Translate

Thursday, April 27, 2023

Sewa Dome Set: Mangkuk dome kami seramik, bukan melamine!

 Ada penyewa bertanyakan, mangkuk dome yang kami sewakan jenis daripada melamine ke atau dari seramik? Atau daripada stainless steel?

Saya jawab dome set kami adalah set vip. Jadi, mangkuk di dalamnya adalah daripada seramik. Bukan plastik melamin dan bukan juga daripada besi stainless steel. Jadi ianya adalah bermutu tinggi dan sangat sesuai untuk meraikan tetamu vip kerana lebih eksklusif. Disebabkan keadaan inilah, harganya di pasaran semestinya agak mahal dibandingkan dengan yang daripada melamine dan stainless steel.

Disebabkan ianya daripada seramik, cara memegang dan mengangkatnya perlu berhati-hati agar tidak jatuh. Sekiranya terjatuh,ianya mudah pecah atau sekurang-kurangnya terserpih.

Jadi, untuk menampakkan majlis lebih eksklusif, bolehlah hibungi kami untuk menyewa dome set, sama ada set asas atau set beserta aksesorinya.



Wednesday, April 26, 2023

Open house sempena Aidilfitri: Boleh sewa dome set dengan kami...

 Alhamdulillah Ramadhan Karim telah melabuhkan tirainya. Kini bulan Syawal telah menjelma. Walau pun sambutan Hari  Raya Aidilfitri telah 3 hari berlalu, tetapi tradisi rumah terbuka warganegara Malaysia tetap dibuat di sepanjang bulan Syawal.

Mungkin ada sesiapa yang mahu meraikan tetamu istimewa ketika tumah terbuka dibuat. Jadi, apa salahnya menggunakan dome set untuk suasana yang lebih eksklusif! Hubungi saja kami untuk menyewa dome set. 

Ada juga yang mengambil kesempatan untuk mengadakan kenduri kahwin kerana persekolahan belum dibuka. Untuk hidangan tetamu dan keluarga pengantin, amat elok menggunakan dome set.




Friday, April 21, 2023

Salam Lebaran Aidilfitri 1444h

 Kami di Aznurniaga Resources mengucapkan selamat menyambut hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam di Malaysia khasnya dan seluruh umat Islam umumnya. InsyaAllah umat Islam di Malaysia akan menyambut lebaran pada hari Sabtu ini.

Sebagaimana orang lain, kami juga akan berehat daripada bekerja selama seminggu. Selepas itu, barulah terima 'job' daripada pelanggan.

Semoga Aidilfitri tahun ini menambah keceriaan dan lebih mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara kaum keluarga sahabat dan kenalan.



Saturday, April 15, 2023

Dome kami tak cukup bang! Nasib baik dapat cari...

Itu kata-kata yang biasa diucapkan kepada says apabila cateter yang menyewa dome set daripada saya. Apabila yuan rumah berkehendakkan hidangan dengan cara dome sekian-sekian banyak, maka terpaksalah caterer mendapatkan dome dengan apa cara sekai pun. 

Kalau dimaklumkan lebih awal, mungkin kurang sikit masalah. Tetapi apabila diminta saat-saat akhir, melilaulah jawabnya mencari. Semuanya kerana nak meraikan kehendak pelanggan.

Saya kerap kali menerima panggilan perlukan dome secara tiba-tiba. Sekiranya secara kebetulan ada dome set, bolehlah saya tolong, tapi kalau kebetulan tak ada, saya minta maaf tak dapat membantu!





Friday, April 14, 2023

Sewa dome set : Majlis berbuka puasa jabatan kerajaan

 Pada bulan puasa sekarang, banyak jabatan kerajaan dan kementerian yang membuat aktiviti berbuka puasa. Pegawai kanan kerajaan  seperti di Putrajaya dan Kuala Lumpur sering membuat majlis berbuka puasa dengan kakitangan bawahannya untuk mengeratkan silaturrahim.

Alhamdulillah saya menerima banyak panggilan untuk menyewa dome untuk majlis sedemikian. Ada yang mahukan bilangan yang sedikit seperti satu dome sahaja dan ada juga yang kuantiti yang banyak seperti 10 dome set.

Ada yang mahukan dome asas sahaja, ada juga yang mahukan lengkap dengan set pinggan melamin beserta gelas. Ada juga yang bertanyakan sama ada saya menyediakan alas meja, jug dan sudu garfu.

Untuk sewaan dome beserta aksesori yang pelbahai seperti set pinggan dan gelas saya menolak dengan baik. Ini kerana sekarang saya fokus kepada dome set sahaja. Mungkin di lain masa, insyaAllah pakej perniagaan perkakasan kenduri saya akan diperbanyakkan lagi.


Sunday, April 9, 2023

Perkhidmatan Dril dan Pemasangan Perabot Berehat Sebentar....

 Sementara berbaki dua minggu puasa Ramadhan dan akan menyambut Aidilfitri, saya berehat dulu daripada kerja-kerja dril dan pemasangan perabot. Selepas raya pula saya beraya selama seminggu. Selepas itu, barulah saya menerima job dari pelanggan untuk sebarang kerja berkaitan.

Namun begitu,  perkhidmatan sewaan dome set tetap diteruskan. Ini kerana ianya kurang melibatkan kerja fizikal.

Saya sangat memahani ramai yang mahu menukar perabot batu, langsir baru, membeli televisyen baru dan membaiki kediaman mana yang rosak kerana mahu menyambut aidilfitri akan datang. Banyak permintaan untuk kerja-kerja penyelenggaraan kediaman saya terpaksa tolak dengan baik .

Walau pun sibuk bekerja, tetapi masa untuk diri sendiri dan keluarga juga perlu diambil kira.




Sunday, April 2, 2023

Penyewa Dome Tersilap Hantar Barang!

Mungkin kerana sibuk menguruskan majlis makan-makan, seorang penyewa dome saya tersilap hantar barang. Kebetulan pula masa penghantaran saya berada di luar. Jadi, saya minta dia letak je dan maklumkan pada saya.


Penyepit dan senduk nasi kepunyaan orang lain tersilap dihantar kepada saya. Maknanya terlebih barang yang saya terima. Satu set yang sepatutnya ada satu senduk nasi, bertambah jafi dua!

Selalunya saya akan menghubungi penyewa dan memaklumkan mengenai barang yang tersalah hantar. Sekiranya lokasi dekat, saya akan hantar ke kediamannya. Andaikata lokasi agak jauh, saya akan minta alamat dan saya akan pos.

Perlukan dome set untuk sebarang majlis makan-makan? Jangan segan silu untuk hubungi saya....


Saturday, April 1, 2023

Sewa Dome Set : Terima kasih penyewa dari KL

 Terima kasih Encik Ammar dari Cheras dan Cik Nazatul dari Kinrara yang menyewa dome set dari kami untuk program berbuka puasa. Encik Ammar nak meraikan pegawai kanan KKM Semasa program berbuka puasa. Cik Nazatul pula mengatakan ada majlis dan memerlukan dome untuk meraikan tetamu. Kebetulan pula mereka mengambil dome set pada hari yang sama. 

Mereka datang mengambil sendiri waktu malam kerana siang sibuk bekerja. Encik Ammar menyewa 2 dome set dan Cik Nazatul pula menyewa satu dome sahaja. Semua menyewa dome set beserta aksesori sudu dan senduk.


Disebabkan mereka mengambil dan menghantar sendiri, caj penghantaran tidak dikenakan. Sekiranya bagi kawasan yang jauh dan saya diminta hantar dan ambil, maka caj akan dikenakan dengan kadar minimun.

Di lain masa, jika perlu dome bolehlah menyewa dengan kami!

<<< 017 6371728 >>>