Translate

Sunday, February 19, 2023

Kerja Dril: Bolehkah mata dril patah?

Bolehkah mata dril patah? Padahal ianya dibuat daripada besi. Kenapa boleh patah sedangkan ianya dibuat khas untuk menggerudi ke dalam lapisan konkrit yang keras? 

Jawabnya, berdasarkan pengalaman saya, ia boleh patah jika tidak ikut cara dril yang sepatutnya. Ia juga boleh patah jika dipaksa dan dipusing dengan kuat untuk membesarkan lubang di dinding konkrit.

Saya pernah mengalami situasi mata dril patah ketika menggerusi untuk membuat lubang laluan paip air. Paip yang nak dimasukkan agak besar dan lubang yang dibuat juga perlulah besar. Mata dril tersebut saya pusing-pusingkan untuk membesarkan lubang dengan agak kasar. Tiba-tiba hampir seinci mata dril patah di dalam lubang yang sedang ditebuk.

Mata dril juga boleh patah dan sumbing jika mata dril bertembung dengan batang besi dalam dinding konkrit. Apabila mata dril tiba-tiba terlalu sukar nak masuk ke dalam, keluarkan dulu mata dril. Masukkan hujung pemutar skru. Sekiranya ada besi, akan kelihatan debu besi melekat pada magnet hujung pemutar skru tersebut.

Mata dril untuk dril jubin juga boleh patah. Ianya lebih mencabar kerana mahu mengambil mata dril yang melekat di dalam jubin lebih mencabar. Ini kerana jika tersilap buat, jubin tersebut boleh pecah. Jadi perlulah dibuat secara berhati-hati dsn jangan tergopoh gapah.

Teknik dril jubin perlulah betul. Setengah jenis dril amat keras dan sukar digerudi. Apabila bertemu dengan jubin yang keras, jangan terlalu memaksa untuk membuat lubang. Sekiranya dril terlalu lama dan ditekan, mata dril akan menjadi terlalu panas dan menjadi merah dan berasap.  Ketika ini jika diteruskan lagi, mata dril akan patah dan boleh tertinggal di dalam. 

Seeloknya jika dril jubin yang keras, sediakan 2-3 mata dril sebagai persediaan. Apabila agak lama, berhenti dan tukar dengan mata yang lain. Gunakan mata tersebut secara bergilir-gilir. 

Sebab itu, setengah tukang akan mengenakan caj yang lebih jika ada kerja-kerja melibatkan dril pada dinding jubin atau tiles. Ini kerana proses dril atas permukaan jubin lebih susah fan cerewet dan berisiko pecah jika dril dengan kasar dan tergopoh gapah.

Perkhidmatan Penyewaan Dome : Sewa dome sahaja stau beserta set dan pakej, mana lebih berbaloi?

 Mana lebih berbaloi, sewa dome set semata-mata dome sahaja, atau bersekali dengan pakej dan aksesorinya? 

Setengah orang mahukan set dome sahaja. Mungkin dia merasakan boleh menyediakan peralatan untuk melengkapkan hidangan dome. Setengah yang lain pula mahukan beserta pakej dan aksesorinya. Mereka merasakan tidak perlu bersusah payah memikirkan aksesori apa yang perlu untuk melengkapkan hidangannya.

Menyewa sekadar dome sahaja kosnya lebih murah manakala menyewa dome beberta pakej dan aksesorinya harganya lebih mahal.



Apa pun, semuanya bergantung kepada kehendak masing-masing. 




Hubungi kami segera sekiranya memerlu dome untuk apa-apa majlis makan-makan :

{{{ 017 6371728 }}}

Saturday, February 18, 2023

Selamat Menyambut Isra' Dan Mikraj 1444H / 2023M

Kami di Aznurniaga Resources mengucapkan selamat menyambut Isra' dan Mikraj 1444H / 2023M kepada seluruh umat Islam di Malaysia khasnya dan di seluruh dunia umumnya.


 Isra' dan Mikraj adalah salah satu hari kebesaran Islam yang wajar diingati oleh seluruh umat Islam. Ini kerana terdapat banyak pengajaran yang tersurat dan tersirat yang boleh dijadikan pelajaran daripadanya. 


Semoga umat Islam di Malaysia dan di dunia mendapat keberkatan daripada peristiwa bersejarah ini. Juga diharapkan dengan peristiwa ini dapat menimbulkan lagi semangat untuk terus meningkatkan iman kepada Allah Taala, Tuhan pemilik sekalian alam.

Thursday, February 16, 2023

Perkhidmatan Pasang Bracket TV: Maaf, kawasan Rawang kiter tak buat!

 Ada seorang dari kawasan Taman Tasik Putri, Rawang meminta supaya memasang bracket tv di rumahnya di Rawang. Dengan baik saya menolaknya dengan mengatakan kawasan Rawang agak jauh dan tidak praktikal untuk ke sana jika semata-mata hanya untuk memasang bracket tv.


Saya sebenarnya lebih fokus kepada kerja-kerja di sekitar Kajang, Bangi, Putrajaya, Semenyih dan sekitar sahaja. Mana-mana kawasan di KL saya akan cadangkan nama kawan saya.


Tuesday, February 14, 2023

Skru untuk memasang bracket tv

 Sebenarnya setiap tv memerlukan skru yang berbeza untuk dipasang bracket di belakangnya. Ukuran saiz skru umumnya adalah 4 saiz daripada yang paling kecil hinggalah yang paling besar.

Setiap model satu- satu jenama televisyen juga  berbeza saiz skru. Saiz skru bukan hanya berbeza ikut ukuran lilitannya sahaja, tetapi juga panjang dan pendek skru tersebut.

Biasanya apabila seseorang menghubungi saya untuk membeli bracket tv, maka saya akan bertanyakan jenama dan model tv tersebut tujuannya untuk saya menambah skru yang dirasakan sesuai dengan tvnya.

 Walaupun bracket tv yang saya jual sudah disediakan satu set skru, tetapi ada juga kes di mana semua skru yang disediakan tidak sesuai dengan model tv tersebut. Kesudahannya dia terpaksa mencari di kedai hardware terdekat.

Yang menjadi masalah tidak semua kedai hardware menjual skru bracket tv. Begitu juga dengan kedai 'nut and bolt'. Jadi, masa dihabiskan begitu sahaja mencari skru yang sesuai dari satu kedai ke satu kedai.

Jenama samsung biasanya memerlukan skru saiz paling besar. Setiap model jenama Samsung pula berbeza panjang dan pendek skru, walau pun ukur lilit yang sama

Apabila saya diminta untuk memasang di mana- mana rumah, saya akan membawa semua saiz skru sebagai persediaan.  Saya tidak gemar bekerja dengan peralatan yang tidak cukup dan terpaksa berulang alik ke kedai hardware untuk membeli sesuatu peralatan yang diperlukan.


Perlu khidmat memasang bracket tv? Hubungi saya:

~017 6371728~

Sunday, February 12, 2023

Jual Bracket TV : Kami jual dan boleh pasang jika diminta

 Buat masa sekarang, stok bracket tv masih ada. Stok ini insyaAllah saya akan tambahkan sekiranya semakin sedikit sebagai persediaan memenuhi permintaan pelanggan.

Ramai pelanggan yang tanya, boleh tolong pasang sekali ke? Berapa upahnya? Kalau nak pasang sendiri macam mana? Senang ke? Perlukan tool apa?

Biasanya saya akan terangkan bahawa sekiranya mahu pasang sendiri dan sudah ada tools, caranya amat senang. Saya akan ajar caranya. Buat apa nak upah orang kalau boleh buat sendiri kan!

Tetapi ada juga yang tidak mahu bersusah payah memasang sendiri dan meminta saya pasang sampai siap. Untuk itu, saya boleh pasang sampai siap, tetapi perlu menetapkan hari dan masa yang sesuai. Berkaitan caj pula, bergantung kepada lokasi sesuatu tempat.


Untuk membeli dan memasang bracket tv, boleh berhubung dengan saya.

~~ 017 6371728 ~~

Friday, February 10, 2023

Dome set : Dome tu apa? Sama dengan dorm ke?


 Dome tu apa? Macam dorm masa duduk asrama sekolah dulu ke? Tapi kenapa ejaaannya lain?

Itu soalan biasa bagi mereka yang tak biasa dengan perkataan dome. Padahal dome ni sangat jauh beza dengan dorm masa duduk kat asrama sekolah dulu. 

Untuk makluman, dome atau biasa orang sebut dome set adalah satu set peralatan untuk menyediakan hidangan makanan kepada vip atau orang kenamaan. Ianya untuk menghormati mereka yang status ketua di sesuatu tempat.

Bila hidangan diletakkan dalam dome. Maka akan nampak lebih eksklusif. Lebih menarik lagi apabila ditambah dengan lain-lain aksesori untuk menghiasi meja makan vip tersebut. 

Aksesori yang diletakkan bersama dome set biasanya set pinggan kaca beserta gelas, sudu dan garfu, pisau dan kain napkin. Untuk lebih menarik akan diletakkan hiasan bunga.

Perlukan dome? Hubungi kami...

<<< 017 6371728 >>>

Tuesday, February 7, 2023

Sewa Dome Semenyih : Sewa Sedikit Pun Boleh!

 Ada pelanggan tanya, boleh ke kalau nak sewa dome dengan jumlah yang sedikit? Kerana nak buat majlis kecil-kecilan. 

Saya jawab ok je. Cuma kalau nak sewa sedikit dome set kena ambil dan hantar sendiri. Sebabnya tak berbaloi nak hantar dan ambil. Kalau nak caj pula, macam kesian pada pelanggan pula.

Apa pun, semua bergantung kepada kesanggupan pelanggan...


< 017 6371728 >

Monday, February 6, 2023

Aksesori Bilik Air : Rak tuala aluminium untuk dijual / pasang

 Salah satu aksesori bilik yang saya jual, iaitu rak tuala aluminium masih ada stok. Barang baru masih dalam kotak. Siap untuk diserahkan kepada pembeli yang berminat. Juga boleh dipasang jika diminta dengan upah berpatutan.


Sesiapa berminat boleh hubungi saya :

<<< 0176371728 >>>

Happy Thaipusam

 Saya dari Aznurniaga Resources mengucapkan selamat menyambut Thaipusan kepada rakan-rakan yang beragama hindu, khasnya yang berbangsa India. Semoga hidup terus gembira bersama keluarga tercinta.

Kepada rakan perniagaan saya dan oelanggan yang pernah berurusan diucapkan semoga terus sukses dalam kerjaya. 

Saturday, February 4, 2023

Sewa Dome Set: Sorry kak, tak sempat hantar dome!

Ada seorang akak wasap kat telefon minta hantarkan dome set dengan kadar segera. Mungkin ada keperluan mendesak memerlukan dome. Kebetulan saya agak sibuk dan tidak melihat wasap. Bila waktu tengahari barulah belek-belek telefon melihat  wasap, mesej dan misscal yang terlepas.

Kepada akak itu, aku minta maaf kerana tidak sempat memenuhi keperluannya. Inilah yang dikatakan tiada rezeki aku dengannya.

 Beginilah sebenarnya kita berusaha mencari job. Ada yang dapat depan mata, ada yang agak susah dan ada juga yang di depan mata, tetapi tiba-tiba hilang begitu sahaja. Itu namanya tak ada rezeki antara kita dan pelanggan.

PERLUKAN PERKHIDMATAN KAMI? HUBUNGI ...

017 6371728




 
https://www.facebook.com/profile.php?id=100089610413248


Friday, February 3, 2023

Stainless Steel Dome : Perkhidmatan Sewa dome dah sampai KL

 Sebelum ini saya menolak permintaan untuk menyewa dome dari mereka di kawasan KL, tetapi disebabkan banyak permintaan dari pelanggan dari kawasan sekitar KL, maka saya meluaskan pasaran sewaan dome. Sekarang bakal pelanggan daripada kawasan KL akan dipenuhi permintaan untuk menyewa dome bagi melengkapkan majlis yang mereka buat.

Namun begitu, disebabkan oleh jarak yang agak jauh, saya terpaksa mengenakan caj kos penghantaran sekiranya dikehendaki. Caj yang dikenakan bergantung kepada jarak sesuatu tempat. Akan tetapi sekiranya mereka bersedia untuk datang mengambil sendiri, caj penghantaran tidak dikenakan.




MAHU TEMPAH SEWA DOME, HUBUNGI:

** 017 6371728 **