Translate

Tuesday, December 26, 2023

Sewa Peralatan Carering :" kami tak pos"

 Ada penyewa kami yang meminta kami hantar alas meja bulat dengan cara pos. Mungkin untuk digunakan semasa program di sana. Program pula dibuat di sebelah selatan tanah air, agak jauh daripada lembah klang.

Dengan hormat saya berkata kepadanya bahawa kami tidak pos. Perkhidmatan kami adalah berbentuk penyewaan. Cara perkhidmatan kami adalah dengan menghantar dan mengambil barang yang kami sewakan tersebut.

Bermacam-macam ragam pelanggan yang kami jumpa. Apa pun kami akan cuba layan dengan sebaik mungkin.

Thursday, December 21, 2023

Kenduri Kahwin Cuti Sekolah

 Cuti sekolah telah bermula selama dua minggu. Walau pun singkat, tetapi ada yang mengambil peluang untuk membuat majlis makan-makan seperti bertunang dan majlis kahwin. 

Pihak catering yang mendapat job pula bertungkus lumus menyiapkan perkakasan dan keperluan untuk menyediakan juadah semasa majlis tersebut. Inilah yang dikatakan rezeki kepada orang yang berniaga. 

Sepertimana orang berniaga lain, kami juga menerima permintaan dari pihak yang menyediakan makanan untuk menyewa dome set dan peralatan catering.





Perlukan dome set untuk majlis makan-makan? Hubungi kami...

<<< 017 6371728 >>>

Sunday, December 17, 2023

Perkhidmatan dan free tutorial

 Ketika datang membuat kerja di rumah pelanggan, bermacam-macam pertanyaan mengenai cara kerja dril ditanyakan kepada saya. Bermula dari jenis dril, mata dril yang digunakan hinggalah kaedah dan teknik semasa dril.

Biasanya saya akan bagitau mengenai jenis dril yang sesuai. Pastikan dril yang dibeli ada fungsi hammer drill. Kalau beli yang hanya ada hight ampact tidak memadai untuk menembusi dinding konkrit apartment dan kondominium yang keras.

Kalau setakat mahu buat keeja sekali sekala memadai beli yang jenama biasa. Tidak perlu beli umtuk yang industri.


Pemilihan mata dril dan saiz juga perlu diteliti terlebih dulu. Ada mata dril untuk konkrit, untuk tiles dan untuk kayu. Untuk melubangi besi pula ada mata khas.

Tentang teknik menggunakan wallplug plastik dan besi juga perlu dipelajari. Wallplug besi perlu cara dan teknik yang betul. Sekiranya tersilap teknik tidak akan lekat atau skrunya tidak boleh masuk.

Saturday, December 16, 2023

Pasang Bracket Tv Putrajaya

 Kerana kekurangan masa dan banyak urusan lain, akhir-akhir ini saya semakin kurang menerima kerja-kerja dril. Banyak masa dihabiskan untuk membuat lain-lain urusan.

Pagi tadi, saya menerima upah kerja memasang bracket tv di Presint 15. Putrajaya. Kebetulan saya free pagi ini. Dia minta saya memasang dengan menggunakan bracket tv saya sampai siap. 

Tv jenama Sony 50 inci yang dpasang tadi. Tuan rumah juga meminta saya memasang pembesar suara di bahagian bawah tv tersebut.

PERLUKAN KHIDMAT DRIL UNTUK APA JUA KERJA? HUBUNGI SAYA...


~ 017 6371728 ~

Set Dome Untuk Pengusaha Catering

 Ramai daripada pelanggan yang menyewa set dome saya daripada pengusaha penyediaanakanan bermasak (catering). Sebahagian mereka ada yang mengusahakan dari rumah dan ada yang sudah mempunyai premis.

Yang terbaru adalah pengusaha dewan makan SK Seri Bintang Selatan, Taman Shamelin Perkasa, Kuala Lumpur yang menyewa dua buah set dome. Mereka menggunakannya semasa majlis yang diadakan oleh pihak sekolah tersebut.

Mereka menyatakan bahawa ini adalah kali ke-2 mereka menyewa set dome daripada saya. Kali pertama saya tak ingat. Mungkin terlupa nak simpan nombor pelanggan.

dua dome siap untuk dihantar


Monday, December 11, 2023

Kami Bercuti Di Port Dickson, Maaf kami tak dapat membantu...

 Alhamdulillah Sabtu dan Ahad lepas kami sekeluarga menghabiskan masa bercuti di Port Dickson, Negeri Sembilan. Menikmati masa-masa berkualiti bersama keluarga. 

Semasa bersantai bersama keluarga tersebut, ada beberapa bakal pelanggan yang telefon memerlukan perkhidmatan kami. Ada yang mahu menyewa dome set dan ada juga yang mahu meminta melakukan ubahsuai kecil premis. Dengan hormatnya kami meminta maaf tidak dapat membantu kerana sedang bercuti.

Begitulah selalunya permintaan dari bakal pelanggan datang tidak mengira waktu dan ketika. Apa pun kami berterima kasih kerana berminat dengan perkhidmatan kami.

Perlukan perkhidmatan kami? 





< 017 6371728 >

Friday, December 8, 2023

Terima kasih orang Ampang , sewa dome set!

 Terima kasih Kak Miza dari Taman Bukit Permai Ampang, Kuala Lumpur sebab sewa dome set dari kami.

Kak Miza sewa tidak banyak, cuma satu sahaja. Tujuannya adalah untuk function yang ada majlis makan-makan di pejabatnya. Dome itu mungkin untuk meraikan orang besar syarikatnya. 

Kerana jaraknya agak jauh, kami kenakan caj kos penghantatan dan ambil. Kadar tersebut agak berpatutan. Sememangnya kami akan menerangkan kepada penyewa mengenai semua cas yang kami kenakan. Apabila bersetuju, barulah kami melakukan penghantaran mengikut alamat dan lokasi yang diberi.

Perlukan dome set? Hubungi kami:

<<< 017 6371728 >>>

Thursday, November 30, 2023

Sewa Peralatan Catering : Saya urgent, boleh hantar pagi ni?

 Itulah dialog biasa apabila sesuatu majlis yang mahu dimulakan tetapi peralatan tidak mencukupi. Selalunya pihak catering dan penganjur program yang mehukan barang catering saat akhir.

Sekiranya saya berkesempatan, maka saya akan sedaya upaya untuk menolongnya. Orang kata kalau kita memudahkan kerja orang, maka Allah akan memudahkan urusan kita!

Perlu sewa perakatan catering? Hubungi kami...

~ 017 6371728 ~

Wednesday, November 29, 2023

Sewa Dome Set : Johor Terlalu Jauh

 Negeri Johor terlalu jauh untuk kami sewakan dome set. Maaf kerana kami tidak sanggup hantar / ambil dome set di negeri Johor. Perkhidmatan kami hanya di sekitar Kajang, Bangi, Putrajaya dan paling jauh di kawasan Kuala Lumpur.




PERLUKAN DOME SET UNTUK SEBARANG MAJLIS MAKAN-MAKAN?

HUBUNGI...

[ 017 6371728 ]


Tuesday, November 21, 2023

Alas Meja Bulat Untuk Disewa

 Kami mempunyai alas meja makan jenis bulat untuk disewa. Alas meja tersebut daripada kain jenis jersi. Ianya sesuai untuk meja bulat kendiri 8-10 orang. 

- Satu helai: 8.00

- Minimum sewa: 5 helai ( 40.00 )

- Kos penghantaran bergantung kepada jauh tempat untuk dihantar / ambil.

- Kami berada di Kajang.



Jadi, kepada sesiapa yang ada buat majlis makan-makan dan perlukan alas meja bulat, jangan segan untuk menyewa dengan kami.

<<< 017 6371728 >>>

Tuesday, November 14, 2023

Pelanggan berulang

 Dalam menguruskan sesuatu perniagaan, teknik melayan pelanggan adalah amat penting. Ini untuk memastikan pelanggan itu akan kembali mengunjungi premis kita di masa akan datang.

Melayan pelanggan dengan sebaik mungkin adalah sangat penting. Walau pun kita menyakini seseorang itu hanya sekadar melakukan tinjauan dan bukan berniat untuk membeli barangan dan menggunakan perkhidmatan kita, tetapi layanan pertama akan menimbulkan minat bakal pelanggan tersebut.

Kehadiran pelanggan kita untuk kali kedua menunjukkan bahawa mereka amat berpuas hati dengan layanan yang diberikan.

Sunday, November 12, 2023

Happy Deepavali

 Kami di Aznurniaga mengucapkan happy deepavali kepada pelanggan kami yang menganut agama Hindu yang merayakan hari deepavali. Semoga terus sukses dalam hidup dan dilimpahi rezeki yang melimpah di hari mendatang.


Hari deepavali sepertimana hari perayaan lain-lain agama adalah hari cuti. Banyak majlis makan-makan yang dibuat. Sebahagian pelanggan saya yang beragama hindu ada yang berminat menyewa dome set untuk majlis makan-makan yang dibuat.

Semoga hubungan kita terus berjalan dengan baik atas dasar hormat menghormati  sebagai rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama.


Sunday, October 29, 2023

Sewa Set Dome: Maaf Bang, Damansara Terlalu Jauh!

 Itu jawapan yang saya terpaksa berikan kepada seorang yang beminat untuk menyewa dome set. 

Sebabnya, jumlah dome set yang diperlukan cuma satu sahaja. Manakala lokasi untuk dihantar/diambil adalah dikawasan Damansara Perdana. Sedangkan saya berada di Kajang. Jarak yang ditempuh agak jauh dan masa yang diambil pula agak lama.

Sebenarnya kami sedaya upaya mahu memberikan perkhidmatsn terbaik kepada pelanggan. Untuk itu, kami telah menetapkan kadar sewaan dan kadar penghantaran/ambil set dome denfan kadar yang sesuai dengan jarak dan masa.

Alhamdulillah semua pelanggan memahami penerangan mengenai caj perkhidmatan yang kami kenakan.



<< 017 6371728 >>


Saturday, October 21, 2023

Skru Untuk Pasang Bracket TV

 Alhamdulillah setakat ini perkhidmatan menjual dan memasang bracket tv berjalan dengan baik. Saya akan pastikan pelanggan akan mendapat perkhidmatan terbaik.

Apabila ada pelanggan mahukan saya memasang bracket tv di premisnya, pertamanya saya akan bertanya jenama dan saiz tv yang akan dipasang. Keduanya adalah anggaran ketinggian tempat untuk memasang tv.

Tujuan saya bertanyakan jenis dan ukuran tv kerana setiap jenis tv memerlukan skru yang berlainan ukurannya. Sebagai persediaan saya membawa empat jenis skru yang berlainan saiz ukurlilit dan panjangpendeknya. 


Empat saiz inilah yang biasa digunakan untuk memasang bracket tv. Saya belum menjumpai tv yang memerlukan saiz skru yang lebih besar. Saiz tv yang paling besar saya pasang adalah 63 inci. 

Kebiasaannya apabila kita membeli bracket tv di mana-mana kedai atau secara atas talian, akan disertai dengan satu set dua atau tiga saiz skru. Yang menjadu masalah kadang-kala kesemua skru tersebut tidak sesuai dengan tv.


 Ada juga saiz skru yang sesuai, tetapi terlalu pendek dan ada juga yang terlalu panjang. Apabila mahu memasangnya, akan pening kepala dan terpaksa mencari di kedai hardware. Yang lebih memeningkan bukan semua kedai menjual skru untuk bracket tv.

Begitu juga kalau ada orang yang cuma mahu membeli bracket sahaja. Saya akan bertanyakan jenama dan saiz tvnya. Seterusnya saya akan menyediakan skru tambahan sekiranya skru yang memang tersedia tidak sesuai.





Saturday, October 14, 2023

Pasang Bracket TV Eco Majistec

 Dua buah tv selesai dipasang di dinding pagi tadi. Sebuah berukuran 60 inci dan sebuah lagi 42 inci. Saya menggunakan bracket yang agak besar kerana tv agak besar dan berat.






Terima kasih En Arif kerana menggunakan perkhidmatan kami memasang bracket tv. En Arif meminta menggunakan bracket tv saya dan memasangnya sampai siap. 

Ada keperluan lain yang memerlukan kerja dril boleh hubungi kami lagi.



< 017 6371728 >


Monday, October 9, 2023

Dome Set Kami Adalah Stainless Steel, Mangkuk Seramik!

 Ada yang tanya, dome set yang kami sewajakan daripada plastik ke? Mangkuknya daripada melamin ?

Saya menjawab bahawa dome set yang kami sewakan adalah daripada stainless steel. Jadi ianya tidak akan berkarat dengan mudah. Syaratnya ia nesti dibasuh dan dilap sampai kering, barulah disimpan.

Manakala mangkuknya pula daripada seramik, dan bukannya daripada plastik melamin. Juga bukan daripada stainless steel.




Kenapa daripada seramik? Jawabnya kerana ianya lebih kelihatan eksklusif untuk meraikan hidangan orang kenamaan atau vip. Jika hidangan dilengkapi dengan set pinggan dan gelas serta napkin, maka ia akan lebih kelihatan eksklusif dan istimewa.

Saturday, October 7, 2023

Penyewa Dome Set Dari Cheras: Terima kasih Dari Kami

 Terima kasih caterer dari Cheras kerana kali kedua menyewa done set dari kami. Semoga penyediaan juadah makanan akan lebih kelihatan eksklusif dengan hidangan menggunakan dome set.


Jika perlukan lagi dome set, bolehlah hubungi kami lagi. Lagi bagus hubungi lebih awal untuk mengelakkan bertembung dengan tempahan orang lain.

Cheras kawasan yang sibuk. Banyak syarikat catering yang beroperasi di sana. Abang dan kakak yang buat catering dan perlukan dome set jangan segan untuk hubungi kami.

Monday, September 25, 2023

Sewa Dome Semenyih : Kena pasang lilin ke bawah dome?

 Seorang pengusaha penyediaan makanan bertanyakan kepada saya, ' perlu nyalakan lilin ke ketika hidang makanan dalam dome?' Says jawab ' tak perlu. Tak pernah lagi saya tengok orang pasang lilin. Kalau ada pun mungkin sangat jarang'

Kakak itu memberitahu saya inilah kali pertama dia mendapat tawaran menyediakan makanan dalam dome set. Dia sangat teruja menerima tawaran tersebut.

Demikianlah satu ragam daripada ragam-ragam penyewa dome set saya. Selagi saya boleh menolong dan memudahkan urusan mereka setakat termampu, insyaAllah saya akan tolong.




Saturday, September 23, 2023

Stok Bracket TV Masih Mencukupi

 Bracket tv antara barang jualan saya yang laris. Ada yang cuma membeli sahaja dan ada yang mahu pasang sampai siap. Tv pula bermacam-macam saiz dan jenama.

Sebagai persediaan, saya akan pastikan stok bracket tv sentiasa mencukupi. Begitu juga dengan skru dan wallplug yang sangat berguna apabila diminta untuk memasangnya oleh pelanggan.


Sesiapa yang mahukan bracket tv sahaja atau perlu memasang sampai siap, jangan segan untuk menghubungi saya.


[[ 017 6371728 ]]

Perkhidmatan Sewa Dome Set Untuk Catering : Terima Kasih Kak Saliza

 Kak Saliza dapat tawaran untuk menyediakan makan minum semasa program sebuah agensi kerajaan. Pegawai dari agensi kerajaan tersebut yang menguruskan majlis itu mahu hidangan tetamu VIP disediakan  dalam enam buah dome set.



Alhamdulillah saya menghantar sebanyak enam dome set sebagaimana diminta oleh Kak Saliza. Apabipa maklis selesai, saya akan datang mengambil dome set tersebut. Saya tidak mengenakan caj penghantaran kerana Kak Saliza menyewa dalam kuantiti yang banyak dan lokasi juga dekat dengan premis saya.

Nanti bila dapat 'job' jangan lupa sewa dome set dari saya lagi tau!





Tuesday, September 19, 2023

Sewa Dome Set : Terima Kasih En Nizam

 Terima kasih En Nizam dari Alam Damai, Cheras kerana menyewa dome set sebanyak 3 unit berserta aksesori untuk majlis yang diuruskannya di sana.

Majlis ini adalah majlis ramahmesra orang kenamaan dengan masyarakat setempat di kawasan tersebut

Saya menghantar pada jam 3.30 petang dan datang nengambilnya pada jam 10.00 malam apabila majlis telah berakhir.

TQVM En. Nizam kerana menyewa dengan kami...

<<< 017 6371728 >>>

Sunday, September 10, 2023

Pasang Bracket Tv di Bandar Teknologi Kajang

 Encik Syed dari Residensi Aman Abadi, Bandar Teknologi telah membeli sebuah tv dan bersama-samanya diberikan bracket tv percuma oleh kedai tersebut. Dia telah meminta saya memasang di dinding rumahnya.



Alhamdulillah kerja selesai kurang dari sejam. Harap En Syed berpuas hati dengan kerja saya.

<<< 017 6371728 >>>

Wednesday, August 16, 2023

Peluang Menjual Button Badge Pelajar Sekolah

 Bagi anak-anak sekolah yang mahu menambaj pendapatan dengan menjual button badge kepada kawan-kawan di sekolah, boleh menghubungi saya. Tidak memerlukan modal satu sen pun. Hanya sekadar menjual button badge yang sudah siap atau pum mengambil tempahan.

Jenis button badge yang boleh ditempah / jual :

1. Button badge  ' i am.... ' Selepas i am ditambah nama yang dikehendaki.

2. Button badge islamik

3. Button badge kata-kata motivasi / semangat

4. Button badge patriotik seperti bendera, pasukan harimau Malaya.

5. Button badge peribadi. Seperti nak masukkan gambar sendiri atau orang tersayang.

 >> Bagi kawasan Kajang, Bangi, Semenyih, Putrajaya kerana kami serah secara berdepan dan bukan pos. 

>> Button Badge ' I am'  boleh tempah selepas ambil nama kawan-kawan yang berminat. Bayar ketika datang dan terima button badge daripada saya. Kami di Kajang / Semenyih.

>> 1 button badge saya tolak 1.50 bagi 1 unit button badge biasa Boleh jual 2.00 hingga ke atas. Keychain badge pula saya tolak RM2.00. Boleh jual 2.30 ke atas

>> Kami bagi contoh dan boleh pilih rekabentuk mana yang berminat. Kalau nak hantar desiran. yang sudah siap pun boleh. Kami print dan buat.


Button badge I am


Button badge dan key chain ' I am '



Button badge islamik



Button badge peribadi



button badge dan key chain badge i am dan motivasi 


[[[ 017 6371728 ]]]