Translate

Friday, April 14, 2023

Sewa dome set : Majlis berbuka puasa jabatan kerajaan

 Pada bulan puasa sekarang, banyak jabatan kerajaan dan kementerian yang membuat aktiviti berbuka puasa. Pegawai kanan kerajaan  seperti di Putrajaya dan Kuala Lumpur sering membuat majlis berbuka puasa dengan kakitangan bawahannya untuk mengeratkan silaturrahim.

Alhamdulillah saya menerima banyak panggilan untuk menyewa dome untuk majlis sedemikian. Ada yang mahukan bilangan yang sedikit seperti satu dome sahaja dan ada juga yang kuantiti yang banyak seperti 10 dome set.

Ada yang mahukan dome asas sahaja, ada juga yang mahukan lengkap dengan set pinggan melamin beserta gelas. Ada juga yang bertanyakan sama ada saya menyediakan alas meja, jug dan sudu garfu.

Untuk sewaan dome beserta aksesori yang pelbahai seperti set pinggan dan gelas saya menolak dengan baik. Ini kerana sekarang saya fokus kepada dome set sahaja. Mungkin di lain masa, insyaAllah pakej perniagaan perkakasan kenduri saya akan diperbanyakkan lagi.


No comments:

Post a Comment