Translate

Sunday, February 19, 2023

Kerja Dril: Bolehkah mata dril patah?

Bolehkah mata dril patah? Padahal ianya dibuat daripada besi. Kenapa boleh patah sedangkan ianya dibuat khas untuk menggerudi ke dalam lapisan konkrit yang keras? 

Jawabnya, berdasarkan pengalaman saya, ia boleh patah jika tidak ikut cara dril yang sepatutnya. Ia juga boleh patah jika dipaksa dan dipusing dengan kuat untuk membesarkan lubang di dinding konkrit.

Saya pernah mengalami situasi mata dril patah ketika menggerusi untuk membuat lubang laluan paip air. Paip yang nak dimasukkan agak besar dan lubang yang dibuat juga perlulah besar. Mata dril tersebut saya pusing-pusingkan untuk membesarkan lubang dengan agak kasar. Tiba-tiba hampir seinci mata dril patah di dalam lubang yang sedang ditebuk.

Mata dril juga boleh patah dan sumbing jika mata dril bertembung dengan batang besi dalam dinding konkrit. Apabila mata dril tiba-tiba terlalu sukar nak masuk ke dalam, keluarkan dulu mata dril. Masukkan hujung pemutar skru. Sekiranya ada besi, akan kelihatan debu besi melekat pada magnet hujung pemutar skru tersebut.

Mata dril untuk dril jubin juga boleh patah. Ianya lebih mencabar kerana mahu mengambil mata dril yang melekat di dalam jubin lebih mencabar. Ini kerana jika tersilap buat, jubin tersebut boleh pecah. Jadi perlulah dibuat secara berhati-hati dsn jangan tergopoh gapah.

Teknik dril jubin perlulah betul. Setengah jenis dril amat keras dan sukar digerudi. Apabila bertemu dengan jubin yang keras, jangan terlalu memaksa untuk membuat lubang. Sekiranya dril terlalu lama dan ditekan, mata dril akan menjadi terlalu panas dan menjadi merah dan berasap.  Ketika ini jika diteruskan lagi, mata dril akan patah dan boleh tertinggal di dalam. 

Seeloknya jika dril jubin yang keras, sediakan 2-3 mata dril sebagai persediaan. Apabila agak lama, berhenti dan tukar dengan mata yang lain. Gunakan mata tersebut secara bergilir-gilir. 

Sebab itu, setengah tukang akan mengenakan caj yang lebih jika ada kerja-kerja melibatkan dril pada dinding jubin atau tiles. Ini kerana proses dril atas permukaan jubin lebih susah fan cerewet dan berisiko pecah jika dril dengan kasar dan tergopoh gapah.

No comments:

Post a Comment