Setiap model satu- satu jenama televisyen juga berbeza saiz skru. Saiz skru bukan hanya berbeza ikut ukuran lilitannya sahaja, tetapi juga panjang dan pendek skru tersebut.
Biasanya apabila seseorang menghubungi saya untuk membeli bracket tv, maka saya akan bertanyakan jenama dan model tv tersebut tujuannya untuk saya menambah skru yang dirasakan sesuai dengan tvnya.
Walaupun bracket tv yang saya jual sudah disediakan satu set skru, tetapi ada juga kes di mana semua skru yang disediakan tidak sesuai dengan model tv tersebut. Kesudahannya dia terpaksa mencari di kedai hardware terdekat.
Yang menjadi masalah tidak semua kedai hardware menjual skru bracket tv. Begitu juga dengan kedai 'nut and bolt'. Jadi, masa dihabiskan begitu sahaja mencari skru yang sesuai dari satu kedai ke satu kedai.
Jenama samsung biasanya memerlukan skru saiz paling besar. Setiap model jenama Samsung pula berbeza panjang dan pendek skru, walau pun ukur lilit yang sama
Apabila saya diminta untuk memasang di mana- mana rumah, saya akan membawa semua saiz skru sebagai persediaan. Saya tidak gemar bekerja dengan peralatan yang tidak cukup dan terpaksa berulang alik ke kedai hardware untuk membeli sesuatu peralatan yang diperlukan.
Perlu khidmat memasang bracket tv? Hubungi saya:
~017 6371728~
No comments:
Post a Comment