea



kerusi buaian

Untuk kerusi buaian tersebut, ia dilekatkan di siling beranda rumah. Ianya di lekatkan dengan wallplug besi. Perlu ada teknik yang betul supaya betul-betul kuat dan tak jatuh.

InsyaAllah saya akan cuba memberikan perkhidmatan terbaik apabila diperlukan.

HUBUNGI : 017 6371728

Tuesday, December 1, 2020

Kerja drill di PPA1M Selasih, Presint 17, Putrajaya

 Memasang beberapa aksesori dan perabot di Putrajaya kelmarin.

bidai zebra dalam bilik kecik

besi magnet tempat letak barang dapur

frame asmaaul husna

frame kecil

rak kayu untuk letak hiasan

tempat gantung pakaian

SILA HUBUNGI SAYA JIKA MEMERLUKAN
[[ 017 6371728 ]]

Monday, November 30, 2020

Pasang bracket tv di Parkland Semenyih dan De Cassia Ecohill

 Sekadar nak kongsi beberapa gambar memasang bracket tv di Parkland Semenyih dan Ecohill.





Jadi, sesiapa yang perlu perkhidmatan memasanf bracket tv di sekitar Kajang, Bangi, Semenyih, Putrajaya dan sekitar boleh hubungi saya. Saya juga menjual bracket tv jenis statik untuk untuk semua jenis tv moden berukuran 26 - 55 inci. 

HUBUNGI : 017 6371728

Saturday, November 28, 2020

Keselamatan semasa bekerja

 Bagi sesiapa yang baru mencebur pekerjaan dalam bidang penyelenggaraan bangunan dan premis, mereka perlulah mengutamakan keselamatan diri semasa bekerja. Walaupun sudah lama dan dianggap sudah pakar, jangan sesekali mengambil ringan aspek keselamatan. Walau pun kelihatan remeh dan ringan, kecelakaan tidak boleh dijangka bila masa akan berlaku.

Antara keselamatan yang perlu diambil berat adalah seperti berikut:

Pertama, sentiasa memakai pelindung mata atau spek semasa melakukan kerja drill, welding atau apa-apa yang memberi kesan kepada mata. Sedikit kejadian yang tak dijangka akan mencederakan mata. 

Ketika drill dinding, habuk konkrit dan besi atau kaca bila-bila masa boleh masuk ke mata. Begitu juga kalau melakukan kerja-kerja welding, percikan bunga api dan besi boleh terkena mata. Cahaya silau yang terhasil semasa walding pula sangat membahayakan mata. 


Kedua, kedudukan badan semasa melakukan kerja-kerja ditempat tinggi mesti stabil dan selesa. Kedudukan sebegini sangat penting untuk mengelakkan daripada terjatuh yang boleh menyebabkan kecederaan.

Alat yang biasa digunakan untuk melakukan kerja-kerja ditempat tinggi adalah tangga dua kaki. Ketinggian tangga mestilah sesuai supaya tidak mendongak dan kesakitan pada leher dan pinggang. 

Bagi yang membuat kerja pendawaian, biasanya mereka akan menggunakan tangga daripada kayu. Tujuannya untuk keselamatan sekiranya terkena renjatan elektrik. Kalau tangga besi atau aluminium parlu ada alas getah di bahagian bawah.


Ketiga, pakaian yang bersesuaian semasa melakukan kerja. Seluar jangan terlalu ketat untuk memudahkan pergerakan. Bahagian pinggang diikat dengan kemas supaya lebih selesa. Jangan sesekali memakai kain pelikat atau tuala semasa naik tangga untuk membuat kerja.

Bagi yang membuat kerja pendawaian, tanggalkan dulu aksesori badan yang berbentuk logam seperti rantai besi atau tembaga dan cincin. 

Seeloknya ikatkan dipinggang beg untuk diisi dengan peralatan kerja-kerja tersebut. Dengan itu, tidaklah perlu berkali-kali naik turun tangga apabila memerlukanya.



Thursday, November 26, 2020

Pasang perabot dan aksesori rumah di Bandar Teknologi Kajang

 Beberapa keping gambar perabot dan aksesori rumah yang saya pasang di Bandar Teknologi Kajang beberapa hari lepas.











Saturday, November 21, 2020

kenapa mata drill tak tembus konkrit?

 Ramai orang bertanya kenapa bila drill mata tidak masuk ke dalam konkrit? Padahal sudah menggunakan fungsi hammer drill?

Ini adalah sesuatu yang pelik. Ini kerana ia sepatutnya masuk dan tidak menjadi masalah. Mungkin penyebabnya seperti berikut:

1.  Kesilapan dalam setting nesin dril. Sepatutnya disetkan supaya mata dril berpusing ikut pusingan jam, iaitu memasukkan mata ke dalam, bukan pusingan lawan jam. Kalau lawan jam tujuannya untuk mengeluarkan mata dril dari dalam konkrit. Atau untuk keluarkan skru dari lubang.



2. Setting bukan pada hammer drill. Sebaliknya setting pada untuk memusingkan mata dril sahaja. Fungsi ini untuk dinding lembut, memasuk dan mengeluarkan skru dan untuk dril pasa permukaan tiles sahaja. Kerana dril pada tiles tak boleh guna hammer dril. Tiles akan pecah.

3. Mungkin dalam konkrit tersebut ada besi cerucuk. Walau sekuat mana pun di tekan, mata dril tidak akan masuk.  Sebaiknya keluarkan mara dril dan masukkan pemutar skru. Kalau ada habuk besi meletat, betullah ada besi. Di samping itu, bunyi seolah besi berlaga juga kerana ada besi dalam konkrit.

4. Pemilihan mesin dril yang  tak ada fungsi hammer dril. Sekarang mesin yang populah adalah bosh dan makita. Pergi kedai hardware dan tanya penjual, dia akan tunjuk dan ajar sikit-sikit. 



Tuesday, November 17, 2020

Pemasangan bidai zebra, rod kayu langsir dan barangan ikea

 Beberapa hari lepas saya pergi memasang bidai zebra, rod kayu langsir dan lain-lain di sekitar Kajang. Sebahagiannya adalaj baru berpindah rumah dan masih banyak lagi barang dan perabut berselerak dan belum disusun.

Antara barang yang diminta saya dril dan pasang adalah pasang bracket tv di dinding, rak kayu bawah tv, cermin besar ruang tamu, rod kayu langsir dan bidai zebra. 

Alhamdulillah semua selesai dipasang dengan kemas. Hanya gambar rod langsir dan bidai zebra yang sempat diambil gambar.


Pemasangan bidai zebra perlu tahu Cara dan tekniknya. Apabila teknik pemasangannya sudah diketahui, sangat senang memasangnya. Tetapi kalau tak tahu, agak pening kepala juga dibuatnya!


berminat dan perlukan perkhidmatan saya? Sila wasap :

 << 017 6371728 >>

Sunday, November 15, 2020

Terima kasih pelanggan berulang

 Alhamdulillah kelmarin membuat kerja pemasangan bracket tv di Seksyen 7, Bandar Baru Bangi. Dia adalah pelanggan berulang yang pernah menggunakan perkhidmatan saya tahun lepas. 



Semoga beliau berpuas hati dengan perkhidmatan yang kami berikan. Sila hubungi lagi sekiranya memerlukan. Terima kasih.

Setakat ini sudah beberapa orang bekas pelanggan yang berulang kali menggunakan perkhidmatan kami. Mungkin juga dia berpuas hati dengan cara kerja yang tidak terlalu berkira apabila dia meminta tolong membuat kerja yang dijanjikan sebelum ini.

Memang dalam perniagaan dan perkhidmatan, pelanggan adalah raja yang perlu dilayan dengan sebaiknya. Kalau kita tak mampu untuk menunaikan permintaannya, cakap dengan elok supaya dia tidak terasa hati.

Yang paling penting, walaupun penat bekerja, pastikan senyuman tetap manis seumpama gula!

Tuesday, November 3, 2020

Pemasangan Ampai Tuala Aluminium Bilik Air

Antara aksesori bilik air yang popular hari ini adalah ampaian untuk meletakkan tuala. Jika dulu hanya hotel yang menyediakan kemudahan ini, kini semua orang boleh memilikinya dengan mudah. Harganya pula tidak semahal yang disangkakan.


Antara yang menjadi pilihan ramai termasuk saya adalah yang dibuat daripada aluminium. Antara sebab saya memilih ampai tuala aluminium adalah kerana tidak berkarat seperti ampai kain besi. 

Saya juga menjual dan membekal aksesori ini. Masih ada banyak lagi stok ampai aluminium ini dengan saya. Sesiapa yang berminat boleh hubungi saya.



<<< 017 6371728 >>>

Sunday, June 14, 2020

Jenis Skru Untuk Memasang Bracket TV

Jenis


Perkhidmatan Cuma Di Kawasan Kajang, Bangi, Semenyih Dan Putrajaya

Alhamdulillah perkhidmatan saya meliputi kawasan Kajang, Bangi, Semenyih, Putrajaya dan sekitarnya sahaja. Walaupun ada banyak permintaan untuk melakukan pemasangan di kawasan Puchong, Sri Kembangan sehinggalah ke Cheras dan Kl, saya terpaksa tolak.

Antara sebab saya menolak  permintaan pelanggan adalah kerana upah yang terpaksa dinaikkan kerana menampung kos minyak dan tol. Kadar upah yang lebih tinggi dari biasa sedikit sebanyak akan membuatkan pelanggan akan berfikir beberapa kali.



Di samping itu, masa yang labih banyak dihabiskan dijalan raya juga agak merugikan. Dalam perniagaan, masa adalah amat penting dan mesti digunakan sebaiknya.

Walaupun perkhidmatan saya hanya di sekitar sini sahaja, rezeki tetap banyak dan tidak putus-putus. Syukur kepada Allah Taala yang memberikan rezeki kepada hambanya yang dikehendakinya.

www.wasap.my/60176371728

Saiz Televisyan dan Jenis Bracket yang bersesuaian

Setiap televisyen perlu disesuaikan dengan jenis-jenis bracket untuk memasangnya. Ini kerana setiap jenama dan saiz memiliki ukuran panjang lebar dan berat yang berlainan. 



Televisyen sekarang semakin nipis dan ringan. Jadi, cara pemasangan dengan menggunakan bracket murah semakin digemari oleh orang ramai. 


Monday, May 25, 2020

Jualan bracket tv yang terus laris

Walau pun perintah kawalan pergerakan dilaksanakan, jualan bracket tv terus meningkat. Ini mungkin disebabkan PKP dibuat ketika musim perayaan yang mana ramai orang yang membeli tv baru untuk digunakan di musim perayaan.

 Keadaan ini secara tidak langsung melonjakkan permintaan terhadap perkhidmatan pemadangan tv, perabot, rel langsir dan lain-lain aksesori hiasan dalaman rumah.




Alhamdulillah, saya juga mendapat agak banyak permintaan untuk melakukan kerja-kerja dril untuk pasang tv, bidai, langsir dan lain-lain.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai perkhidmatan saya, hubungi :

017 6371728
(Azhar)


Friday, February 28, 2020

pelbagaikan barangan

penting

Persediaan memasang breket tv

Memasang bracket tv sebenarnya amat mudah dan boleh dipasang
oleh sesiapa sahaja. Lebih mudah lagi kerana ada cara pemasangan pasa kotak atau kertas yang disertakan bersama bracket tersebut.

Perkara pertama yang perlu ada adalah  mesin drill. Drill tersebut perlu ada fungsi hammer drill. Tak kisah jenama apa seperti Bosh, Makita, Black Decker, Dong Cheng dan lain-lain yang menggunakan tenaga elektrik secara terus. Mesin drill yang menggunakan bateri tidak digalakkan kerana tidak kuat.

Thursday, January 16, 2020

pasang bracket tv lagi dan lagi

Alhamdulillah semakin ramai pula orang yang menghubungi untuk memasang bracket tv di kediaman masing-masing. Kalau permintaan datang dalam masa yang serentak, saya terpaksa menolak setengahnya.





Saya akan memastikan pemasangan bracket tv dibuat dalam keadaan kemas dan terbaik apabila diminta oleh pelanggan. Semoga mereka berpuas hati dengan hasil kerha saya.

«« 017 6371728 »»